
Mentega kacang adalah salah satu sapuan yang sedap apabila dimakan dengan roti. Selain dibeli di pasar raya, boleh cuba buat sendiri. Eh, ingatkan susah nak buat mentega kacang sendiri. Senang rupa-rupanya. Nah, RASA berikan resipinya. Nanti cuba buat ya.
PEANUT BUTTER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
500 gram kacang tanah (buang kulit)
Secubit garam bukit
CARA MEMBUAT
1. Kacang tanah dibakar dalam oven sehingga perang dan masak. Guna kacang saiz besar dan tak berkulit.
2. Sejukkan sekejap. Kemudian kisar guna blender kering.
3. Letak secubit dua garam bukit.
4. Mula-mula kisar, kacang tu memang nampak kering. Teruskan kisar sampai minyak kacang keluar dan dapat hasil yang halus dan berminyak. Siap.
5. Masukkan dalam bekas yang sesuai.
6. Boleh makan dengan roti atau overnight oat.
INFO
* Lebih sihat sebab tak letak gula. Sesuai untuk yang tengah berdiet.
* Kalau mahu, boleh letak 2 sudu minyak zaitun untuk teksturnya lebih lembut.
* Kalau beli kat pasar raya, peanut butter no add sugar harga berbelas-belas ringgit sebotol, kan. Buat sendiri lagu jimat. Macam ni modal RM3.40 sahaja.
Selamat mencuba.
Resipi oleh Nazra Queen dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Aneka Jenis Kerabu Berkhasiat, Sedap & Mudah

Kerabu semestinya adalah sajian yang menjadi kegemaran ramai tidak kira kaum dan bangsa. Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum semuanya menggemari sajian sihat ini. Terasa nak buat sajian untuk keluarga hari ni? Resipi-resipi ini boleh dicuba.
1. KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 2 ikat pucuk paku.
- 1 biji santan – bahagi dua ; separuh goreng, separuh diperah ambil santan.
- 4 ulas bawang merah
- 1 sudu kecil lada hitam
- 3 ekor ikan selayang rebus
- 1/2 sudu makan garam
- 1 1/2 sudu makan gula
- Sedikit air untuk merebus pucuk paku
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.
2. Kelapa bahagikan dua. Separuh dikisar dengan 1 gelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( jadikan kelapa goreng).
3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.
4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahan perasa, garam dan gula.
5. Masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Enak jika keranu tersebut sedikit basah.
Kredit resipi & foto: Bahiah Sarifuddin
2. KERABU BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
- Belimbing buluh
- Bunga kantan
- Cili merah
- Cili padi
- Belacan
- Bawang merah @ besar
- Isi ikan sardin@ temenung
- Kelapa parut
- Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam.
2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam mangkuk.
3. Seterusnya tumbuk pulak isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula kelapa parut.
4. Satukan semua bahan tumbuk tadi bersama belimbing buluh yang telah dibasuh dan toskan airnya.
5. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama dengan bunga kantan yang dihiris halus. Gaul sebati.
6. Masuk gula dan garam secukupnya serta gaul lagi. Bila dah agak mesra, masukkan bawang yang dihiris. Sedia dihidangkan. Jika mahukan kerabu yang sediit berkuah, boleh letak sedikit santan.
Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid
3. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- Kaki ayam
- Bawang merah – hiris nipis
- Serai – hiris nipis
- Bunga kantan – hiris nipis
- Daun limau purut – hiris nipis
- Cili merah – hiris nipis
- Cili hijau – hiris nipis
- Tomato – hiris nipis
- Limau nipis
- Kicap sotong secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk bersesuaian.
2. Masukkan juga semua bahan-bahan yang dihiris halus. Gaul rata.
3. Perahkan jus limau nipis dengan secukupnya dan tambahkan kicap sotong untuk menyedapkan rasa.
4. Gaul sebati. Lebih sedap jika letak sos sweet thai chili sauce mae pranom. Cukup rasa masam manisnya.
Kredit resipi & foto: Norhamidah Abdul Hamid
3. KERABU JANTUNG PISANG & TAUGE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kerang
- Jantung pisang
- Tauge
- Cili padi
- Cili merah
- Belacan secukupnya
- Sedikit kerisik
- Santan pekat
- Gula & garam secukup rasa
- Bawang merah kecil
- Beras yang digoreng tanpa minyak – tumbuk halus
- Limau kasturi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kerang dicuci bersih dan direbus. Jantung pisang juga direbus lembut dan tauge dicelur hingga agak lembut. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk cili padi, cili merah dan belacan hingga lumat.
