Limpa, paru, daging dan hati adalah antara bahagian pada lembu yang sedap kalau dimasak rendang. Bahagian pada lembu misalnya limpa memang agak kuat baunya. Jadi kalau dimasak rendang, bau itu akan hilang sebab rendang menggunakan banyak rempah. Nah, RASA kongsikan tiga resipi rendang yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional untuk anda yang memang tekak cita rasa Melayu.

RENDANG LIMPA

Tiga Resipi Rendang Legend Yang Mantap, Kekalkan Cita Rasa Tradisional

Bahan-bahan:

IKLAN

500 gram limpa (dipotong kepingan besar)
1 biji kelapa ] diambil santan
8 tangkai cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2cm halia (dikisar)
2cm lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Air secukupnya (jika perlu)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.
2. Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
4. Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.

RENDANG PARU

Tiga Resipi Rendang Legend Yang Mantap, Kekalkan Cita Rasa Tradisional

IKLAN

Bahan-bahan:
1 kg paru (dihiris)
5 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3cm kulit kayu manis
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan garam

Bahan kisar:
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu teh lada hitam

Cara memasak:
1. Didihkan air dan rebus paru sehingga lembut. Angkat dan toskan airnya.
2. Dalam kuali berasingan, masukkan santan cair dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan paru, daun salam, daun limau purut, daun kunyit dan kulit kayu manis. Masak sehingga kuah pekat.
4. Tuang santan pekat, garam dan kerisik. Gaul rata.
5. Masak lagi sehingga kuah agak kering dan pecah minyak.
6. Sedia untuk dinikmati.

IKLAN

RENDANG DAGING DAN HATI BERKUAH

Tiga Resipi Rendang Legend Yang Mantap, Kekalkan Cita Rasa Tradisional

Bahan-bahan:
300 gram daging
300 gram hati
7 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 ½ inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
5 batang serai (dihiris halus)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
2. Apabila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik.
3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.
4. Masak dan biar mereneh namun pastikan masih berkuah.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI