Bagi tahun ke-5, Nu Ideaktiv Sdn Bhd melalui Majalah Rasa sekali lagi telah menganjurkan program Rasa Bubur Lambuk Warisan 2023. Program yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam telah bermula seawal 7.30 pagi sehingga 8.00 malam.
Istimewa program tahun ini, Rasa telah menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan SAJI serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.
“Kepelbagaian cita rasa ini dibawakan ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam agar dapat mengubat rindu semua kepada kampung halaman. Sudah semestinya kita dapat menikmati keenakan bubur lambuk negeri lain, di satu lokasi tanpa perlu travel jauh,” ujar Syamil Fahim.
Sementara itu, pihak BABA’S menyatakan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. BABA’S turut mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti.
“Setiap resipi yang dimasak hari ini menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kilogram rempah ratus BABA’S telah disumbangkan,” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
“PetronMalaysia sebagai penaja gas memasak rasmi untuk majlis Rasa Bubur Lambuk Warisan merasa sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami. Kami amat gembira telah menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia,” kata Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Menurut Encik Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, FGV Holdings Berhad pula komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, FGV sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Ads
Seawal jam 7 pagi, dua katerer, Shilaz Event Management dan Hidayah Maju Caterers yang dilantik untuk melaksanakan program ini sudah mula sibuk dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak.
Team Rasa, warga Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan juga sukarelawan berkumpul untuk menjayakan Rasa Bubur Lambuk Warisan pada 1 April 2023.
Penganjuran kali ini dianggap lebih istimewa kerana bukan sahaja kita menyediakan 20 periuk bubur lambuk dengan 10 resipi bubur lambuk yang popular, malah turut mengedarkan sebanyak 6000 pek bubur lambuk.
Kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha dalam memberi semula dan berkongsi rezeki kepada masyarakat.
Majalah RASA sebagai media masakan dan resipi di bawah Nu Ideaktiv ingin terus mengangkat dan memartabat tradisi masakan citarasa Malaysia dan budaya kita.
Setiap bubur lambuk yang dimasak pada hari ini juga semestinya lebih istimewa kerana turut direncahkan dengan rempah ratus dari BABA’S. Pilihan rempah ratus lengkap untuk setiap masakan.
Bubur lambuk ini dimasak menggunakan santan dari SAJI manakala gas pula dibawakan oleh Petron Gasul. Kelebihan api biru dari Petron Gasul mempercepatkan lagi proses memasak.
Ads
Sebanyak 6000 pek bubur lambuk diagihkan ke 15 lokasi terpilih. Antaranya Hospital Shah Alam, IPD Shah Alam, Bomba Sekyen 15,Masjid Al- Amin, Sek 17,Surau An-Nur, Sek 20,Surau Nurul Iman, Padang Jawa, Masjid Taman Sri Muda, Sek 25,Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16, Masjid Al-Jannah, Sek 23, Penduduk Suri Puteri, Masjid Sek 7, Surau Hamidin Sek 19, Komuniti Apt Komuteraya, PPRT Lembah Pantai, Masjid Al-Ikhlasiah KL dan orang ramai yang berkunjung ke Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Untuk tahun ini, Ideaktiv bersama BABA’S, Petron Malaysia dan SAJI turut meraikan kehadiran anak anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan untuk berbuka puasa bersama. Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 70 orang anak-anak yatim. Semoga sedikit sebanyak dapat menceriakan syawal yang akan tiba tak lama lagi.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, Ketua Operasi BABA’S Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia Encik Megat Mohd Jeffri, Penasihat Jenama Petron Malaysia Puan Fatin Sarjat, Ketua Pemasaran Delima Oil Product Dan Pengurusan Delima Oil Product, Syamil Fahim Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv dan Editor Pengurusan Rasa, Ida Abdul Aziz.
Tidak ketinggalan YB Hajah Rodziah Ismail, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sempat hadir pada tengahari dan turut bersama-sama para sukarelawan membungkus bubur lambuk.
Ads
Yb Rodziah menyatakan usaha yang dijalankan oleh Ideaktiv dan Majalah Rasa ini amat bagus kerana bukan sahaja dapat berkongsi rezeki malah berjaya menghimpunkan pelbagai citarasa bubur lambuk pada satu masa. Katanya usaha ini perlu diteruskan di masa-masa akan datang dan berharap lebih banyak resipi bubur lambuk dari seluruh Malaysia dapat dihimpunkan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Izzue Islam, Feeya Iskandar, Chef Adu, Chef Qayyum, Shaza Bae, Syamira Nazir dan Aqil Taqee yang turut sama memberi agihan bubur lambuk kepada orang ramai.
Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Baitulrahmah dan Pusat Jagaan Budaya Harapan.
Ucapan ribuan terima kasih kami kepada rakan penaja; BABA’S, PetronMalaysia dan SAJI serta MBSA kerana telah bersama-sama menjayakan program ini.
Bangga! Tiada kata yang boleh diucapkan apabila melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara. Lebih membanggakan bila kemenangan itu diperolehi menerusi sajian hidangan tradisi Malaysia. Ternyata keunikan dan keenakan sajian Malaysia berada di kelas yang tersendiri dan mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Memilih untuk menyajikan Nasi Lemak Bunga Telang, hidangan Chef Safura Tawilyang juga merupakan chef kepada Duta Besar Malaysia di Dubin, Ireland telah berjaya memikat juri seterusnya memenangi pingat emas dalam pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020.
Ini bukanlah kali pertama Chef Safura mengharumkan nama negara. Pada tahun 2016, beliau juga telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan “Embassy Chef Challenge 2016” di Ottawa, Kanada menerusi hidangan Pulut Kuning.
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Chef Safura menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong beliau.
Setiap orang pasti memiliki coklat kegemaran masing-masing.Coklat merupakan salah satu makanan yang sangat digemari. Bila nak rehat sebentar, dapat menikmati coklat kegemaran, memang bahagia rasa.
KITKAT® memang terkenal dengan coklat yang enak dan sedap. Lebih mengujakan, KITKAT® Bar baharu perisa coklat susu dan coklat gelap diperkenalkan. Ia memang pilihan yang sempurna untuk sekeluarga nikmati bersama. Waktu santai dihabiskan bersama keluarga dan inilah masanya untuk berkongsi KITKAT® Bar yang penuh rasa mewah .
Snek yang kaya dengan coklat
Lihat saja bungkusan KITKAT® Bar baharu ini buat anda tertarik nak memilikinya kerana nampak mewah dan premium. Nak dihadiahkan pada mereka yang tersayang pun sangat berbaloi.
Paling penting coklat ini tampil dengan saiz lebih besar dan lebih puas menikmatinya. Perbezaan utama terletak pada kandungan coklatnya yang lebih tinggi, maka rasa coklatnya lebih mewah. Tekstur coklatnya lebih halus, lebih pekat ,tebal dan meleleh di mulut. Memang leka menikmatinya.
Bagi perisa coklat gelap anda dapat merasai keseimbangan koko mewah dan rasa coklat yang sempurna di dalamnya.
KITKAT® bar baharu yang diimport dari Australia ini amat sesuai dinikmati bila-bila masa bersama keluarga. Patahkan sekeping KITKAT Bar Coklat Susu dan nikmati kelazatan dan kemewahan rasa coklatnya. Bar coklat ini terdiri daripada 11 baris jari wafer rangup yang disaluti coklat susu dari Nestlé Cocoa Plan. Buka bungkusan, patahkan dan kerat dua untuk menikmati coklat susu halus atau coklat gelap.
Coklatnya berkrim dan meleleh di mulut. Wafer yang digunakan sebati dengan coklat. Gabungan tekstur rangup dan rasa penuh yang kaya menjadikan bar ini sebagai makanan ringan kegemaran sepanjang masa.
“Saya suka bar coklat ini kerana rasanya sangat mewah dengan coklat. Wafer rangup di dalamnya dan coklat ada di dalam dan di luar. Tidak terlalu manis dan mudah makan sebiji bar dan saya makan coklat ini bersama kopi. KITKAT® Bar ini sememangnya kegemaran saya dan keluarga,”
Tepuk dada tanya selera, mana satu pilihan kalbu. Yang pastinya, kedua -dua perisa ini memang buat tak sabar nak makan. Dahlah menarik, harga pun memang berbaloi. Anda boleh dapatkan KITKAT® Bar edisi ini dengan harga RM8.90 untuk sebungkus 170g. KITKAT®️ Bar ini diperakui HALAL oleh HCAA (HALAL Certification Authority Australia) dan diiktiraf oleh JAKIM.
