Macam-macam popia orang buat, semuanya sedap, kali ini jom cuba buat popia berinti Bluberi, mesti anak-anak suka. Ranggup digigit dan masam manis intinya memang sedap sangat ye.
POPIA BERINTI BLUBERI
Ads
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
BAHAN-BAHAN INTI:
Ads
650gm buah bluberi segar
55gm gula pasir
1 ½ sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
60ml air
2 sudu teh mentega sejuk, potong dadu
225gm bluberri.
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan buah bluberi segar, gula, tepung jagung dan kulit kayu manis dalam periuk bersama air dengan api sederhana. Masak hingga gula larut dan adunan agak pekat (kira-kira 10-15 minit). Tutup api dan masukkan mentega dan baki bluberi. Gaul rata dan biarkan sejuk.
Sapukan tepi setiap penjuru kulit popia dengan sedikit air dan letakkan dua sudu makan inti bluberi dan gulung membentuk menjadi popia. Ulangi langkah hingga selesai.
Goreng hingga popia perang keemasan. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Memang benar memang banyak terdapat pelbagai variasi resipi popia sekarang ini. Tetapi intinya yang menyebabkan kesedapanya berbeza dari yang lain.
Resipi dari Amie’s Little Kitchen ni mengandungiisi udang, isi ayam, jagung dan cendawan cendawan dan sayuran lain memang padu dan terbaiklah. Sangat berbaloi untuk dicuba.
POPIA INTI SEDAP
Bahan-bahan :
50 keping kulit popia saiz sederhana sebiji telur minyak sos cili Thai
Bahan inti : 1 cawan isi udang | cincang 1 cawan isi ayam | cincang 1 cawan jagung tin | toskan airnya 1 cawan biji hirisan lobak merah lobak merah 1 cawan hirisan sengkuang 1 cawan hirisan cendawan shiitake|terlebih dahulu rendam cendawan shiitake kering hingga lembut dan toskan airnya 1 labu bawang besar | cincang 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar perencah cukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak dan bawang besar hingga wangi. 2. Masukkan ayam dan udang. Gaul sebati. 3. Masukkan lobak merah, sengkuang dan jagung. 4. Perasakan dengan sos tiram dan perencah cukup rasa. 5. Angkat bahan tumis dan masukkan ke dalam mangkuk penapis. 6. Biarkan seketika supaya kuahnya kering. 7. Letakka inti secukupnya di atas kulit popia. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan putih telur di bahagian hujungnya. 8. Goreng hingga berwarna keemasan. 9. Angkat dan toskan minyaknya. 10. Hidangkan bersama sos cili Thai atau sos pilihan anda.
Resipi Sup Bebola Tepung Pulutperkongsian saudari Zurina Zulkeflini nampak sangat sedap. Sesuai dinikmati dikala musim hujan. Bila sebut mengenai tepung pulut, ia biasanya digunakan untuk membuat manisan seperti Butir Nangka, Badak Berendam dan Tang Yuan. Namun bagi anda yang kurang gemar makanan manis, boleh mencuba resipi Sup Bebola yang berinti ayam ni. Seakan Dumpling tetapi teksturnya lebih kenyal dan berisi. Mudah je resipinya. Jom cuba!
RESIPI SUP BEBOLA TEPUNG PULUT
BAHAN INTI:
2 ketul ayam saiz potongan sup – cincang 1/2 batang lobak merah – potong dadu 2 tangkai daun bawang – potong halus 1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini (Satukan semua bahan dan sebatikan. Boleh tambah cendawan shiitake)
BAHAN TEPUNG:
1 cawan tepung pulut – beli online disini 2 sudu makan tepung gandum – beli online disini Secubit garam (Tuang air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.)
CARA MEMBUAT BEBOLA DAN SUP:
1. Letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola. Buat hingga habis adunan doh dan juga inti.
2. Rebus bebola di dalam air yang sedang mendidih dan biarkan sehingga doh timbul. Ia menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam. 3. Tak perlu angkat bebola tersebut, cuma perisakan sup dengan perencah sama ada kiub ayam atau ikan bilis. 4. Untuk menyedapkan lagi rasa, boleh titiskan minyak bijan atau minyak bawang putih ke dalam sup. 5. Sup Bebola Tepung Pulut Berinti Ayam sedia dihidang dengan minyak cili untuk rasa pedas.
RESIPI MINYAK CILI:
Minyak masak/minyak sayuran 2 sudu makan chili flakes / cili kering yang dikisar kasar – bukan serbuk cili – beli online disini 3 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bawang putih bersama chilli flakes. Taburkan dua cubit garam. 2. Panaskan minyak masak di atas kuali sehingga gelegak @betul-betul panas. 3. Akhir sekali tuangkan minyak panas tersebut ke atas chilli flakes yang dicampur bawang putih tadi. 4. Gaul rata dan sedia untuk dimakan bersama Sup Bebola Tepung Pulut.
Daging Masak Hitam antara menu yang tak jemu makan sama ada untuk majlis kenduri mahupun dijadikan lauk pada hari-hari biasa. Selain sedap, istimewanya masakan ini adalah tahan lama. Jimat masa, makan pun sedap. Untuk frozen, anda boleh masak lebih seperti resipi yang disediakan ini. Pekkan dalam belas bertutup untuk sekali makan lebih kurang 250gm setiap satu pek. Setelah betul-betul sejuk baru frozenkan. Bila teringin keluarkan satu pek dan panaskan sahaja. Sangat mudah.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN
3kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
3 cawan kicap pekat manis
4 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Bahan Kisar:
30 tangkai cili kering
9 batang serai
9 biji bawang besar
1 biji ulas bawang putih
6cm lengkuas
5cm halia
Bahan Sangai dan Kisar:
6 sudu makan ketumbar
3 sudu makan jintan manis
1 1/2 sudu makan jintan putih
Bahan Penumis:
3 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
15 kuntuk bunga cengkih
15 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
Seterusnya, masukkan bahan yang dikisar basah dan sangai. Kacau hingga naik bau.
Masukkan daging bersama asam gelugor, kacau rata dan biar hingga mendidih.
Taambah air jika daging belum empuk.
Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.