Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis bagus dijadikan amalan. Kita perlukan sesuatu yang mengenyangkan untuk menahan rasa lapar. RASA berikan idea menu nasi goreng yang sedap untuk menaikkan selera bersahur di samping menu yang senang nak dimasak.

NASI GORENG NANAS

Idea Menu Sahur Untuk Yang Suka Berpuasa Sunat, Simple Je Tapi Mengenyangkan

Bahan-bahan
30 ml minyak masak untuk menumis
10 gram bawang putih (dikisar)
20 gram bawang merah (dikisar)
20 gram cili padi (dikisar)
20 gram cili besar merah (dikisar)
40 gram isi ayam
10 gram sos ikan
10 gram sos tiram
Semangkuk nasi putih
40 gram nanas (dipotong dadu kasar)
20 gram sawi cina

Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah. Biarkan garing.
2. Masukkan isi ayam bersama sos ikan dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan isi ayam separuh masak.
3. Masukkan nasi. Masukkan nanas bersama sawi cina. Kacau rata selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.

IKLAN

NASI GORENG CINA

Idea Menu Sahur Untuk Yang Suka Berpuasa Sunat, Simple Je Tapi Mengenyangkan

Bahan-bahan
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih (dikisar)
2 bji telur ayam
100 gram sayur cmpur
Serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Semangkuk nasi putih

Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih yang telah dikisar.
2. Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram dan kacau sebati. Biarkan selama seminit
3. Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.

IKLAN

NASI GORENG USA

Idea Menu Sahur Untuk Yang Suka Berpuasa Sunat, Simple Je Tapi Mengenyangkan

Bahan-bahan
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih dikisar
2 bji telur ayam
100 gram sayur campur
Sedikir serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
40 gram udang
40 gram sotong
Semangkuk nasi putih

Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
2. Pecahkan telur ayam dan kacau hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
3. Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.

IKLAN

NASI GORENG PETAI

Idea Menu Sahur Untuk Yang Suka Berpuasa Sunat, Simple Je Tapi Mengenyangkan

Bahan-bahan
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih dikisar
50 gram ikan bilis
2 papan petai
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Semangkuk nasi putih

Cara Memasak
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau sebati.
2. Tuang sos ikan dan sos tiram. Biarkan selama seminit.
3. Masukkan nasi dan kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI