Agar-agar Santan Sirap Ros ni memang nyaman aje rasanya. Sedap berperisa sirap ros, ada rasa lemak dengan lapisan santan. Resipi dari Naz@ovenkecil.blogspot ni boleh dicuba.Resipi daripada warisan bondanya di kampung, tetapi telah diubahsuai untuk kuantiti yang kecil sedikit.
Bahan-bahannya mudah aje, resipi ini telah pun dicuba Maisarah Sidi. Katanya ikut saja resipi dan tip yang diberikan. InsyaAllah menjadi.
AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROS Oleh : Naz @ ovenkecil.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan) *
1 biji telur ayam – masukkan dalam santan dan kocak sedikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap ros atau beberapa titis pewarna pink dan perisa ros
2 helai daun pandan – dibasuh dan disimpulkan
Ads
* Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, boleh kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
CARA MEMASAKNYA :
1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap ros. Masukkan juga simpulan daun pandan.
3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.
TIPS PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah kawal api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Kemudian tutup api. Keluarkan daun pandan.
4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk. Nanti akan terbentuk dua lapisan, lapisan atas santan dan lapisan bawah agar-agar merah.
*Mudah saja kan cara membuat agar-agar santan sirap ros. Kalau nak dapatkan dua lapisan cantik, memang kena ikut tips yang diberikan. Mai memilih cara dengan membiarkan adunan menggelegak seketika lebih kurang 1-2 minit atas api sederhana. Memang menjadi.
Ads
*Ikut saja resepi dan tips penting yang dikongsikan. Tapi jangan risau, kalau tidak menjadi dua lapisan pun.. tetap masih boleh dimakan kan hehe.
Selain pelbagai jenis manisan, hidangan berasaskan pastri selalunya menjadi pilihan untuk dihidangkan untuk para tetamu yang bertandang ketika majlis rumah terbuka. Paling digemari ramai tentunya pastri manis. Dihasilkan dengan pelbagai rupa dan rasa yang enak, hidangan ini tentunya memikat selera ramai untuk menikmatinya. Istimewa buat anda, RASA kongsikan aneka resipi pastri manis terbaik hasil air tangan Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din, pemilik Loyang Bread.
1. ECLAIRS
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN INTI:
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
BAHAN GANACHE:
2/3 cawan cip coklat
1/2 cawan krim putar
CARA MEMBUAT:
Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.
Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
2. JAPANESE CREAMPUFF
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN PUFF CRUST:
85gm tepung
50gm gula
65gm mentega
1/2 biji kuning telur
BAHAN INTI:
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
CARA MEMASAK:
Masak air bersama mentega sehingga menggelegak dan matikan api. Masukkan tepung dan kacau sebati.
Kemudian hidupkan api dan masak tepung. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
Biarkan adunan sebati dan masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
Untuk membuat puff crustsebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh. Rol adunan dan potong segiempat. Letakkan ke atas adunan yang dipaip tadi dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
Untuk membuat inti, Panaskan susu. Dalam bekas lain campurkan telur, gula dan tepung. Ambil 1/2 cawan susu yang dipanaskan tadi dan campurkan dalam adunan tepung. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam lebihan susu. Kacau atas api sehingga masak dan masukkan mentega. Kemudian disejukkan.
Paipkan inti ke dalam pastri yang dibakar dan boleh dinikmati.
3. APPLE CRUMBLE TART
BAHAN KULIT PASTRI:
240gm tepung gandum
170gm mentega sejuk | dipotong kecil
2 sudu makan gula aising
4 sudu makan air ais
CARA MEMBUAT:
Campurkan tepung dan mentega. Gaul sebati hingga jadi seakan serbuk roti.
Masukkan gula aising dan gaul sebati. Masukkan air ais dan uli hingga jadi doh.
Masukkan doh ke dalam plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. Biarkan seketika dan buat inti dan topping.
BAHAN INTI EPAL:
5 biji epal hijau
2 sudu makan jus lemon
Secubit garam
2 sudu makan mentega
100gm gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu makan tepung jagung
CARA MEMBUAT:
Kupas kulit dan potong buah epal menjadi dadu kecil.
Panaskan gula dan mentega. Masukkan potongan epal dan gaul rata.
Masukkan garam, serbuk kulit kayu manis dan juga tepung jagung. Kacau dan gaul sebati hingga epal menjadi lembut dan sos sedikit pekat.
Tambahkan jus lemkn dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.
BAHAN CRUMBLE:
75gm tepung agndum
35gm mentega tanpa garam
35gm gula perang
CARA MEMBUAT:
Campurkan tepung dan mentega. Jadikan sekaan serbuk roti.
Masukkan gula perang dan gaul hingga sebati.
CARA MEMASAK:
Canai doh kulit tat sederhana nipis. Kemudian letakkan dalam acuan tat yang telah disapu dengan mentega.
