Jom cuba buat Puding Roti Pandan Layer yang sangat sedap perkongsian saudari Rozita Daud. Menggunakan Roti Pandan viral, memang sedap hasilnya. Lembut, lemak manis, memang enak dimakan sejuk. Sesuai sangatlah dimakan dikala cuaca panas ni. Bahan-bahannya pun sangat mudah. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan A (kecuali roti): tepung jagung, santan, telur, garam dan pewarna hijau di dalam bekas. Sebatikan dan pastikan tiada ketulan tepung. Biarkan seketika.
2. Roti pandan dipotong bahagian tepinya. Namun jangan dibuang. Kisar bahagian kerak roti menggunakan blender kering untuk dijadikan hiasan atas puding.
3. Dalam periuk berlainan, masak agar-agar tali bersama air dan juga gula. Masak hingga gula larut.
4. Masukkan campuran bahan A tadi. Masak guna api perlahan sampai adunan berkilat. Harus diingat, adunan perlu dikacau dengan kerap supaya puding tidak menjadi berketul. 5. Ambil loyang bersesuaian, tuang separuh adunan puding tadi atau dengan secukupnya. 6. Letak kepingan roti diatas puding kemudian tuang lebihan puding tadi hingga menutupi roti.
7. Tabur serbuk roti yang dikisar dengan rata dan sejukkan puding terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Aiskrim ni bukan budak-budak je suka. Mak budak dan bapak budak pun suka. Tapi ramai yang risau nak makan banyak sebab bimbang gula tinggi, kan? Buat sendiri aiskrim homemade untuk kudapan seisi keluarga. Kita boleh pantau bahan-bahannya terutama gula. Kalau rasa nak kurangkan gula pun OK. Tidaklah manis sangat kan? RASA kongsikan resipinya untuk anda semua.
AISKRIM COKLAT VAN HOUTEN
.
BAHAN-BAHAN
• 1 tin susu cair
• 2 sudu besar susu pekat
• 1 penutup esen vanila
• 1 sudu besar ovalet
• 1 senduk serbuk koko Van Houten
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan selama 5 minit menggunakan blender atau mixer.
2. Masukkan bahan dalam bekas plastik atau bekas aiskrim.
3. Letak dalam tempat pembeku semalaman. Kalau nak aiskrim yang tidak keras sangat, bekukan selama 5 jam.
Memang sedap dapat nikmati kek mini hokkaido. Seumpama menelan kapas gebunya tak terkata. Kalau membelinya boleh tahan juga harganya. Jadi apa kata buatnya sendiri dengan resipi berikut. Yang penting pasti menjadi kek hokkaido korang.
Buat Kek Mini Hokkaido Gebu
Bahan-bahan:
4 biji kuning telur
Secubit garam
3 sudu besar gula kastor
Sedikit esen vanilla(satukan dan pukul bagi sebati)
Setengah cawan susu cair (saya pakai susu segar)
1/4 cawan minyak masak(masukkan dalam bekas telur,susu dan minyak)pukul sekejap
-letak tepi sementara untuk langkah ke dua
Langkah 2
4 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor
Satu sudu kecil cream of tartar
Cara membuat: 1.Meringue,adun putih telur sampai berbuih kasar. 2.Masukkan cream of tartar/ adun lagi. 3.Kemudian masukkan gula kastor sikit-sikit( adun lagi sampai jadi likat)
Langkah 3
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil baking powder (Ayak semua barang. Kemudian masukkan ke dalam bekas kuning telur.Pukul hingga sebati.
*sebenarnya guna tepung gandum khas tapi saya guna tepung gandum superfine saja.
Langkah 4 1.Ambil putih telur tadi masukkan ke dalam bekas kuning telur yang dah siap tadi sikit. 2.Gaul sebati.Ulang sampai habis putih telur. Siap.
3.Masukkan dalam paper cup. 4.Bakar 25 minit dengan suhu 150 darjah c..
Kuah kastard:
Bahan-bahan:
200ml susu cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung kastard
4 sudu gula kastor
1 sudu besar butter
1 biji telur
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan dan masak guna api perlahan. 2.Kacau hingga pekat. 3.Sejukkan sementara nak paipkan.
Udang Butter Nestum menjadi kegemaran ramai terutama pencinta makanan laut. Rasanya yang rangup ketika dikunyah membuatkan kita begitu leka menambah nasi di dalam pinggan. Mungkin kalau makan di restoran tidak berapa puas makan. Kalau nak puas makan, apa kita buat sendiri sahaja Udang Butter Nestum ini. Cara buat Udang Butter Nestum ada dikongsikan oleh Zaki Ahmad
RESIPI UDANG BUTTER NESTUM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg udang (saiz besar lebih baik) 3 sudu besar mentega 2 ulas bawang putih dicincang – BELI ONLINE 2 biji cili padi diracik –BELI ONLINE 1 mangkuk kecil tepung jagung –BELI ONLINE 1 mangkuk Nestum 3 tangkai daun kari Lada sulah -BELI ONLINE Serbuk perasa/perencah cukup rasa Garam Gula
CARA MEMBUAT:
1.Setelah udang dibersihkan, gaul udang dengan garam hingga sebati.
2. Masukkan lada sulah. Sebatikan.
3. Seterusnya masukkan tepung jagung dan gaul dengan udang hingga sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan.
5. Goreng sekejap sahaja dengan api besar. Angkat dan toskan. Ketepikan.
6. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Cairkan.
7. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis hingga wangi.
8. Selepas itu masukkan nestum dan kacau hingga sekata.
9. Masukkan serbuk perasa/rencah cukup rasa.
10. Masukkan sedikit gula dan kacau hingga sebati.
11. Akhirnya sekali masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Balik-balikkan supaya nestum menyelaputi udang. Hidangkan.