Puding Oreo Milo sesuai sangat dibuat sajian pencuci mulut. Paling cepat dan mudah disediakan untuk dihidangkan pada tetamu yang datang bertandang. Bahan nak buat tidak banyak dan paling penting rasanya sedap sangat! Bukan sahaja kanak-kanak suka, orang dewasa pun sama. Sejukkan dalam peti sejuk kemudian bila tetamu sampailah keluarkan. Nah ini resipi Puding Oreo Milo seperti yang dikongsikan oleh Seri Sairi
1. Masukkan 4 cawan air serta agar-agar. Masukkan gula. Nak manis boleh lebihkan gula. Kurangkan gula untuk dapatkan rasa manis-manis buah.
Ads
2. Masukkan satu tin susu cair. Kacau sehingga masak dengan sempurna.
3. Asingkan 2 cawan agar-agar yang telah dimasak tadi dan masukkan 1 cawan milo. Ambil loyang, tuang agar-agar dengan bancuhan milo tadi dan biarkan ia keras seketika.
4. Masukkan bancuhan agar-agar yang putih tadi buat lapisan yang kedua.
5. Patah-patahkan oreo sebagai hiasan. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Hendak letak satu-satu oreo pun boleh.
6. Biar ia keras sedikit dan masukkan lagi bancuhan milo yang lebih tadi. Kalau agak keras bancuhan milo untuk lapisan ke tiga itu boleh panaskan balik di atas api. Siap. Bolehlah disejukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan ketika sejuk.
Kek Fruits Pastry menjadi trending di media sosial sekarang. Pernah viral suatu masa dahulu ketika tahun 2010 kini resipi ini seperti membuat ‘comeback’ mengejutkan semua yang gemar mem’baking’. Rugi jika kamu tidak mencuba resipi ini memang mudah dibuat dan sedap! Selamat mencuba.
Resepi adalah dari gabungan dari Glazed, Kak Rima dan juga Kak Azlita Aziz. Sebenarnya bila tengok balik resepi ketiga tiga ni lebih kurang sama. Beza 10 – 20 gram saja.
RESIPI KEK FRUITS PASTRY
BAHAN-BAHAN:
Butter 100 gram. Boleh pakai apa saja brand butter / spread. Tolong jangan bergaduh isu Buttercup kat sini. Haha.
3 biji Telur Ayam saiz A atau B saja. Saiz Z kecil sangat.
Tepung Gandum 210 gram + baking powder 1tsp. Diayak bersama. Kalau rajin ayak 3 kali. Kalau malas tak payah ayak langsung.
Vanilla Flavor 1tsp. Tapi sebab saya guna Premium Silky Vanilla by Chef Amer, guna half saja. Sebab bau dia mengaum. Nak beli roger tepi. ( taktik iklan secara halus).
Lemon Zest / kulit orange 1tsp.
Sourcream / Greek Yogurt 100 gram
Buah buahan yang masam. Kalau rasa diri tu masam pun boleh letak juga. Saya guna Strawberry, Blueberry, dan Peach dalam tin. Kalau nak beli Peach yang segar, harga nya mahal nak arwah.
Daun Keladi sekadar hiasan. RM 4 sehelai tu.
CARA MEMASAK:
LANGKAH 1 : Pastikan butter berada dalam suhu bilik. Tapi bukan lembik. Dan bukan juga keras kejong. Yang sedang sedang saja . Pukul bersama dengan gula caster sehingga menjadi creamy.
LANGKAH 2: Okay, cun dah. Adunan menjadi creamy, dan bertukar warna menjadi sedikit putih.
LANGKAH 3: Masukkan telur satu persatu. Sambung pukul perlahan lahan. Sampai telur hilang dari pandangan saja. Jangan over beat masa ni.
LANGKAH 4: Masukkan campuran bahan kering yang sudah diayak tadi. ( ayat buku resepi)
LANGKAH 5: Kau orang pun mesti hampir hampir terlupa pasal dua benda alah ni kan. Haha. Sepatutnya kena masuk masa selepas masuk telur tadi. Layan Tik Tok la ni sampai lupa.
LANGKAH 6: Terakhir sekali, masukkan Greek Yogurt atau Sourcream. Beli dah lama dah Yogurt ni tapi baru kesempatan nak buat. Expired date pun di saat hari kek ini dibuat. Haha.
