Rempeyek kacang tanah ni, orang kata memang ‘berhantu’. Masa makan memang ralit tak boleh berhenti. Sambil borak, tak sedar dah habis sebalang.
Biasanya, resipi nak buat rempeyek ni kena ada air kapur. Tapi, jangan risau bila nak buat tapi tak ada air kapur. Masih boleh juga diteruskan dan hasilnya, insya-Allah tetap rangup. Cuma guna campuran tepung beras dan tepung kanji atau tepung ubi kayu.
Menurut Ummu Ashraf dalam perkongsiannya, dia seronok buat kudapan sendiri ni sebab dapat adjust rasa rempah ikut suka. Dia suka rasa rempah dalam rempeyek dan dengan nisbah kacang pada tepung yang sekata. Boleh cuba ikut resipi rempeyek kacang dan ikan bilis tanpa air kapur yang dikongsikannya.
Sedapnya popia. Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ni.
POPIA ROTI
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih terjamin kesihatannya dari segi bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan. Korang boleh pantau jumlah gula dan garam yang hendak digunakan.
Kali ni RASA nak kongsi resipi kudapan berupa maruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan maruku macam ni.
MARUKU CHEESE
Bahan-Bahan 175 gram tepung beras pulut 250 gram krim keju 100 gram gula ising 1 biji telur ayam 60 gram air 1/2 sudu teh garam Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak 1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam. 3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul. 4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana. 5. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anak-anak sangat sukakan snek. Jika beli yang ready made atau sejuk beku, kandungan yang terkandung ada kalanya tinggi lemak, garam serta punya MSG. Jom belajar buat Cheesy Ball secara homemade. Lebih sihat, sedap dan bersih. Kandungan garam pun puan-puan boleh kawal.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!