Rempeyek Kacang Tanah ni, orang kata memang ‘berhantu’. Masa makan memang ralit tak boleh berhenti. Sambil borak, tak sedar dah habis sebalang dibuatnya.

Biasanya, resipi nak buat rempeyek ni kena ada air kapur. Tapi jangan risau kalau nak buat tapi kebetulan tak ada air kapur di rumah. Masih boleh diteruskan dan hasilnya, insya-Allah tetap rangup. Cuma guna campuran tepung beras dan tepung kanji atau tepung ubi kayu.

Menurut Ummu Ashraf dalam perkongsiannya, dia seronok buat kudapan sendiri ni sebab dapat adjust rasa rempah ikut suka. Dia suka rasa rempah dalam rempeyek dan dengan nisbah kacang pada tepung yang sekata. Jadi bolehlah cuba ikut resipi rempeyek kacang dan ikan bilis tanpa air kapur yang dikongsikannya.

Rempeyek Kacang Tanah Rangup: Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang ‘Ketagih’!

Bahan Adunan Rempeyek Kacang Tanah

  • 400gm tepung beras – Boleh beli online di sini
  • 100gm tepung kanji / ubi kayu – Boleh beli online di sini
  • 2 biji telur
  • 1 sudu garam – Boleh beli online di sini
  • 400ml santan
  • 15 helai daun limau purut (diracik)
  • Air secukupnya

Bahan Kisar

  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit hidup
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih – Boleh beli online di sini
  • 1 sudu besar jintan manis – Boleh beli online di sini
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1/2 genggam udang kering – Boleh beli online di sini

Bahan Tabur Untuk Rempeyek Kacang Tanah

Cuci bersih ikan bilis mentah dan keringkan semula. Boleh jemur atau untuk kaedah lebih cepat, keringkan sahaja di dalam oven.

Basuh dan jemur kacang tanah sehingga kering. Bila kacang betul-betul kering, hasil rempeyek akan jadi lebih rangup dan tidak cepat lemau.

Cara Membuat Rempeyek Kacang Tanah Rangup Tanpa Air Kapur

Campurkan bahan kisar dengan bahan adunan tepung sehingga sebati. Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair supaya ia mudah melekat pada kacang dan ikan bilis semasa menggoreng.

Rempeyek Kacang Tanah Rangup: Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang ‘Ketagih’!

Ads

Boleh guna acuan kalau nak bentuk yang lebih kemas. Letakkan kacang dan ikan bilis dalam acuan yang sudah dipanaskan dalam minyak. Perlu panaskan acuan dulu untuk elakkan adunan melekat.

Rempeyek Kacang Tanah Rangup: Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang ‘Ketagih’!

Letak adunan tepung supaya kacang dan ikan bilis basah sepenuhnya. Kemudian baru goreng dengan api sederhana kecil. Jangan tergesa-gesa angkat; biarkan ia masak perlahan sehingga betul-betul garing.

Rempeyek Kacang Tanah Rangup: Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang ‘Ketagih’!

Adunan 500g tepung ni boleh dapat dua bekas besar bulat macam dalam gambar yang dikongsikan oleh Ummu Ashraf.

Ads

Tip Supaya Rempeyek Kacang Tanah Lebih Rangup

Kalau nak rempeyek tahan lama dan kekal rangup, pastikan kacang dan ikan bilis betul-betul kering sebelum digunakan. Penggunaan tepung kanji atau tepung ubi kayu memang membantu sangat untuk tekstur rangup yang lama.

Untuk aroma yang lebih sedap, lebihkan sedikit daun limau purut dalam adunan. Rempeyek akan jadi lebih wangi dan rasa tradisionalnya lebih terasa.

Kenapa Rempeyek Kacang Tanah Homemade Lebih Sedap?

Bila buat sendiri, kita boleh kawal rasa, tahap kerangupan dan jumlah rempah. Tambah ikan bilis lebih pun boleh, nak pedas sikit pun boleh. Rempeyek homemade juga lebih bersih kerana kita tentukan sendiri minyak, tepung dan bahan-bahan yang digunakan.

Kudapan ini juga sangat sesuai dihidang semasa raya, majlis kecil, ataupun untuk kudapan harian. Anak-anak pun biasanya suka sebab rempeyek kacang tanah memang ada rasa rangup yang susah nak tolak.

Ads

Kredit: Ummu Ashraf 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Kerepek Ubi Kayu Sira Gula, Jajan Orang Zaman Dulu-Dulu

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI