
Kuih muih tradisional Melayu memang sedap. Kena pula yang lembut dan cukup lemak manisnya, lagilah tak puas makan. Bagi penggemar sajian Kuih Kaswi, boleh cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Menurut beliau, resipi kuih ini adalah hasil R&D beliau sendiri. Hasilnya memang lembut dan tak liat. Nampak sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang digunakan.
KUIH KASWI SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan tepung ubi
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 cawan gula merah
- 2 sudu makan air kapur ( jangan terlalu jernih. Ambil pekat sikit)
- 1/2 sudu teh garam
- 3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air. Masukkan daun pandan.
2. Setelah gula larut, biarkan air gula sejuk. Tapis air gula jika perlu.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga mendapat adunan yang sebati.
4. Ambil loyang bersesuaian dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
5. Panaskan pengukus dan setelah mendidih, masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.
6. Setelah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dipotong.
7. Gaul potongan kaswi bersama parutan kelapa yang telah dicampur dengan secubit garam.
8. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Hati Rasa Karipap Kampung Ni, Gerenti Tak Cukup Sebiji

Kalau memilih kuih karipap pasti kita mencari yang licin dan tidak berjerawat. Usah dipandang pada rupa sebenarnya yang berjerawat itu lagi sedap rasanya. Biasanya karipap berjerawat ni orang tua-tua dulu suka membuatnya. Makan panas-panas memang layan.
KARIPAP KAMPUNG
KULIT KARIPAP
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
- Gaul rata semua bahan semua kecuali minyak dan marjerin.
2.Panaskan minyak sekejap dan masukkan marjerin sehingga cair, kemudian masukkan ke dalam tepung tadi semasa panas.
3.Gaul dengan senduk sehingga semuanya sebati dan jadi seperti serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk dari peti ais. Uli sebati.
4.Hasil doh yang sudah siap. Saya tak perap pun.
5.Sedia untuk digelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan pun boleh, nak guna acuan pun boleh. Acuan ni beli dekat shopee “acuan karipap/dumpling Maker.
6.Inti dan tepung ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana.
INTI KENTANG AYAM
Bahan-bahan inti:
1 biji bawang Holland saiz kecil
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar (banyak pun boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2.Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sehingga hampir kering. Bila dah hampir kering, kacau-kacau supaya rata sehingga kering sepenuhnya (guna air sederhana).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk begini je. Kalau suka lembik, tambah air dan masak lebih lama.
4.Hasilnya, sedap makan panas-panas.
Kredit: Missz Amira
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Coklat Caramel Cheese Azlina Ina. Lembut, Gebu, Memang Padu!
Gulai Kurma Ayam Kelantan, Kuah Pekat Memang Puas Hati Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa
Esok Jom Sarapan Roti Puri , Cecah Kari Daging..Pergghh.

Roti puri yang membelon macam ni memang sedap dibuat sarapan pagi. Lagi pulak dapat cecah dengan kuah kari daging.
ROTI PURI BELON BERSAMA KARI DAGING
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh yis
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 3/4 air panas
CARA MEMASAK :
- Tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
- Masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat-bulatkan..perap selama 15minit.

.

.

.
KARI DAGING

.
BAHAN BAHAN
- 1/2 kg Daging
- 3 paket Rempah Kari Daging (25gm tiap satu)
- 220 gm Santan
- 1 sudu makan kerisik.
- Beberapa helai daun Kari.
- 3 ulas Bawang Putih | ditumbuk
- 6 biji bawang merah | ditumbuk
- Sedikit Halia dimayang.
- Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
- 7 biji kentang
- I biji Lobak Merah | dipotong bulat
- 1 1/2 biji cili merah atau cili hijau | dibelah dua memanjang
CARA MEMASAK :
1. Daging dibasuh bersih dan digaul dengan rempah kari daging dn kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air aje sudah dalam santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkan cili hijau/cili merah.
10. Ok….dah boleh tutup api.
Kredit rosmini rozi
FB : GROUP RESIPI MASAKAN
Kuih Talam Pelbagai Jenis Yang Disukai Ramai

