Snek ringan yang boleh dijadikan kudapan anak-anak. Orang dewasa pun suka. Walaupun asasnya bawang tetapi bila digoreng, memang tak terasa pun. Malah lebih sedap!
Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Penggemar Pie Tie di restoran makan tu dah boleh cuba resipi homemade ni! Lagi mudah kerja kalau beli acuannya, selain resipinya yang rangup kamu juga boleh berjimat buat stok daripada beli kan mahal. Buat untuk hidangan potluck, jamuan hari jadi atau sebagai hidangan minum petang nanti, selamat mencuba!
BAHAN UNTUK BAKUL PIE TIE:
CARA MEMASAK:
1) Campurkan semua dan bancuh hingga sebati.
2) Panaskan minyak dan acuan (seperti dalam video) pastu celup acuan dalam bancuhan tepung.
3) Rendam sekejap dalam minyak panas tu, dah tengok ok sikit boleh lepaskan dari acuan.
4) Guna garfu pun boleh. Tapi jangan lama lama sangat. Kang nak keluarkan dari acuan susah dan nanti akan pecah kalau kita paksa keluar.
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1) Tumis bawang dan masukkan segala sayur dan gaul sekata. Jangan lama lama sangat nanti layu dan basah.
2) Masukkan dalam bakul pie tee, pastu leh letak pencicah atasnyer utk makan.
CILI PENCICAH:
1) buat kuah cili cuka boleh
2) buat kuah kacang boleh
Ikut selera masing masing.
Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burget, sosej dan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! TIDAK!!! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba!
DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.