Ada ketikanya rasa teringin nak buat rendang tok tetapi kita selalu rasa payah dan remeh. Ni resipi asli yang boleh dicuba. Kalau buat bukan musim perayaan pun boleh. Jom buat hujung minggu atau untuk kenduri dan majlis bersama keluarga.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.
Hiris Nipis-Nipis
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
Jangan Cuci
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak, sukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur.
Perap
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
Masak Sekejap
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging yang di goreng ringkas tapi rasa masam kendondong menambahkan lagi kesedapan pada hidangan. Lengakap dengan rasa manis, masam dan pedas yang cukup membangkitkan selera makan.
DAGING KERABU KEDONDONG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS:
CARA MEMASAK:
1. Daging rebus dihiris memanjang, kemudian ketepikan.
2. Kemudian campurkan semua bahan hirisan termasuk daging dalam mangkuk. Gaul rata.
3. Sementara itu campurkan jus lemon dengan garam dan gula tadi.
4. Kemudan tambahkan sos cili Thai. Kacau sebati.
5. Seterusnya tuangkan sos ini di dalam bekas yang berisi bahan hirisan.
6. Gaul rata, Kerabu Daging sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada hirisan kendondong boleh tukarkan dengan hirisan mangga muda.
Saiz hidangan: 6 orang. Waktu Memasak: 10 minit. Cara Memasak: Rebus dan gaul rata. Jenis Masakan: Appetizer Keistimewaan: Enak dan rasa daging yang berjus dan terasa masam, masin manis dan pedasnya. Anggaran kos: RM20
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Daging Dendeng Minang Berlado. Boleh dijadikan idea untuk menu makan tengahari keluarga hari ini.
Bila sebut pasal Dendeng, ada pelbagai resipi yang ada. Ada yang manis bercampur kicap. Ada yang ditambah dengan ketumbar dan bermacam-macam lagi stail. Bergantung ada kegemaran masing-masing.
Cuma hari ni RASA nak kongsi resipi Daging Dendeng Berlado dari saudari Seri Syahrial. Mudah dan ringkas sahaja resipinya tapi sedap dan tentunya membuka selera. Sesiapa yang sukakan lauk sambal dan pedas, memang sesuai sangat cuba menu ni.
Tip untuk rasa Dendeng yang sedap adalah, guna air rebusan daging untuk kisar bahan-bahan rencah dan juga, guna minyak goreng daging untuk menumis rencah tersebut. Memang naik bau harum! Rasa pun lebih sedap.
Jom masak! Anda dan keluarga pasti makan dengan berselera.
1.Hiris lebar daging yang sudah direbus empuk tadi dan perap dengan kisaran halia dan bawang putih serta garam sekurang-kurangnya 1/2 jam.
2.Gunakan air rebusan daging untuk kisar bahan (B). Ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak dan goreng daging yang diperap tadi sampai garing. Serdak-serdak perapan tu pun kaut sekali, jangan buang.
4. Gunakan minyak masak yang sama untuk tumis bahan kisar (B).
5. Bila cili sudah mula pecah minyak, masukkan daging. Boleh masukkan garam secukup rasa.
6. Masak Daging Dendeng sampai betul-betul pecah minyak. Dah siap dan boleh dihidang.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.