LANGKAH 7: Ini adunan yang dah sebati serasi bersama. Wangi sungguh. Bau Vanilla, bau masam lemon zest, bau butter lagi.
LANGKAH 8: Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8inc yang telah diglis dan dilapik dengan parchment paper. Pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu. Basic baking tu kan.
LANGKAH 9: Maka susun lah buah buahan mengikut kreativiti masing masing ya. Seeloknya cari buah yang masam masam dan tidak ‘watery’. Tapi kalau nak rare, letak buah tembikai pun boleh.
LANGKAH 10: Sedia untuk diseksa didalam oven selama 45 minit. Suhu 160c atas bawah.
TIP:
Cucuk dengan lidi / cake tester untuk pastikan kek dah betul masak. Nak cucuk dengan jari pun boleh kalau kebal. Sejukkan kejap baru diletakkan diatas papan.
Untuk dekorasi, boleh dust dengan snow powder atau icing sugar. Kalau nak buat jual, seeloknya guna snow powder, ianya tahan lama berbanding icing sugar. Tak larut dalam kek.
Potong siap siap. Buat minum petang ibu ibu di taman petang ini sambil membawang.
Jika diikutkan resepi nya seakan Sourcream Buttercake saja, kemudian diletakkan buah buahan diatas adunan sebelum dibakar. Maka terhasil lah satu gabungan rasa masam manis kehidupan.
NOTA: Ini adalah Vanilla Flavour jenis oil based. Banyak brand dijual. Antara nya brand Chef Amer. Beza antara Vanilla Essence kebanyakkan ialah jenis water based. Bau nya akan hilang akibat dari sejatan semasa proses pembakaran kek. Jadi bertukar lah pada Vanilla jenis oil based, bau tetap kekal dalam produk sekalipun diseksa berjam jam di dalam oven.
Waktu pagi selalu terkejar-kejar. Sibuk, kan? Apa kata buat sarapan simple tapi sedap ni. Jom try.
ROTI BAKAR TELUR HANCUR BERKEJU
BAHAN-BAHAN
• 4 biji telur ayam
• 60 ml susu
• Garam dan lada hitam
• Mentega 10 gram
• 25 gram keju cheddar (parut)
BAHAN HIASAN
• Mayones
• Serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Pukul telur ayam dan susu. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
2. Cairkan mentega dalam kuali nonstick dan goreng telur ayam dengan api yang sederhana kecil.
3. Kacau telur ayam sesekali. Jangan terlalu hancur. Biarkan selama 4 minit. Akhir sekali masukkan keju.
4. Bakar roti. Letakkan salad dan telur hancur berkeju tadi.
5. Letak mayones dan sedikit serbuk lada hitam kalau nak cantikkan.
Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Antara yang menjadi pilihan ramai di bazar ramadan tentunya aneka kuih muihserta manisan pembuka selera seperti Kuih Tako Jagung. Rasanya yang tidak terlalu manis dan bertekstur lembut, menjadikan kuih ini antara kegemaran ramai terutamanya jika dimakan sejuk. Nak cuba buat Kuih Tako Jagungni secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudari Manja Md Diah ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT KUIH TAKO JAGUNG
BAHAN A (HIJAU):
2 cawan tepung jagung
10 cawan air
3 cawan gula pasir
1 tin jagung manis
Sedikit pewarna hijau
BAHAN B (PUTIH):
2 cawan tepung jagung
18 cawan santan perah ( daripada 3 biji kelapa parut)
4 sudu (sudu kfc) garam
Daun pandan – simpulkan
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A dalam periuk. Kacau sebati dan barulah dihidupkan api. Masak hingga mendidih. Padamkan api.
2. Tuang adunan A ke dalam acuan atau bekas kuih. Pastikan tuang hingga separuh dari ketinggian bekas. Ketepikan seketika.
3. Untuk menyediakan lapisan putih, satukan bahan B dan adun sebati.
4. Buka api dan masak hingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Adunan B ini memang sedikit cair berbanding adunan A.
5. Bila adunan B mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam bekas berisi adunan A tadi hingga penuh.
6. Biarkan kuih sejuk dan sedikit pejal. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika guna acuan kelongsong pandan, boleh dapat dalam 120 biji. Jika guna cawan dadih yang rendah, boleh dapat dalam 80-90 biji Kuih Tako Jagung.