Cuaca panas terik memang buat badan rasa tak selesa dan cepat dahaga. Oleh itu, sesuai sangat kalau buat Puding Susu Nata De Coco ni. Sejuk dan manis. Anak-anak pasti suka. Nak bat pun mudah dan guna bahan-bahan yang simple. Memang best. Jom cuba!
PUDING SUSU NATA DE COCO
BAHAN-BAHAN:
1 pek serbuk agar-agar (white)
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (boleh tambah atau kurangkan)
4 cawan air
2 sudu makan tepung kastard
Sedikit esen vanila
Sedikit garam
Nata de coco (perisa oren)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Letak Nata De Coco secukupnya ke dalam acuan. ( boleh guna acuan lompang).
2. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk bersesuaian. Kacau hingga larut.
Ads
3. Seterusnya buka api dan masak adunan puding hingga pekat.
Ads
4. Tuang adunan puding ke dalam acuan yang telah diletakkan Nata De Coco tadi.
Asyik betul mengunyah, layankan kacang kuda rebus dengan kacang kuda sambal. Antara dua ini, mana satu menjadi kesukaan?
Jika nak diikutkan, kedua-duanya memang enak untuk dinikmati. Bezanya, bagi yang lebih menggemari rasa aslinya, akan memilih kacang kuda rebus. Manakala pada yang ingin merasai kenikmatan sedikit pedas dan rasa rempah, akan memilih kacang kuda sambal.
Adakala sukar juga nak jumpa kacang kuda rebus dan sambal ini dijual di kebanyakan gerai. Apa kata kita buat je sendiri. Ikuti perkongsian resipi daripada Tuan Adriana Arissa ini. Percayalah! Hidang saja, berebut-rebut orang yang nak makan.
Sudah terbiasa menghidangkan keluarga menu minum petang. Kadang kala buntu juga nak fikir kuih muih yang sedap dan mudah buat. Apam ada pelbagai jenis , malah ada yang biasa dan juga berinti. Boleh letak inti kelapa dan juga inti kacang merah. Comel dan gebu, memang geram nak makan.
Apam inti kacang merah
Bahan-bahan:
2 sudu teh yis
Setengah cawan air suam @100ml
1 sudu teh gula
Bancuh gula hingga larut kemudian tambah yis.. kacau-kacau sehingga sebati. Biar sekejap hingga berbuih,
1½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras cap teratai
1 cawan gula nak kurang manis guna ¼ sahaja gula, sbb inti kacang merah dah manis,
1 cawan air bersamaan 200ml
Nak letak esen boleh je ye.. dan pewarna yang disukai
Cara memasak:
1.Tepung gandum tepung beras gula dan air sekalikan dalam bekas.
2.Kacau-kacau guna senduk bagi dia tak berketul-ketul.
3.Kemudian tuang adunan yis.. Kacau lagi bagi adunan betul-betul sebati.
4.perap 40minit bagi adunan naik ye.
5.Dah naik kacau-kacau lepastu ikut suka nak letak pewarna apa.
6.Acuan disapu minyak terlebih dahulu..
7.Sudukan adunan kemudian letak inti kacang merah.
8.Kukus 20-25minit
Kredit: Lydia Na
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat yang ingin buat menu diet, boleh cuba resipi oat rendaman atau ‘overnight oats’ ini. Resipi yang dikongsikan Siti Hazneza Abdul Hamid, sangat mudah dan sedap dimakan sejuk-sejuk.
Bagi mereka yang ada anak kecil atau orang tua di rumah juga, boleh mencuba resipi oat rendaman ini.
OAT RENDAMAN @ OVERNIGHT OATS
BAHAN-BAHAN:
½ cawan labu lecek yang ditambah serbuk kulit kayu manis dan buah pala ⅓ cawan yoghurt perisa asli ⅔ cawan susu 2 sudu makan flaxseed 1 cawan oat 1 sudu kecil serbuk kayu manis – beli online di sini Secubit serbuk buah pala
CARA MEMBUAT:
1. Belah labu jadi dadu besar-besar dan kukus dengan kulitnya supaya mudah diurus kemudian.
2. Labu yang telah dikukus sehingga empuk bolehlah dibuang kulitnya dan dikisar supaya menjadi puri yang halus dan lembut. Tidak perlu tambah air. 3. Bahagi-bahagikan mengikut kesesuaian untuk disimpan dalam bahagian beku (untuk simpanan jangka panjang) atau bahagian sejuk sahaja (untuk digunakan dalam masa seminggu).
8. Buat lapisan bermula dengan bahan basah. Saya mulakan dengan susu. 9. Tambahkan yoghurt. Untuk sekali lagi, saya tidak akan letak yoghurt supaya rasa pai labu lebih menyerlah. 10. Tambah puri pai labu.
11. Tambah bahan kering: oats, flaxseed, madu, gula perang, kurma atau kismis.
12. Kemudian, ulang oats, puri pai labu, susu dan yoghurt. Tabur kuaci labu untuk bahan rangup.
13. Ideanya adalah agar oat rendaman berlapis-lapis seperti parfait. Agak lain sedikit namun tidak mengapa.
NOTA: * Jika hendak buat donat atau keria (kuih gelang), biarkan sejuk ke suhu bilik dahulu sebelum dilecek dan ditambah tepung. * Jika hendak gunakan untuk goreng tempura, kukus sekadar separuh empuk supaya boleh dihiris dan dicelup tepung tempura.
Ada caranya untuk membersihkan lendir dan hilangkan bau hanyir pada ayam segar yang dibeli. Bukan apa, jika ayam tak dicuci dengan bersih, memang akan berbau dan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.