Kuih muih tradisi memang disukai ramai. Lemak, lembut, manis yang sedang elok, memang tak jemu. Bagi penggemar sajian kuih tradisional, kuih talam terdiri daripada pelbagai jenis. Semuanya enak-enak belaka. Dikongsikan resipinya. Bolehlah cuba nanti.
TALAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
(LAPISAN BAWAH)
- 1 cawan gula merah – Boleh beli online di sini
- Secawan air
- 1 ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
- 1 sudu besar tepung ubi – Boleh beli online di sini
- Sesudu besar air kapur (jangan pekat sangat)
- 1 sudu besar kicap pekat (Saya guna jenama Jalen untuk bagi warna cantik. Tiada kesan rasa)
- 2 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Sapukan loyang dengan minyak masak dan lapikkan dengan plastik. Ketepikan.
2.Secawan gula merah masak bersama secawan air. Ketepikan. Jika suka manis, boleh tambah sedikit gula putih.
3.Air gula merah satukan dengan air biasa jadikan 3 cawan air. Jangan lebih.
4.Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir jika nak tambah. (Saya memang pakai gula merah je.)
5.Tapiskan. Masukkan dalam kuali. Kacau sehingga naik wap. Jangan sampai pekat.
6.Masukkan ke dalam loyang dan kukus 15 – 20 minit dengan api agak besar.
(LAPISAN ATAS)
- 2 ½ cawan santan pekat (Jangan pekat sangat. Tambah air kalau santan pekat sangat)
- 1 ½ cawan tepung – Boleh beli online di sini
- 1 sudu kecil garam (atau secukupnya)
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan kacau sebati. Tapiskan.
2.Kemudian, masukkan dalam kuali dan kacau sehingga naik wap.
3.Tuang di atas lapisan gula merah tadi.
4.Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.
5.Sejukkan dan boleh potong dengan pisau plastik.
Kredit: Shakinah Zainal
TALAM KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
(LAPISAN BAWAH)
- 1 cawan keledek (siap didadu)
- 1 + ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
- 3 cawan santan – Boleh beli online di sini
- Secubit garam halus
- **Kisarkan semua (kecuali keledek)
(LAPISAN ATAS)
- 3 cawan santan
- 1 + ½ cawan tepung gandum
- ½ cawan gula pasir – Boleh beli online di sini
- 2 sudu besar tepung jagung – Boleh beli online di sini
- Pewarna oren secukupnya
**Kisarkan kesemua bahan di atas.
CARA MEMASAK:
1.Kisarkan semua bahan lapisan bawah.
2.Kukus keledek yang dipotong dadu hingga lembut.
3.Kemudian, campurkan keledek dengan adunan tepung siap kisar tadi.
4.Lapik loyang 7 inci dengan plastik dan digris dengan minyak. Boleh mula dikukus selama 25 minit.
5.Kemudian, kisarkan semua bahan lapisan atas.
6.Selepas 25 minit, keluarkan loyang. Carik-carik dengan garpu permukaan kuih.
7.Terus masukkan adunan lapisan atas tadi. Kukus lagi 25 minit hingga masak.
8.Tutup api dan sejukkan.
9.Selepas sejuk, bolehlah dipotong. Guna pisau plastik yang disapu minyak.
10.Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Mizah Ngatiman
TALAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
(Lapisan Bawah)
- 8 helai daun pandan
- 3 cawan air
- 1 kotak kecil santan Kara (guna santan kelapa pun boleh) – Boleh beli online di sini
- 1 cawan gula pasir
- 1 ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
- ½ cawan tepung ubi – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
1.Kisar daun pandan dengan air.
2.Kemudian, tapis dan ambil airnya sahaja. Secawan air pandan bikin aroma menawan.
3.Isi tepung penuh secawan. Cawan inilah guna sukatan untuk semua bahan.
4.Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau.
5.Godak semua bahan sehingga semuanya sebati. Sehingga tiada tepung yang berketul-ketul.
6.Selepas kesemua bahan tersebut larut, tapiskan ke dalam bekas lain untuk buang saki baki tepung yang berketul atau jika ada bendasing dalam adunan.
7.Sediakan loyang 10×10 inci. Lapikkan dengan plastik. Sekiranya tak mahu lapik dengan plastik, bolehlah sapu permukaan loyang dengan minyak dahulu.
8.Panaskan pengukus yang telah berisi air.
9.Tuang adunan pandan ke dalam loyang. Kukus di dalam pengukus yang telah pun sedia mendidih airnya selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecil. Sederhana sudah memadai.
BAHAN-BAHAN:
(Lapisan Atas)
- ½ cawan tepung ubi – Boleh beli online di sini
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 kotak kecil santan – Boleh beli online di sini
- 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
- 3 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Masukkan kesemua bahan, kacau dan tapis siap-siap.
2.Apabila adunan lapisan bawah telah cukup 20 minit, terus masukkan ke dalam loyang. Tak perlu turunkan kukusan, terus tuang sahaja. Berhati-hati ye.
3.Kukus lagi selama 20 minit.
4.Selesai cukup tempoh 20 minit, buka penutup pengukus. Jika ada air di dalam loyang, mengiringkan supaya senang air itu diceduk dan dibuang.
5.Dah siap. Tunggu kuih sedikit sejuk, barulah dipotong.
6.Adunan ni jadi lembut dan kenyal-kenyal saja. Sedap sangat. Selamat mencuba!
Kredit: Lia Yob Ibrahim
TALAM SAGU
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- Sagu – rendam bagi kembang seketika & buang airnya – beli online disini
- Gula halus – gaul dalam sagu ikut agak-agak manis + pewarna merah @ sirap – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Oles loyang dengan sedikit minyak dan ratakan sagu tanpa perlu tekan. Ia bertujuan supaya bagi ruang pada sagu untuk mengembang.
- Boleh tambah sedikit air dalam sagu supaya bila sejuk, sagu tidak liat.
- Kukus sagu sehingga masak. Masa kukus tidak lama sangat, cukup hingga sagu bertukar rupa.
- Sebelum letak lapisan atas, cakar-cakar sedikit permukaan sagu supaya lapisan atas senang melekat.
NOTA: Sukatan sagu agak-agak sahaja ikut saiz loyang yang digunakan. Jangan terlalu penuh nanti tiada ruang untuk letak lapisan atas.
- BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1 cawan tepung (tepung gandum + 2 sudu makan tepung ubi) – beli online disini
- 2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
- 3 cawan santan (santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna
- santan sama banyak dengan air pun boleh. Empunya resipi tak suka terlalu lemak. Nisbah yang digunakan adalah 1:2) – beli online disini
- Sedikit garam- untuk menaikkan rasa lemak
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan adun hingga larut. Tapis jika tepung berketul.
2. Masak guna api perlahan dan kacau hingga naik wap sedikit. Jangan biarkan tepung berketul.
3. Bila sudah siap, tuang ke atas sagu yang telah dikukus tadi.
- Kukus sekali lagi dalam 10 minit atau hingga kuih betul-betul masak. Sejukkan sebelum dipotong.
- Kuih Talam Sagu siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Harum Wangi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Ikan Masin Pembuka Selera, Bertambah Nasi Dibuatnya
Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official