Puding tiramisu cukup sedap dijadikan pencuci mulut dan manisan yang enak.Cuba check ada tak susu pekat, susu cair, tepung kastad dan biskut Marie dah boleh buat puding tiramisu ini.

Menurut empunya resipi gunakan dalam bekas besar lebih senang, kalau nak buat dalam cawan dadih lambat juga nak siap satu satu. Sedap dimakan sejuk-sejuk bila keluar peti sejuk. Tapi kalau untuk jualan boleh guna cawan tu.

🍮PUDING TIRAMISU

IKLAN

BAHAN-BAHAN :
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
5 tin air(guna bekas tin susu tadi untuk sukat air)
11 sudu makan tepung kastad(penuh membukit)
Biskut marie(nak sedap cari yang perisa kopi)
Milo secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Masukkan susu sejat,susu pekat,air dan tepung kastad ke dalam periuk,kacau bagi sebati semua dulu kemudian baru buka api sederhana..
2. Kacau sampai pekat dan berkilat,tutup api..
3. Masukkan kedalam bekas/cup ataw apa2 yang sesuai secara berlapis..
4. Kastad,biskut,tabur milo kemudian kastad dan ulang lagi kastad,biskut,milo sampai last biar tinggal kastad jaa..
5. Lepas tu blend kasar sedikit biskut dengan milo untuk tabur bahagian atas(tapi yang ni saya blend biskut asing,xcampur milo)saya tabur dulu milo,lepastu baru tabur biskut yang diblend..
6. Siap..Masuk freezer,tunggu sejuk dah boleh makan..Sejuk ja lalu tekak😋😋

Group MAHN
Kredit:Norliza Bahari