
Bila musim durian, macam-macam menu yang boleh dihasilkan guna raja buah ni. Mana tidaknya, bila dah banyak, jelak juga kalau makan macam tu je. Salah satu kuih yang sedap kalau guna durian ialah bingka. Lemak-lemak manis, memang layan. Menerusi perkongsian Puan Salmah Saad, beliau berkongsi resipi kuih Bingka Durian yang paling mudah nak buat. Sukat guna cawan je tak perlu timbang pun. Hasil nampak sedap! Jom cuba.
BINGKA DURIAN PALING SEDAP!
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air
- 3 biji telur
- 1 cawan isi durian
- Secubit garam
- Bijan secukupnya
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Ambil loyang bersesuaian dan oles sedikit minyak.
3. Tuang adunan bingka tadi ke dalam loyang. Hentak-hentak sedikit supaya adunan sekata. Tabur bijan dengan secukupnya.
4. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian boleh dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Salmah Saad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Tradisional ‘Legend’ Yang Tak Jemu Dimakan

Isi Kandungan
ToggleKuih tradisional memang tak jemu dimakan. Tetapi ada di antara kuih ini kian sukar didapati, resipinya menghilang bersama orang ‘lama’ yang membuatnya. Ini kami kongsikan empat kuih tradisional yang sedap dimakan sepanjang zaman. Wajib dicuba.
1. PULI IBU KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | kisar dan perah airnya
- 150gm sagu | rendam selama 5 minit
BAHAN UNTUK AIR GULA:
- 200gm gula merah
- 200gm gula pasir
- 150ml air
BAHAN SALUT:
- ½ biji kelapa parut
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan ubi kayu dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
- Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ibu kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
- Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa tadi. Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh tambah pewarna mengikut pilihan anda untuk mencantikkan kuih tersebut.
2. CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 250 gm tepung gandum
- 100gm tepung beras
- 200ml air
- 200gm gula merah
- 50ml gula pasir
- 200ml minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis dan sejukkan. Ketepikan.
- Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas. Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api perlahan.
- Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian terbalikkan kuih tersebut.
- Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dinikmati panas.
Info chef: Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
3. KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN:
- 300ml santan pekat | masak hingga jadi tahi minyak
- 200gm gula merah
- 50gm gula pasir
- 500ml santan
- 200ml tepung kacang hijau
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat tahi minyak; masak santan di dalam kuali. Kacau sehingga ia bergentel dan berminyak. Angkat dan ketepikan.
- Satukan semua bahan selebihnya di dalam kuali. Kacau perlahan di atas api perlahan sehingga ia memekat.
- Tuang ke dalam loyang dan ratakan. Tabur tahi minyak di atasnya.
- Setelah sejuk, boleh dipotong.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Lebih elok masak di dalam kuali untuk memudahkan mengacaunya.
4. KUIH TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1/2 keping manisan
- 1 sudu teh kapur makan | bancuh dengan sedikit air
- Garam secukup rasa
BAHAN KELAPA PARUT:
- Kelapa parut secukupnya
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Masakkan manisan dengan air sampai cair. Sejukkan. Ketepikan.
- Masukkan air manisan tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat. Masukkan sekali bancuhan air kapur makan dan masukkan garam secukup rasa.
- Tapiskan dalam loyang yang telah dioles dengan minyak atau mentega.
- Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
- Apabila masak, sejukkan, kemudian potonglah kuih ni mengikut cita rasa.
- Untuk membuat kelapa parut, gaul sebati kelapa parut dengan garam sikit. Kemudian gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi dengan kelapa parut.
- Sedia dinikmati.
5. LOMPAT TIKAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAGIAN PULUT:
- 1 cawan beras pulut |bersihkan
- Air secukupnya
- Pewarna merah secukupnya
- 30ml minyak masak
- 5gm garam halus
- 80ml air
BAHAN B (TEPUNG HIJAU):
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 4 cawan air pandan
- Sedikit pewarna hijau
- 10gm air kapur
BAHAN C (KEPALA SANTAN):
- 80gm tepung beras
- 500ml santan pekat
- 5gm garam
BAHAN D (GULA MERAH):
- 200gm gula merah
- 100gm gula pasir
- 200ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat pulut; rendam beras pulut bersama air dan pewarna merah.
- Buang air dan masukkan minyak masak, garam halus dan air. Tanak pulut sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat tepung hijau; masukkan kesemua bahan B ke dalam kuali. Kacau sehingga tidak berketul menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau sehingga masak.
- Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk membuat kepala santan; Campurkan kesemua bahan di dalam satu periuk dan masak di atas api kecil. Kacau sentiasa sehingga ia memekat. Setelah masak, angkat dan tutup api. Ketepikan.
- Untuk membuat air gula; didihkan air dan masukkan semua bahan D. Kacau sehingga cair. Angkat dan tapis.
- Untuk menghidang, letakkan kesemuanya di dalam bekas dan akhir sekali tuang air gula di atasnya.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh gantikan manisan dengan gula melaka. Agak sama dengan kaswi tetapi teksturnya lebih kenyal.
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Hanya Kisar Guna Blender, Ini Resipi Apam Pisang Yang Sedap & Gebu
Resipi Kuih Tepung Kapur Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Cara Masak Kuih Lepat Pisang Sedap Guna Resipi Tradisi

Sedapnya kalau dapat makan Lepat Pisang tradisi ni. Lemak manis cukup rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari Shai Anne Ahemed kongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba. Kuih tradisional ni mudah je nak buat. Sangat berbaloi untuk anda ‘try’. Cara masaknya pun cukup mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI LEPAT PISANG TRADISI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan pisang lemak manis – dilenyek
- 1 cawan gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan ikut selera masing-masing – beli online disini
- 1 sudu teh garam – beli online disini
- 1 kotak kecil santan – boleh guna santan segar – beli online disini
- 1 cawan kelapa parut
- 2 1/4 cawan tepung gandum – beli online disini
- Daun pisang secukupnya – dilayur terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan (kecuali daun pisang). Adun hingga sebati dan tepung tidak berketul.
2. Ambil daun pisang yang telah dipotong, sudukan bancuhan lepat dengan secukupnya.
3. Bungkus lepat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
4. Didihkan air dalam pengukus, susun bungkusan lepat di dalamnya dan masak selama 40 minit.
5. Angkat kuih dan biarkan seketika hingga suam sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Shai Anne Ahemed
Tengah cari PERIUK KUKUSAN ? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Cuba pelbagai resipi KUIH MUIH menarik dari laman web kami www.rasa.my
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Resipi Kuih Bakar Tradisi. Lembut, Lemak Manis Memang Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Apam Pisang Sedap & Gebu. Kisar Guna Blender Je.

Resipi Apam Pisang Gebu perkongsian saudari AtiQah Aziz ni memang Nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG GEBU BAMBAM GUNA BLENDER JE
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan pisang emas yang dilenyek
- 1 sudu besar susu manis
- 1 biji telur
- 1 sudu kecik baking powder
- 1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan.
6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Kredit resipi & foto: AtiQah Aziz