Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibiada kongsikan resipinya.
1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar. 2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. 3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam.Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
4. Keluarkan isi sup tadi.Isi ayam perlu digoreng seketika.
5. Carikkan daging dan isi ayam.Hiris nipis perut.
6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
Ads
7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
8. Warna sup yang menepati citarasa.Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.
10. Seterusnya celur taugeh seketika.
11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.
12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.
13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.
14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.
Ads
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap. 3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Bila tengah lapar dapat semangkuk bubur jagung memang sedap. Taruh pulak sagu makin sedap dan pekat. Nak lagi sedap guna Gula Melaka atau Nise Kerek. Dah letak gula melaka, tak letak gula pasir pun tak apa, nanti terlebih manis pulak.
Resipi perkongsian Nurul Ain Syed Mohd ni ringkas aje memasaknya.Senang sangat dan sedap benar bubur jagung ni.
RESEPI BUBUR JAGUNG RINGKAS
BAHAN- BAHAN (Sukatan tengok gambar ) :
3 tongkol jagung
Santan
Gula (Gula apa pun boleh. empunya resipi guna gula melaka atau orang Kelantan panggil ‘Nise Kerek’)
Sagu (tak letak pun takpa, jika letak lagi sedap.)
Daun pandan
Secubit garam
CARA MASAK :
1. Hiris jagung dan racik kecik. Suka macam ni baru ada “umphh” kerana pati-pati manis jagung tu keluar dan sebati dengan rasa santannya. Gitu.
2. Rebus dalam air sampai tenggelam jagung tu.
3. Masukkan sekali gula dan daun pandan untuk aroma. 4. Apabila dah mendidih, masukkan santan dan kacau perlahan.
Wangi semerbak.
Selamat mencuba dan menjamu selera! . #Ainshe Kredit foto dan resipi :Nurul Ain Syed Mohd
Seronok dan 'happy' sungguh Cik Manggis (De Fam) bila masakan Mi Bandungnya dipuji oleh ayahnya Shamsuddin Idris (pemain drum The Zurah II). Mi Bandung ni memang sajian kegemaran ayah Cik Manggis. Shamsuddin beri markah 8 untuk sajian air tangan anak kesayangannya.
Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin ceria menemani ayahnya makan Mi Bandung di Restoran Mak Ngah Corner, Bukit Jelutong, Shah Alam. Balik dari restoran yang juga milik sahabat karib ayahnya, Cik Manggis buat kejutan membawa ayahnya ke homestay di Rawang , Selangor untuk berehat. Rupa-rupanya dalam diam-diam Cik Manggis ke pasaraya membeli bahan ramuan untuk masak Mi Bandung semasa ayahnya berehat tidur.
Sebelum itu Shamsuddin memang ada mencabar anaknya untuk masak Mi Bandung. Tak sangka pula bila bangun tidur, Mi Bandung dah siap dimasak. Katanya mi bandung Vik Manggis memang sedap dan beri markah 8 daripada 10. Paling mengejutkan Cik Manggis pemilik Restoran Mak Ngah Corner yang dipanggil Pak Ngah oleh Cik Manggis memberi markah 9 untuk Mi Bandung , Cik Manggis.
Hari tu memang cukup menggembirakan dua beranak ini. Apa tidaknya dapat mengisi masa lapang bersama dengan berkaroake dan bermain, disulami dengan gelak ketawa.Memang sungguh anak bapak ni.Ni lah masa dapat bermanja dengan bapak…sweet kan.
MI BANDUNG
BAHAN-BAHAN :
400 gm @ 1 bungkus mi kuning | bilas dan celur
4-5 ekor udang basang *saiz sederhana
2-3 ekor sotong | dipotong bulat
50gm udang kering | dikisar * kalau nak wangi boleh sangai dulu baru kisar
1/4 cawan kacang tanah goreng |ditumbuk
1 ikat sawi | dipotong
200gm hirisan daging @ secukupnya
5 cawan air rebusan daging * bergantung kepada kepekatan dan jumlah kuah yang diingini
1 kiub ayam
4 biji telur
Gula secukupnya
Sedikit garam jika perlu * sebab udang kering pun dah bergaram
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu makan pes cili kering
Bahan hiasan :
3 keping tauhu goreng | dihiris nipis
Bawang goreng secukupnya
Hirisan cili merah
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.
4. Tutup api. Curahkan kuah di atas mi. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.
Teruskan menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak setiap hari Khamis, jam 1 petang di Astro Prima 105 dan Prima HD 121
Ayam masak asam pedas? Macam pelik je kan? Tapi memang sedap. Begitu juga dengan rendang ayam dengan kacang panjang. Walaupun dua menu ini jarang orang masak tetapi tak salah sekali sekala anda cuba dan variasikan rasa masakan sebagai hidangan keluarga dan menambah skil memasak. Kata orang tak cuba tak tau, bila dan cuba rasa nak masak selalu.
AYAM MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN :
500gm ayam- potong sederhana
3 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2sm belacan-kisar
1 sudu lada hitam-kisar
2 sudu besar cili kisar
2 sudu serbuk kari ayam
½ cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
1 biji tomato-belah empat
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, , renehkan lebih kurang 10 minit dan masukkan air asam
4. Kecilkan api, masukkan garam dan gula secukupnya. Biarkan kuah mereneh hingga timbul minyak.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan tomato sebelum angkat dan hidangkan.
RENDANG AYAM KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam-potong kecil
200 gm kacang panjang-potong 3sm
200 ml santan pekat
2 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugur
6 ulas bawang merah-kisar
2sm kunyit hidut-kisar
2 batang serai-kisar
6 tangkai cili kering-kisar
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut dan air kering.
Masukkan santan, garam dan gula.
Apabila sudah pekat, masukkan kerisik.
Masukkan kacang panjang dan daun limau purut.
Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh lebih kurang 5 minit lagi sebelum angkat dan hidang.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!