
Jika anda ada lebihan Rendang, cuba buat Rendang Cara Berlauk ni. Kuih tradisional dengan sedikit twist. Memang sedap dimakan panas-panas. Puas hati dengan hasilnya, tak rugi cuba. Untuk menambah aroma dalam hidangan, gunakan Anchor Unsalted Butter. Hidangan ini sesuai dinikmati untuk seisi keluarga. Jom cuba.
RENDANG CARA BERLAUK

Bahan-bahan:
- 500gm rendang daging | leftover
- 100gm daging kisar
- 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
- 2 biji cili merah | dihiris
- 2 sudu besar bawang goreng
- 40gm daun sup | dihiris
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 2 cawan air
- 2 cawan santan
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak:
- Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumis daging kisar sehingga kering. Tambahkan daging rendang. Masukkan cili merah dan gaul sebati. Kemudian, masukkan bawang goreng serta daun sup.
- Untuk adunan: di dalam mangkuk, campurkan Anchor Unsalted Butter, tepung gandum, telur, air, santan dan serbuk kunyit. Gaul sebati.Pastikan tepung tidak berketul. Boleh juga guna pengisar untuk lebih mudah. Tapiskan adunan.
- Sapukan Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan pada acuan.
- Tuang adunan ke dalam acuan Cara Berlauk. Letakkan inti rendang di bahagian atasnya. Tambahkan juga daun sup dan hirisan cili merah di atasnya.
- Masak dengan api yang perlahan dalam 3-4 minit.
- Rendang Cara Berlauk siap untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Teh Tarik Butter Yang Lazat & Creamy

Kalau anda pencinta Teh Tarik, wajib cuba Teh Tarik Butter yang creamy ni. Bila ditambah Anchor Salted Butter, memang wangi terus Teh Tarik kita. Rasa pun lemak-lemak berkrim. Memang wajib cubalah nanti.

TEH TARIK BUTTER

Bahan-bahan:
- 6 uncang teh
- 800ml air
- 15gm Anchor Salted Butter
- 6 sudu besar susu pekat manis
- 1 cawan Fernleaf Susu UHT
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara Memasak:
- Di dalam periuk, panaskan air dan masukkan uncang teh. Reneh atas api sederhana selama 10 minit sehingga teh pekat. Bila sudah mendidih, masukkan susu pekat manis, Fernleaf Susu UHT dan esen vanilla. Kacau rata.
- Tuangkan ke dalam jug dan boleh ‘tarik’ teh tadi
- Letakkan potongan Anchor Salted Butter di atasnya di dalam setiap cawan dan sedia untuk dinikmati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Mudah & Cepat Masak. Aneka Resipi Menu Berbuka Sedap Boleh Masak Guna Mentega Anchor

Waktu berbuka tentunya masa yang sangat ditunggu-tunggu terutamanya anak-anak. Setelah seharian berpuasa, masing-masing tidak sabar untuk menjamah hidangan yang disediakan. Semua nampak sangat sedap dan menyelerakan.
Masakan jadi lebih enak dengan Mentega Anchor. Terasa dalam setiap gigitan. Masakan juga jadi lebih beraroma. Bila dimasak, bau wanginya menaikkan lagi rasa tidak sabar untuk mencuba. Sangat sesuailah anda juga untuk memasak pelbagai juadah di bulana Ramadan ini.
Menu berbuka yang mudah dan cepat disediakan ini tentunya memberikan idea buat anda. Cubalah. Pasti anda dan keluarga puas hati dengan rasanya.
1. TEH TARIK MADU BUTTER

BAHAN-BAHAN:
- 3 uncang teh
- ¾ cawan air
- 1 cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung) – panaskan
- 2 sudu makan madu
- 10gm Mentega Anchor Salted
CARA MEMASAK:
- Didihkan air bersama 3 uncang teh dan biarkan teh terendam beberapa minit. Setelah itu, tuang teh yang ditapis ke dalam mug/kole.
- Tambah madu, Susu Tepung Fernleaf Family yang telah dipanasan. Kacau sebati.
- Tuang campuran teh tadi ke dalam satu lagi mug/kole lalu tarik beberapa kali hingga buih terbentuk.
- Tuang teh tarik ke dalam cawan lalu letakkan Mentega Anchor Salted. Kacau dengan sudu dan butter akan mencair sendiri. Hidangkan panas.
2. CENDOL SUSU JAGUNG/DURIAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan jagung manis dalam tin atau isi durian
- 2 cawan susu Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
- ½ cawan cendol
- 2-3 sudu makan sirap pekat gula merah
- 15gm Mentega Anchor Salted
- Ketulan ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, letakkan sedikit jagung/isi durian dan cendol.
- Tuang susu Susu Tepung Fernleaf Family dan Mentega Anchor Salted Tuang sedikit sirap pekat gula merah.
- Letakkan ketulan ais atau ais kisar. Kacau sebati dan hidangkan segera.
3. COCONUT SHAKE

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan air kelapa muda
- 1 cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
- ½ cawan ketulan ais/ais kisar
- 2 sudu makan air gula
- ½ cawan isi kelapa muda – kisar kasar
- 10gm Mentega Anchor Salted
- Hirisan kelapa muda – hiasan
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dalam shaker lalu goncang hingga semua bahan sebati.
- Tuang coconut shake ke dalam gelas pilihan.
- Hias coconut shake dengan hirisan kelapa muda. Hidangkan sejuk.
4. POPIAH BERGEDIL CHEESE

BAHAN-BAHAN A:
- Anchor Cheese Slice secukupnya
- Kulit popiah secukupnya
- 2-3 biji telur – pukul dengan garfu
- 2 sudu makan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN B:
- 4 biji ubi kentang – buang kulit, hiris nipis, goreng dan tumbuk lumat
- 200gm daging kisar – goreng hingga perang
- 1 cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 40gm Mentega Anchor Salted
- 1 batang daun bawang – cincang halus
- 1 sudu makan bawang goreng
- 1 sudu teh serbuk garlic
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan B lalu kepal-kepalkan seperti membuat bergedil.
- Ambil sekeping kulit popiah, letak sekepal begedil dan letak sekeping Anchor Cheese Slice. Gulung kulit popiah dan kemaskan.
- Sementara itu, di dalam mangkuk lain, satukan telur, Susu Tepung Fernleaf Family, garam dan lada sulah secukup rasa. Pukul sebati.
- Panaskan minyak yang agak banyak di dalam kuali.
- Ambil seketul popiah begedil tadi lalu celup dalam bancuhan telur lalu goreng hingga keperang-perangan. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas.
5. CRAB RANGOON BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
- Kulit wantan secukupnya
- 10-15 batang jejari ketam – carik-carik halus
- 100gm Anchor Cream Cheese
- 50gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 1 batang daung bawang – cincang halus
- 3 ulas bawang putih – cincang halus
- ½ sudu teh minyak bijan
- Secubit garam
BAHAN-BAHAN B:
- 100gm Anchor Unsalted Butter
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cream Cheese, Keju Perfect Italiano Mozzarella, jejari ketam, cincangan bawang putih, cincangan daun bawang, minyak bijan dan garam. Gaul rata dan kepal-kepal.
- Ambil sekepal campuran keju dan jejari ketam tadi dan letakkan di dalam sekeping kulit wantan. Bentukkan mengikut cita rasa dan kemaskan.
- Di dalam kuali, panaskan bahan B hingga mentega cair dengan api yang sederhana.
- Goreng wantan tadi hingga kekuningan. Hidangkan panas.
6. PIZA ROTI CANAI BERKEJU

BAHAN-BAHAN:
- 2-3 keping roti canai segera
- 2 batang sosej – dihiris
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 1 biji tomato – dihiris
- 1 biji cili benggala – dihiris
- Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
- Keju Perfect Italiano Grated Parmesan secukupnya
- Anchor Unsalted Butter secukupnya
- Sos piza secukupnya
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Sediakan dulang pembakar yang disapu sedikit Anchor Unsalted Butter.
- Letak sekeping roti canai segera. Sapu sos piza secukupnya. Susun hirisan sosej, bawang besar, tomato dan cili benggala.
- Tabur Keju Perfect Italiano Grated Parmesan dan Keju Perfect Italiano Mozzarella
- Bakar piza dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 15-20 minit atau hingga keperangan. Hidangkan panas.
7. ROTI GULUNG BERINTI TUNA DAN KEJU

BAHAN-BAHAN:
- 5-6 keping roti putih
- 1 cawan tuna – ambil isi tuna sahaja
- 1 batang daun bawang – cincang
- ½ cawan Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 215gm Mentega Anchor Unsalted
- 50gram Mentega Anchor Salted
- 1 sudu teh paprika
- 3 biji telur – pukul dengan garfu
- Breadcrumbs secukupnya
- Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan tuna, daun bawang, paprika, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
- Ambil sekeping roti lalu sapu dengan Mentega Anchor Salted
- Sudukan sedikit campuran tuna ke atas roti. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella Gulung roti dan kemaskan.
- Celup roti gulung ke dalam bancuhan telur yang ditambah dengan sedikit garam dan lada sulah. Golekkan atas breadcrumbs secukupnya.
- Cairkan 215gram Mentega Anchor Unsalted di dalam kuali. Goreng gulungan roti tadi hingga kuning keperang-perangan. Hidangkan panas.
8. KARIPAP ROTI CHEESY