3. Sediakan mangkuk. Masukkan jantung pisang yang dihiris,tauge, bahan tumbuk, santan pekat, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan kerang, bawang merah kecil yang dihiris dan juga beras goreng. Gaul lagi.
5. Perah sedikit limau kasturi untuk kerabu tahan lama dan tidak basi.
Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid
4. KERABU PEGAGA & ULAM RAJA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pegaga (lebih kurang segengam) – hiris
- 1 ikat ulam raja – hiris
- 4 ulas bawang merah – tumbuk
- 1/2 sudu makan lada hitam biji – tumbuk
- Cili padi (ikut tahap kepedasan sendiri kalau taknak buh pun takpe) – tumbuk
- Santan pekat (lebih kurang dlm sebiji kelapa)
- 3-4 sudu makan kelapa parut goreng
- 3-4 ekor isi ikan selayang (bakar atau rebus)
- 3-4 biji limau nipis (perah ambil jus)
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan santan dengan bahan tumbuk sampai mengelegak. Tambah sedikit air tapi jangan sampai berkuah. Padamkan api.(panaskan santan bagi tujuan untuk kerabu tahan lama dan tak cepat basi.
2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan santan yang dimasak tadi juga.
3. Kerabu ni mesti rasa lemak, masin, manis dan masam. Biar seimbang rasa baru sedap.
Kredit resipi & foto: Anna N Zara
5. KERABU TELUR MASIN
BAHAN A:
- 3-4 biji telur masin – rebus
BAHAN B:
- Gula
- Garam
- Ajinomoto
- Cuka
BAHAN C ( HIRIS HALUS / POTONG DADU):
- Bawang merah
- Cili kecil / cili padi
- Serai
- Kacang panjang
- Tomato ceri / besar
- Bunga kantan
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan B. Larutkan. Kalau nak masam dan berkuah, lebihkan cuka dan tambahkan lebih gula.
2. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. (rasa ikut citarasa sendiri. Empunya resipi buat manis sedikit kerana telur telah masin.) .
3. Masukkan telur masin yang telah direbus dan dipotong. Korek telur menggunakan sudu dan gaul perlahan supaya telur tidak hancur.
4. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mimi Zubir
6. KERABU DAUN PUCUK GAJUS & SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin besar ikan sardin sebarang jenama (saya guna ayam brand) – ambil ikan sahaja & lecek hancur
- Daun pucuk janggus/gajus – hiris halus
- 10 biji limau kasturi – ambik jus
- 2 biji bawang besar – hiris
- 10-15 biji cili padi (boleh tambah kalau mahu lebih pedas)
- Gula, garam & serbuk perasa secukupnya
- Air jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan-bahan dalam mangkuk bersesuaian. Gaul.
2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
3. Gaul sebati sekali lagi dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Eila Rustam
7. KERABU NANGKA MUDA STAIL KENDURI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi nangka muda – potong, basuh bersih & rebus hingga lembut.
BAHAN TUMBUK LUMAT:
- 3 biji cili besar merah
- 15 biji cili api – ikut kepedasan digemari
- 2 inci lengkuas
- 2 inci halia
- 5 batang serai – ambil bahagian lembut saja
- 1 inci belacan bakar
- 1 genggam ikan bilis – basuh bersih
BAHAN LAIN:
- 1 biji bawang besar saiz besar – potong nipis
- 2 biji limau nipis – tambah jika kurang rasa masam
- Sikit gula, garam & perasa
- Sedikit pati ikan bilis – jika suka
- 1 biji kelapa parut – kisar bersama sedikit air untuk ambil santan pekat.
CARA MEMASAK:
1. Leraikan nangka muda yang direbus supaya lebih halus. Letak dalam bekas besar.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan juga bahan-bahan lain. Gaul rata.
3. Perasakan dengan limau nipis. Rasa terlebih dahulu supaya cukup masin, masam dan manisnya.
4. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rosma Ros
8. KERABU KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN:
- Kacang botol/ kacang kelisa – cuci bersih & hiris nipis
- 4 biji bawang merah – mayang @ hiris nipis
- 2 ekor ikan rebus – ambil isi sahaja
- 1/2 biji kelapa parut – disangai hingga perang
- Sedikit kelapa parut putih
- Kerisik secukupnya
- 1-2 biji limau nipis
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul hingga mesra.