Tampil dalam ukuran Bar yang sempurna. Didatangkan dalam pembungkusan matte premium dengan ciri yang dapat ditutup semula di bahagian belakang pek.
Hah tunggu apa lagi, jangan sampai habis diborong orang lain. Jangan lupa kongsi kelazatan coklat ini dengan keluarga ye. Anda boleh dapatkan KITKAT® Bar ini di Lotus’s, GIANT, AEON, AEON BIG dan E-commerce (Lazada, Shopee & Pandamart).
Untuk maklumat terperinci boleh layari Instagram (@kitkatmalaysia), Facebook (KitKat Malaysia) dan YouTube (KitKat Malaysia).
Sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih daripada sekadar coklat bar biasa, rebut ini!Selamat berehat, dapatkan KITKAT® Bar.
Malaysia #QuranHour tahun ke-7, diteruskan lagi dengan tema ‘Formula Menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang’ yang berlangsung pada 30 Ogos.
Berlangsung selama sejam dari studio TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi, Malaysia #QuranHour berjaya mengumpulkan 3,548 lokasi berdaftar di dalam negara dan 18 lokasi di luar negara.
Setiap tahun, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sebagai penganjur utama akan memilih satu surah utama bagi misi #QuranHour.
Pada tahun ini, Surah Al-Mulk yang bermakna Kerajaan menjadi surah utama yang diangkat bagi membawa misi Malaysia Berbudi dan Penyayang.
Al-Quran Mukjizat Luar Biasa
Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam, di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program berinteraksi dengan al-Quran kali ini, kita terus meneroka formula daripada Surah Al- Mulk melalui tadabbur al-Quran dengan al-Quran, iaitu memahami panduan lanjut daripada tujuh Surah Al-Musabbihat sebagai formula kejayaan untuk negara ini.
Surah Al-Musabbihat adalah surah yang dimulakan dengan tasbih, iaitu puji syukur kepada ALLAH. Surah terakhir dalam tujuh surah ini, Surah Al-A’la membawa makna Yang Paling Tinggi. Pada ayat 14 dan 15 dalam surah yang sama, ia membawa Solusi daripada Ilahi agar kita zikir dan solat.
“Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
“Berita kematian saban hari semakin dekat dengan kita, ia membuatkan kita berasa amat dekat dengan perintah ingat mati daripada Surah Al-Mulk. Ia mendorong kita agar berusaha untuk melakukan kebaikan berterusan (Ahsanul Amala) dan menjadi motivasi untuk mencipta kejayaan.
“Namun sejak dua tahun ini, fokusnya adalah setiap rumah dan organisasi dapat mengikuti melalui tayangan di TV Al-Hijrah, Astro Oasis, Bernama TV, RTM serta digital di FB Sinar, Bernama Radio, Radio IKIM, WorldQuranHour dan Denaihati Network serta ramai juga yang melakukan secara atas talian Google Meet, YouTube, Zoom dan Facebook,” katanya.
Penaung bagi Malaysia #QuranHour 1443H/2021 adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi, iaitu Islamic Tourim Centre (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MAPAM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia Tourism Council, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.
Program Malaysia #QuranHour yang bersiaran selama sejam ini menampilkan pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu.
Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Orang ramai juga berpeluang turut serta secara langsung Malaysia #QuranHour secara atas talian di platform Zoom. Mereka juga boleh saksikan juga di semua platform digital rakan media sinergi.
Sebanyak 3,548 lokasi berdaftar di dalam negara. Ini termasuk organisasi, Sahabah Al-Quran, Rumah Ngaji, sekolah dan individu.
Antara agensi yang mendaftar ialah Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia (MAPAM) di semua perpustakaan negeri dan daerah di seluruh negara, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Penjara Malaysia (25 penjara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah seluruh negara, Bahagian Kanak-kanak di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) termasuk 37 Institusi Kanak-kanak JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, LPPKN dan Institut Sosial Malaysia.
Manakala sebanyak 18 lokasi berdaftar di luar negara dengan Kerjasama Kementerian Luar Negara, Kedutaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar Negara.
Negara yang turut serta termasuk Australia, Republik Czech, Brunei, Mesir, Jepun, Singapura, Ireland, Netherlands, Arab Saudi, Korea, Thailand, Oman, Indonesia, China, dan Taiwan.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...