Cuaca panas-panas, dapat makan puding memang nikmat. Makan hingga menjilat jari.Mudah jer buatnya ikut resipi berikut.
PUDING KASTARD BERKUAH
Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 tin susu cair
1/2 cawan gula
Esen vanila
Cara memasak:
1.Campur ke semua bahan.
2.Masak di atas api sehingga pekat dan berkilat..
3. Sendukkan ke dalam acuan.
4. Sejukkan.
Kuah kastard
Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin fruit cocktail. ( guna sirup sahaja)
1/2 cawan air
1 cawan gula
1 biji telur (ambil yang merah sahaja)
1 sudu besar tepung kastard
Esen vanila
Daun pandan
Cara memasak:
1.Sebatikan semua bahan-bahan kecuali telur.
2.Masukkan daun pandan yang disimpulkan.
3.Masak sehingga nampak sedikit pekat.
4.Ambil sedikit adunan. Campurkan bersama telur merah, sebatikan.
5.Curahkan ke dalam kuah kastard.
6.Kacau sehingga kuah mesra.Kuah kastard siap.
Ads
Selamat mencuba.
*kuah kastard boleh dimasak awal dan di simpan dalam peti sejuk.
*boleh dimakan bersama puding raja, puding roti, kek dan lain-lain.
*hiasi puding bersama fruit cocktail/lychee/longan.
Resipi pai nangka idea mak. Pernah makan pai berintikan nangka? Menurut puan Shai Anne yang berkongsi resipi ini, idea untuk membuat pai berinti nangka itu dicetuskan oleh maknya.
Ketika itu mereka diberikan buah nangka oleh kakak iparnya. Sedang mencari idea untuk memasak, tiba-tiba mak memberikan idea untuk buat jem nangka. Maka, terjadilah pai nangka ini. Sedap sungguh.
Selain dijadikan pai, boleh dijadikan inti roti dan popia gulung. Peminat nangka terutamanya, wajib cuba resipi ini ye.
Untuk membuat doh; Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk.
Kemudian guna tangan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Untuk menyediakan inti jem; sediakan jem nangka terlebih dahulu. Di dalam kuali, masak isi nangka yang telah dipotong kiub kecil bersama gula pasir sehingga pekat dengan api yang sederhana.
Bila dah pekat, padamkan api dan sejukkan jem nangka terlebih dahulu.
Untuk membuat pai; ambil sekeping kulit pai. Canai doh jadi bentuk empat segi panjang. Terlebih dahulu, tabur sedikit tepung di permukaan papan/meja.
Kemudian sudukan sedikit inti nangka, bubuh di bahagian agak bawah. Kemudian lipatkan kulit pai menutupi inti dan kemaskan sekelilingnya. Boleh gunakan air untuk lekatkan.
Gunakan garfu, tekan-tekan sekeliling pai. Boleh kelar sedikit bahagian atas untuk corak. Setelah itu, sapu sedikit bancuhan telur di permukaan atas pai.
Kemudian bolehlah masukkan ke dalam oven dan bakar hingga masak. Siap.
Kuih tepung bungkus, kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai, tak luput dek zaman. Dibungkus dengan daun pisang, rasanya yang lemak-lemak masin dan inti kelapanya yang manis membuatkan gabungan ini berjaya menaikkan selera kepada sesiapa yang memakannya.
Kali ini ini, kita ikuti resipi kuih tepung bungkus hasil perkongsian Puan Eha. Mudah saja membuatnya.
Awalnya, kuih ini diminta oleh ibu mertuanya yang teringin untuk menikmati kuih tepung bungkus ini, Maka, gigihlah mencari daun pisang, tapi rupa-rupanya daun pisang tersebut hanya mencukupi untuk membungkus 6 biji kuih sahaja dek kerana keadaan daun tersebut ada yang kurang elok.
Maka, tercetuslah idea untuk mengukus kuih tersebut di dalam bekas kecil-kecil. Sama sahaja rasanya. Cuma, tiada aroma daun pisang. Jadi, kepada yang sukar mendapatkan daun pisang di tempat anda, mungkin boleh juga mencuba cara ini.
Kanak-kanak memang suka makan snek terutamanya nuget ayam. Oleh itu anda boleh hasilkan hidangan ini secara homemade. Jika buat sendiri, anda boleh mengawal jumlah garam serta abaikan penggunaan MSG. Lebih sihat malah lebih jimat. Jom cuba!
NUGET AYAM HOMEMADE
BAHAN NUGET:
BAHAN SALUTAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ayam, telur, bawang putih, bawang besar dan lada sulah. Kisar.
2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Tambahkan tepung gandum ( Nor Azliza guna serbuk roti kerana kehabisan gandum), minyak dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
3. Kukus adunan hingga setengah masak dan bentukkan mengikut kreativiti anda. Jika sukakan keju, boleh tambah keju mozarella dalam isi ayam tadi.
4. Untuk menyalut nuget, celup kepingan nuget ke dalam telur dan golekkan pula dalam bekas berisi serbuk roti. Ulang langkah sama hingga adunan nuget habis.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Untuk menghasilkan nuget tempura, gantikan serbuk roti kepada tepung goreng ayam yang telah dibancuh dengan air serta telur. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
7. Kemudian celupkan nuget ke dalam bancuhan tepung dan golekkan ke dalam serbuk tepung ayam. Goreng hingga keemasan.