Chili oil ini memang boleh jadi penyedap hidangan, kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, kena ada. Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.
Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih dan elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.
Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap
Ads
Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!
Bahan-bahan
100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili
Guna cili ini, memang pedas
Cara membuat
1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai di atas kuali sehingga merah gelap. Sejukkan dan kisar sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca
2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.
3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.
Ads
4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.
5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.
Ads
6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.
Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi memasak sambal tumis ikan bilis petai yang sangat best. Ini kerana sambal ini tidak banyak kuah sebaliknya agak kering dan sambalnya menyaluti ikan bilis. Sambal jenis ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak atau bubur nasi.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
3 papan petai (dikupas kulit)
1 sudu besar kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis tanpa perlu terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah.
3. Gunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan juga petai. Kacau seketika.
7. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Gaul dan biarkan seketika. Matikan api. Siap!
Petang begini selepas makan sedap juga dapat kudapan seperti buah. Biasa beli buah mesti letak serbuk asam boi. Tabur atas jambu atau mangga memang kecur liur. Kalau beli pun dah berapa harganya. Boleh buat sendiri, simpan untuk buat stok nak makan bila-bila pun mudah.
Serbuk Asam Boi
Bahan-bahan:
Asam boi
Gula pasir
Plum powder
Cara membuat:
1.Asingkan biji dari asam boi.
2.Blend halus (blend kering). Letak dalam satu bekas.
3.Blend gula + plum powder. Blend halus juga.
4.Satukan dengan asam boi yang dah di blend tadi. Gaul sebati. Saya masukkan dalam satu bekas kemudian goncangkannya. Siap
*Saya tak tambah garam sebab asam boi tu dah ada rasa masin. Tapi ikut selera masing-masing. Dah siap boleh try rasa. If rasa nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera.
Jom cuba buat cili boh homemade! Maklumlah, cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih padu, lebih bersih, dijamin halaldan sesuai digunakan pelbagai jenis masakan.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…