BAHAN-BAHAN A:
- 8-10 keping roti putih – leperkan
- Anchor Cheese Slice secukupnya – potong dua
- Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya
- 1 biji telur – pukul dengan garfu
BAHAN-BAHAN B:
- 3 bij ubi kentang – bersihkan, potong dadu kecil & rebus separuh masak
- 2 ketul kecil isi ayam – cincang dan rebus hingga masak
- 2 sudu makan serbuk kari
- 4 biji bawang merah – kisar
- 2 ulas bawang putih – kisar
- ½ sudu makan udang kering – kisar
- ¼ cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
- 50gm Mentega Anchor Unsalted
- 1 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cairkan Mentega Anchor Unsalted dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daun kari dan rempah kari. Tumis lagi hingga rempah masak.
- Masukkan ubi kentang dan isi ayam. Tambah Susu Tepung Fernleaf Family dan didihkan hingga semua bahan masak sebati dan bahan cecair sejat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan inti dan sejukkan sebentar.
- Ambil sekeping roti yang telah dileperkan dan letakkan di atas acuan karipap. Letakkan sesudu makan inti kentang tadi ke atas kepingan roti. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Cheese Slice.
- Sapu sedikit bancuhan telur di sekeliling kepingan roti lalu tutup acuan membentuk seperti karipap.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng karipap roti hingga kuning keperang-perangan. Hidangkan panas.
9. DAGING BAKAR DANOK CHEESE

BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging lembu – sirloin atau bahagian yang lembut
- 20gm Mentega Anchor Salted – cairkan
- 2 sudu makan sos perang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh chicken granules
BAHAN-BAHAN B (SOS):
- ¾ cawan Susu Tepung Fernleaf Family (dibancuh dengan susu tepung)
- 200gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
- Garam, lada sulah secukupnya dan sedikit gula perang
- Cincangan daun ketumbar – hiasan
CARA MEMASAK:
- Satukan semuan bahan A lalu gaul rata pada daging. Perap sejam atau semalaman di dalam peti sejuk.
- Keluarkan daging dari peti sejuk, grill di atas kuali pemanggang atau dalam ketuhar hingga daging keperang-perangan (tapi jangan masak berlebihan). Rehatkan daging sebentar kemudian dihiris nipis.
- Satukan Susu Tepung Fernleaf Family dan Keju Perfect Italiano Mozzarella di dalam periuk kecil lalu didihkan dengan api yang kecil hingga semua bahan sebati dan likat. Tambah garam, gula perang dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang sos keju ke atas hirisan daging dan tabur cincangan daun ketumbar. Hidangkan segera. Jika suka boleh tambah perahan lemon.
Resipi Taco Berkeju Daging Dendeng & Cheesy Mini Prata Sambal Udang Yang Wajib Dicuba

Jika anda suka makan Daging Dendeng dan Sambal Udang, anda wajib cuba resipi ini. Mungkin nampak pelik tetapi rasanya memang sedap. Resipi dari Mexico dan Itali ini memang tidak mengecewakan apabila dioleh mengikut tekak orang Malaysia. Masak pula menggunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, memang terliur dibuatnya.


TACO BERKEJU DAGING DENDENG

Bahan-bahan A:
- Kepingan taco secukupnya
- 150gm Perfect Italiano Mexican Style
- Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
- 800gram daging
- 5 batang serai – hiris
- 8 helai daun limau purut
- 1 cawan stok/air rebusan daging
- 1 cawan bawang goreng
- 4 sudu makan kicap manis
- 4 sudu makan kicap masin
- 3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
- 2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
- 1 cawan minyak
- 20 tangkai cili kering
- 10 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 4 batang serai
Cara-cara:
- Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
- Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
- Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
- Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CHEESY MINI PIZZA PRATA SAMBAL UDANG

Bahan-bahan:
- 4 keping prata segera
- 250gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
- Daun basil – cincang kasar
- Mentega Anchor (Unsalted)
Bahan-bahan B (Sambal Udang):
- 10-15 ekor udang sederhana – bersihkan
- 1 biji bawang holland – potong bulat
- 6 biji tomato ceri – belah dua
- 10 tangkai cili kering – rebus dan toskan
- 6 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukupnya
Cara-cara:
- Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
- Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, gula perang, udang dan garam secukupnya. Gaul sebati dan sejukkan sebentar.
- Sapu sedikit mentega Anchor (Unsalted) di dalam dulang pembakar, letak sekeping prata.
- Sendukkan sambal udang secukupnya lalu ratakan diatas prata. Susun hirisan bawang holland dan tomato ceri. Renjiskan sambal sedikit lagi.
- Tabur keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
- Tabur cincangan daun basil dan hidangkan segera.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Dada Ayam Tak Laku? Jom Buat PopCorn Ayam Paling Mudah, Sekejap Habis Sepinggan
Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:

