
Cara masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, biasanya kita perlu merendam beras pulut sebelum dikukus. Ia bagi memastikan pulut kuning yang dimasak menjadi sempurna.
Namun ada dikalangan kita yang tak ada periuk kukusan untuk masak hidangan ni. Jangan risau, versi ini sangat mudah. Jom lihat cara-caranya menerusi perkongsian dari saudari Faidhatul Arfah Ahmad ini.
HI! ARFAH NAK SHARE DENGAN KORANG CARA MASAK PULUT YANG PALING SENANG, SIMPLE DI ABAD INI. Tak payah nak pening kepala nak rendam pulut dulu 2 jam, rebus air kukus dan sebagainya. Tak sampai 40 minit pulut dah boleh makan dengan riangnya!
Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus

Tanpa Rendam & Guna Rice Cooker
Ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat. Basuh bersih pulut dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan air ke dalam kuali, banyak mana pun takpe ikut suka. Kemudian buka api. Boleh letakkan pewarna kuning atau serbuk kunyit, atau biarkan warna putih sahaja – terpulang. Gaul-gaulkan supaya warna sekata pada keseluruhan pulut.
Pastikan tunggu sehingga air rebusan pulut betul-betul mendidih atau mengelegak. Selepas itu terus tutup api. Jangan biar terlalu lama kerana pulut boleh terlebih kembang dan akan menjejaskan hasil akhir Pulut Kuning Tanpa Kukus.
Seterusnya, tapiskan pulut dan buangkan air rebusan tadi kerana ia tidak akan digunakan lagi.
Masukkan pulut ke dalam rice cooker. Jika tak nak guna santan, tak perlu tambah apa-apa air. Tetapi jika nak hasil lebih lemak, boleh masukkan santan bersama sedikit garam dan gaulkan sehingga sebati.
Pastikan santan hanya paras pulut atau kurang sedikit. Jangan sampai pulut tenggelam kerana ia boleh menyebabkan Pulut Kuning Tanpa Kukus menjadi lembik.
Kemudian masak dalam rice cooker sehingga bertukar dari “cooking” ke “keep warm”. Biasanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit bergantung kepada kuantiti pulut.
Bila pulut sudah masak, masukkan sedikit gula dan gaul rata. Tutup semula periuk seketika supaya gula sebati dan memberikan tekstur pulut yang berkilat serta cantik.
Dan siap! Pulut Kuning Tanpa Kukus anda boleh dinikmati dengan penuh kepuasan.
Tips Penting Supaya Pulut Cantik & Tidak Lembik
Walaupun kaedah ini tidak memerlukan rendaman, hasilnya tetap cantik jika teknik diikuti dengan betul. Pastikan anda tidak terlebih air ketika proses awal kerana ini boleh menyebabkan pulut terlalu lembut.
Selain itu, penggunaan santan yang sederhana akan memberikan rasa lemak tanpa merosakkan tekstur. Ini antara kunci utama kejayaan Pulut Kuning Tanpa Kukus yang ramai tak perasan.
Kaedah ini juga sangat sesuai untuk mereka yang sibuk atau tidak mempunyai peralatan dapur lengkap seperti pengukus. Hanya menggunakan rice cooker, anda masih boleh menikmati hidangan tradisional yang sedap.
Setengah orang suka masak pulut terus dalam rice cooker dengan sukatan air tertentu. Tetapi jika tidak pandai agak sukatan, pulut mudah jadi kembang. Jadi teknik ini lebih selamat dan mudah diikuti.
InsyaAllah, jika ikut langkah ini, pulut akan masak elok, tidak kembang dan teksturnya kekal cantik. Malah ia sangat menjimatkan masa dan tenaga.
Moga-moga perkongsian ini memberi manfaat dan selamat mencuba!
Kredit resipi: Faidhatul Arfah Ahmad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!




