Laksa Mee Pangkor memang cukup familiar di kalangan orang Perak terutama orang Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa Laksa Mee Pangkor ini. Bagi warga negeri Perak yang rindu nak makan Laksa Mee Pangkor, jom kita masak Laksa Mee Pangkor ikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini.
CARA MASAK LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana 3 keping asam gelugur – beli online disini 1/2 sudu teh garam –beli online disini Air secukupnya (sekitar 1.5 liter) 5 ulas bawang merah – mayang halus 3 ulas bawang putih – ketuk kasar – beli online disini
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan 10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar – beli online disini 5 ulas bawang merah – mayang halus 3 ulas bawang putih – ketuk kasar 1/2 inci belacan – beli online disini 1 keping asam gelugur Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur): 200gram kacang panjang – hiris kecil (rujuk gambar) 3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seekor begitu.
3. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak.
Ads
4. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk seimbangkan rasa).
5. Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi.
6. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
7. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang.
8. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak.
9. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna.
10. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Ads
11. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi.
12. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita mahukan kacang itu masih ada rasa rangup.
13. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk.
14. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Sup sederhana masak ala cina yang menyegarkan dan sesuai makan ketika masih hangat.
SUP MI SUAH ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
*5 biji bawang merah (ditumbuk)
*8 biji bawang putih (ditumbuk)
*Sedikit halia muda (ditumbuk)
Sos tiram
Minyak Bijan
Garam
Lada sulah
Ayam (terpulang suka bahagian mana)
Daun sup
1 kiub pati ayam
Sawi
2 biji telur
Lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan renjiskan dalam 3 kali renjis minyak bijan dan tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
2. Bila sudah naik bauk letakkan 3 sudu besar sos tiram dan satu kiub pati ayam.
3. Masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, bebola ikan dan ayam.
4. Selepas itu masuk 3 cawan besar air. Lebih sedikit supaya ayam empuk dan mi suah itu nanti akan kembang dan menyerap air. Masuk garam secukup rasa.
5. Sudah mendidih dan masak dalam 20minit sup itu, masuk sayur dan pecahkan 2 biji telur. Biar masak sekejap.
6. Kemudian masukkan mi suah. Masuk tidak sampai seminit, kacau dan tutup api. Mi suah jangan bagi kembang nanti kurang sedap. Renjiskan sedikit lada sulah ikut citarasa anda.
7. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng (kalau suka)
INFO: Untuk rasa pedas boleh makan bersama cili potong dengan kicap cair.
Demi kegemaran Ummie Aida, Datuk Chef Wan sanggup menyediakan kuih Keria yang sudah hampir 40 tahun dibuat oleh beliau tidak membuat kuih tradisi ini. Namun pengalaman sebagai chef dan dibantu oleh Ummie Aida, kuih Keria yang dihasilkan tetap menjadi dan sungguh sedap. Semua ini hanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan yang dihoskan oleh Chef Wan.
“Saya suka kuih keria dan pernah cuba buat beberapa kali, bab menguli dan membantuk kuih keria, memang tip top tapi bila menyira tu yang selalu gagal walaupun tengok mak buat banyak kali, gula tetap tak melekat cantik pada kuih. Beruntung bila Chef Wan jemput saya memasak bersamanya dalam program ni. Sambil masak, bolehlah saya ambil kesempatan belajar menyira kuih Keria,” cerita Ummie yang begitu seronok menjadi selebriti tamu Chef Wan.
Menyentuh masakan berbuka puasa yang menjadi nostalgia Ummie adalah Bihun Goreng yang dibuat oleh ibunya. Kata Ummie kalau tak ada Bihun Goreng, macam tak lengkap berbuka. Ada sikit pun jadilah, janji ada.
“Dari kecil hingga sekarang bihun goreng tetapi menjadi menu wajib ada Ummie. Tapi air tangan mak memang tak boleh lawan sedapnya dan tak reti jemu, sebab saya tak suka sangat berbuka dengan nasi dan kurang dengan lauk pauk.
“Bagi saya asal ada bihun goreng dan kuih yang manis dan sempurnalah berbuka puasa. Kuih Keria, paling suka. Seronok sangat bila Chef Wan masak Bihun Goreng Tomyam, nampak sedap, meriah dengan isiannya,” ujar Ummie Aida akan masuk dapur menyediakan juadah berbuka suami dan anak-anak bila ada kesempatan.
BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm bihun | celur seketika dan tos
200gm udang | buang kulit
2 keping fish cake
3 keping tauhu | goreng dan hiris
200gm tauge | buang ekor, cuci dan tos
100gm daun kucai |potong 2cm
250gm air rebusan kulit udang
3 sudu makan udang kering | cuci dan kisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos ikan
2 sudu makan tauchu
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
6 ulas bawang putih | cincang kasar
2 sudu makan perencah tomyam
1 batang serai | hiris halus
1batang bunga kantan | hiris
3 helai daun limau purut | hiris halus
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN UNTUK HIASAN
2 biji cili merah | hiris
Daun bawang | hiris
Daun ketumbar | hiris
Telur dadar | hiris halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan serai, diikuti pes cili kering, daun limau purut dan udang kering, tumis hingga sebati.
Masukkan pula, udang, fisih cake, kacau rata dan masukkan pes tomyam, tauchu dan sedikit air rebusan kulit udang.
Masukkan bihun, kacau rata dan perasakan dengan sos tiram dan sos ikan, kacau rata.
Jika bihun masih keras tambah lagi air rebusan kulit udang tadi.
Setelah lembut masukkan hirisan tauhu, tauge, kucai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Gaul rata lagi.
Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya.
Tutup api, Masukkan bihun dalam pinggan dan hias dengan bahan-bahan hirisannya dan sedia dihidangkan.
KUIH KERIA
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit
1cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan gula pasir
Secubit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
BAHAN SIRA:
1 cawan gula pasir
1/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Keledek dipotong dadu besar, rebus hingga empuk, kemudian tos dan sejukkan.
Lenyekkan ubi keledek hingga lembut.
Ayak tepung serbaguna dengan serbuk penaik di dalam mangkuk berisi keledek.
Campurkan gula dan secubit garam, adun hingga menjadi doh lembut.
Sapukan sedikit tepung pada tangan, bentuk doh seperti kuih donat (berlubang di tengah).
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kuih keria hingga kuning keemas an.
Angkat dan toskan di dalam penapis, goreng hingga habis.
Dalam kuali berasingan, masak gula dengan air dengan api perlahan hingga mendidih.
Setelah air gula pekat dan berbuih.
Tutup api, masukkan kuih keria dan gaul rata hingga gula melekat sepenuh pada kuih keria.
Kuih keria sedia dihidangkan.
Jangan lupa tonton episod seterusnya program Rasa Nostalgia Ramadan di Astro Prima HD, jam 5 petang setiap hari (Isnin-Jumaat) dengan selebriti jemputan yang lainnya dan resipi-resipi yang lebih menarik.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!