Sedapnya kerabu sotong ni, kalau makan di kedai memang mahal dan tak cukup. Apa lagi jom kita buat sendiri di rumah sebab kerabu ni sangat senang membuatnya. Yang penting semua bahan segar termasuk sotong ye, Ini rahsia kerabu sotong jadi sedap dan segar rasanya macam makan kat restoran mewah.
KERABU SOTONG PUDINA
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
2 sudu makan pes cili Thai
3 biji cili merah | kisar kasar
3 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris
1 pokok daun bawang | hiris
1/2 cawan daun pudina
2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
Ads
LANGKAH 2: Sementara itu campurkan bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Ads
LANGKAH 3: Masukkan sotong dan gaul rata.
LANGKAH 4; Masukkan pula hirisan bawang dan serai
Ads
LANGKAH 5: Seterusnya masukkan daun bawang dan gaul rata lagi.
LANGKAH 6: Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati . Kemudian sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya ayam goreng seperti di kedai mamak. Garing dan puas hati makan. Dimakan dengan nasi putih dan kuah kari memang layan. Jadi kalau nak buat ayam mamak banyak rempah ratus yang digunakan. Barulah enak rasanya.
Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 16
Halia sebesar ibu jari *
Lengkuas sebesar ibu jari *
4 ulas bawang putih*
4 batang serai *
2 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu serbuk kari ayam
4 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk Maggi
2 sudu gula
1 sudu teh garam
1 sudu jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Daun kari ikut suka nak letak banyak mana
Cara memasak:
1.Yang bertanda * bintang kisar semua sampai hancur.
2.Masukkan ke dalam ayam yang dicuci bersih dan masuk semua bahan-bahan yang di atas.
Mi kuah ini seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasak. Cara membuat hidangan dari Pantai Timur ini memang ringkas namun sedap.
Tapi syaratnya selepas siap dmasak ia perlu dimakan terus. Ini kerana mi akan dimasak sekali dengan kuah. Jika dibiarkan lama, mi menyerap kuah. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman.
Bahan-bahan
Mi kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam
1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.
2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.
4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).
5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.
6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.
7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.
Wanita ayu ini memang luar biasa. Sentiasa melangkah maju, melengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran.
Dulunya dia tiada pengalaman dalam bidang kulinari atau F & B, namun minatnya dalam perniagaaan menyebabkan dia kini cukup ‘masak’ dalam selok belok bisnes kini. Bukan sekadar mengusaha restoran , Tahirah Kamaruddin juga turut melengkapi dirinya dengan ilmu memasak. Kepakarannya pastilah sajian Thai yang menjadi sajian utama di restoran ini.
Nak tahu latar ‘tokeh’ restoran ni, Tahirah adalah bekas graduan Leed University berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) ‘Architecture Technology ‘ ini dahulunya seorang arkitek di England. Dia sempat menggunakan ilmu yang diraihnya dengan bekerja sebagai Arkitek (Architect Technician) selama tiga tahun di sana.
Namun apabila berlaku kemelesetan ekonomi di England pada tahun 2008-2009, dia mengambil keputusan pulang ke tanah air. Lalu, mengusahakan Restoran Jemari yang diasaskan oleh bapanya Dr Kamaruddin Ahmad dan ibunya Wan Zaharah Takiman. Tahirah kemudiannya menggalas tanggungjawab mengusahakan cawangan terbaru Restoran Jemari di Shah Alam pada 2011.
Sejak itu wanita cantik ini tidak menoleh ke belakang lagi. Jiwanya memang jiwa berniaga, seperti kata ungkapan Inggeris “It flows in the blood”.
Lebih ‘mengagumkan’ dia juga memiliki ilmu solekan yang dipelajarinya dari juru mekap handalan popular Erin Leola dan Shazreeyana Shukri.Dalam berniaga Tahirah tetap mengambil tempahan solekan untuk majlis perkahwinan dan acara. Pengalaman manisnya apabila pernah menyolek artis Sherry Ibrahim, Nora Danish, Nabila Razali untuk penggambaran media dan klip video.
Dia juga hebat memasak tom yam dan kerabu kangkung yang menjadi sebutan pelanggan Restoran Jemari. Nah ,di sini Tahirah berkongsi salah satu resipi untuk ‘follower’ RASA, sajian bercili Ayam Phad Khrao Pao. Hebatkan wanita ini,jom cuba resipi yang disumbangkannya.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap Anggaran kos : RM 9
TIP DARI TAHIRAH : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!