2. Rasa kerabu supaya cukup rasa masam, masin dan manisnya.
3. Jika suka pedas dan bawang, boleh tambah ikut cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah Embong
9. KERABU DAUN KADUK
BAHAN-BAHAN ( HIRIS HALUS):
- 1 ikat daun kaduk – cuci bersih & toskan
- Bawang besar
- Serai
- Bunga kantan
- Halia muda (boleh guna halia tua, cuma rasanya kuat sikit)
- Tauge – celur seketika
BAHAN TUMBUK LUMAT:
- Kelapa parut
- 1 biji cili merah besar
- Cili padi (sesuaikan ikut kepedasan yang dikehendaki)
- Cili kering yang telah direndam (empunya resipi letak sedikit sahaja)
- Belacan – sebesar ibu jari
- Sedikit gula
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan tumbuk dan lumatkan. Masukkan dalam bekas.
2. Tambah air asam jawa dan sebatikan.
3. Masukkan bahan hiris dan tauge. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasanya. Lagi sedap jika ada penambahan daun cekur.
Kredit resipi & foto: Siti Khairiyah
10. KERABU TELUR DADAR
BAHAN TELUR:
- 3 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- Secubit garam
- 1 sudu teh tepung jagung
(Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna kuali non-stick. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis.)
BAHAN KERABU:
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 1 kuntum bunga kantan – mayang halus
- 1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus
- 1 biji tomato – buang biji & potong kecil
- 1 genggam ikan bilis goreng
- Sedikit sos ikan
- 2-3 biji limau kasturi – ambil jusnya
- Sedikit gula
BAHAN TUMBUK:
- 1 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 1 ulas bwang putih dibakar
- 1/2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata.
2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Razainiza Saad
Sedapnya Makan Daging Bakar Air Asam

Memang sedap sungguh makan daging air asam. Daging adalah hidangan utama untuk dimakan selain ayam dan ikan. Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
DAGING BAKAR AIR ASAM
.
BAHAN DAGING BAKAR
• Daging lembu
• Halia (BELI DI SINI)
• Bawang putih (BELI DI SINI)
• Kunyit (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Kisar halia, bawang putih dan kunyit.
2. Perap daging dengan bahan kisar selama sejam.
3. Bakar dengan api perlahan.
BAHAN AIR ASAM
• Air asam jawa
• Bawang merah (dipotong kecil) (BELI DI SINI)
• Cili api
• Daun kesom
• Tomato
• Kasturi
• Belacan (dibakar)
• Budu
CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan. Boleh tambah gula merah dengan budu kalau nak.
2. Jangan mahu, boleh tambah garam dan gula.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Norlaila dlaila dari Telegram KakiMakan
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7
Resipi Talam Gula Merah Bergedik

Kalau ke pasar malam kuih talam gula melaka ni pasti ada. Sememangnya kuih lama ini memang disukai ramai. Rasa kuih tepung talam ini manis dan berlemak. Membuatnya juga mudah dan tidak memerlukan bahan dan masa yang lama. Jom follow resipi yang dikongsi oleh Shakinah. InshaAllah jadi klu ikut betul2 resepi ni.Kuih ni kalau kita angkat boleh goyang bagi tergedik.
Langkah 1
1.Sapu loyang dengan minyak masak dan lapikkan dgn plastik. Ketepikan.
Lapisan Bawah (gula merah)
1 cawan gula merah masak bersama 1cawan air. Ketepikan.
Suka manis blh tambah sedikit gula putih.
1 1/2 cawan tepung gandum
1sdb tepung ubi
1sdb air kapur (jgn pekat sgt)
1sdb kicap pekat (sy guna jenama jalen) ni utk bg color cantik. Tak de efek rasa.
2 cawan air
1.Air gula merah satukan dgn air biasa jdkan 3cawan air. Jgn lebih ye.
2.Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir klu nk tambah la. Sy mmg pakai gula merah je. Tapiskan.
3.Masukkan dlm kuali, kacau sehingga naik wap. Jgn sampai pekat. Masukkan dlm loyang kukus 15- 20minit dgn api agak besar.
Lapisan atas
2 1/2 cawan santan pekat (tp jgn pekat sgt2 tau, tambah air klu pekat sgt2 santan tu)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam atau secukupnya la
1.Satukan semua kacau sebati. Tapiskan.
2.Masukkan dlm kuali kacau sehingga naik wap. Tuang diatas lapisan gula merah tadi.
3.Kukus lg 25minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh potong dgn pisau plastik
kredit : Shakinah Zainal