Tekan doh pada acuan dengan kemas supaya doh melekat dengan sempurna. Jika ada lebihan doh, potong bagi mengemaskannya.
Masukkan inti epal yang telah disejukkan tadi dan tabur crumble sehingga menutupi inti.
Panaskan ketuhar pada suhu 210C selama 10 minit. Kemudian masukkan tat tadi dan bakar pada suhu yang sama selama 15 minit.
Kemudian turunkan suhu ke 190C dan bakar selama 45 minit hingga tat berwarna keperangan.
4. TAT BUAH
BAHAN KULIT TAT:
250gm mentega
120gm gula aising
2 biji telur gred B
480gm tepung gandum | jika lembik, tambah tepung sehingga dapat tekstur sempurna
CARA MEMASAK:
Ayak gula aising ke dalam mangkuk besar. Masukkan mentega dan pukul menggunakan pemukul hingga sekata.
Masukkan telur dan pukul lagi seketika.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga membentuk doh.
Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dasarnya dengan garpu.
Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
BAHAN KASTAD:
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu makan mentega
BAHAN HIASAN:
Coklat masakan secukupnya | cairkan guna kaedah double-boiler
Buah kiwi | dipotong
Buah anggur | dipotong
Strawberi | dihiris
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk. Masak diatas api sederhana besar sehingga pekat.
Masukkan marjerin. Matikan api dan teruskan mengacau sehingga cair sepenuhnya.
Ambil kulit tat dan sapu nipis coklat masakan yang telah dicairkan. Ketepikan.
Masukkan adunan kastad yang dimasak tadi ke dalam piping bag. Kemudian picit ke dalam kulit tat dengan secukupnya.
Susun buah-buahan pilihan dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
5. TAT KEJU BLUEBERI
BAHAN KULIT TART:
250gm mentega
450gm tepung gandum
100gm gula kastor
BAHAN KRIM KEJU:
250gm krim keju
60gm gula kastor
50gm mentega
1 biji telur
Jem blueberi secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan kulit tat, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh dalam acuan dan bentukkan.Bakar suhu 170C darjah selama 20 minit.
Bagi menyediakan inti, masukkan krim keju, gula kastor dan mentega di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga semua bahan sekata.
Masukkan krim keju ke dalam piping bag dan paipkan sedikit ke dalam kulit tat.
Sudukan jem blueberi kemudian paipkan krim keju hingga penuh. Hias bahagian atas krim dengan sedikit jem blueberi.
Bakar selama 10-15 minit api atas dan bawah suhu 170C.
Angkat dan sedia dinikmati.
6. PAVLOVA
BAHAN-BAHAN:
200gm telur putih
300gm gula castor
1 1/2 sudu teh perasa vanila
1 1/2 sudu teh cuka
1 sudu makan tepung jagung
BAHAN KRIM VANILLA:
100gm custard segera
250gm susu segar
700gm krim putar
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan meringue, putar telur putih sehingga separuh kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar.
Masukkan vanila, tepung jagung dan cuka. Teruskan memutar sehingga adunan apabila dipegang tidak terasa gula atau adunan tidak jatuh apabila diterbalikkan.
Bentukkan adunan di atas kertas pembakar. Boleh juga masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
Bakar pada suhu 130C selama 50 minit.
Sementara meringue pavlova masak, boleh sediakan krim vanilla. Campurkan custard segera dengan susu. Gaul sehingga sebati.
Setelah itu putar bersama krim putar di dalam mesin pemutar sehingga kembang.
Masukkan krim dalam piping bag dan paipkan di atas meringue.
Kemudian paipkan sedikit jem strawberi dan hiaskan dengan buah-buahan kesukaan anda seperti strawberi,anggur dan kiwi.
Menu ayam masak merah boleh dikatakan kegemaran semua orang hinggakan waktu kenduri kahwin ia jadi lauk wajib.
Biasanya bila buat ayam masak merah, kita akan menggunakan sos cili dan tomato, tapi sebenarnya tanpa menggunakan sos, lauk ini tetap enak.
Caranya dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.
Resipi ayam masak merah tanpa sos
Bahan-bahan
Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing
Bahan dikisar:
Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji
Bahan tumis:
Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair
Cara memasak:
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.
3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.
4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
6. Dah cukup rasa dan sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.
7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.
Sedapnya Creampuff. Inti kastard pula gebu bak aiskrim menjadikan manisan ini jadi kegemaran ramai. Namun ramai yang ‘takut-takut’ nak cuba kerana fikir ia susah dihasilkan. Anda pula macam mana? Teringin nak cuba buat sendiri? Resipi perkongsian saudari Syaza Atieyra ni antara yang terbaik. Kenapa? Sebabnya, resipi creampuff ni tidak kecut dan elok hasilnya bila siap dibakar. Jom lihat cara-cara penghasilannya.