Jom cuba buat Popia Ayam Cendawan Berkeju ni. Sedap! Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan-puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan. Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing-masing. Memang layan habis! Jom cuba resipi perkongsian saudari Radia Tussoleha ini. Pasti anda puas hati dengan rasanya, lebih-lebih lagi bila intinya penuh ayam, keju dan cendawan.

Bagi yang suka snek bergoreng yang rangup, Popia Ayam Cendawan Berkeju ini memang memenuhi selera. Gabungan ayam cincang, sosej, cendawan dan cream soup membuatkan rasa intinya padu, lemak berkrim dan mengenyangkan. Bila digoreng pula, kulit popia jadi rangup keemasan dan sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang atau menu kudapan sekeluarga. Anda juga boleh sediakan banyak awal-awal dan simpan dalam freezer untuk digoreng bila-bila masa.

Resipi Popia Ayam Cendawan Berkeju

Popia Ayam Cendawan Berkeju: Resipi Mudah & Sedap Yang Paling Layan

Bahan A:

  • 1 labu bawang holland (potong cincang) – beli online disini
  • 5 ulas bawang putih – beli online disini
  • 1 sudu makan lada hitam (tumbuk halus) – beli online disini
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)

Bahan B:

  • 1 bungkus kulit popia (50 keping)
  • 1 paket isi ayam cincang atau 1 mangkuk daging ayam yang dipotong cincang
  • 1 bungkus sosej ayam (potong kecil)
  • 1 bungkus keju (6 keping)
  • 1 tin cendawan (potong racik) – beli online disini
  • 1 tin champmbells cream (cendawan atau ayam)
  • 1 biji telur atau 1 cawan bancuhan tepung gandum (sebagai gam)
  • 1 kiub ayam dan garam secukup rasa – beli online disini
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak Inti Popia Ayam Cendawan Berkeju

  1. Tumis bahan A sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah diikuti sosej serta isi ayam.
  2. Kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan cendawan dan champmbells cream.
  4. Akhir sekali, masukkan keju. Kacau sebati dan padamkan api. Masukkan ke dalam bekas apabila sudah sejuk.Popia Ayam Cendawan Berkeju: Resipi Mudah & Sedap Yang Paling Layan

Cara Membungkus Popia:

  1. Sediakan kepingan kulit popia. Sudukan 1 sudu inti di hujung kulit popia dan lipat.Popia Ayam Cendawan Berkeju: Resipi Mudah & Sedap Yang Paling Layan
  2. Lekatkan hujung kulit popia menggunakan bancuhan telur atau bancuhan tepung gandum.Popia Ayam Cendawan Berkeju: Resipi Mudah & Sedap Yang Paling Layan
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.Popia Ayam Cendawan Berkeju: Resipi Mudah & Sedap Yang Paling Layan
  4. Popia Ayam Cendawan Berkeju: Resipi Mudah & Sedap Yang Paling Layan

Nota: Bahan-bahan di atas boleh menghasilkan lebih kurang 50 keping popia.

Kredit resipi & foto: Radia Tussoleha

Ads

Tip Tambahan Untuk Popia Lebih Rangup & Keju Lebih Meleleh

Salah satu sebab Popia Ayam Cendawan Berkeju ini menjadi kegemaran ramai ialah kombinasi rasa yang lengkap — ada masin, berkrim, penuh isi dan sangat rangup. Untuk pastikan popia kekal rangup walaupun selepas digoreng, elakkan membungkus ketika inti masih panas kerana ia akan menyebabkan kulit popia lembik. Pastikan inti betul-betul sejuk sebelum anda mula membungkusnya.

Selain itu, jika mahu rasa keju lebih meleleh, anda boleh tambah sedikit keju cheddar parut ke dalam inti atau masukkan sedikit lagi ketika membungkus. Bila digoreng, keju akan cair dengan sempurna dan menjadikan Popia Ayam Cendawan Berkeju lebih memuaskan.

Jika anda mahu simpan dalam freezer, susun popia dalam bekas kedap udara dan taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat antara satu sama lain. Bila hendak menggoreng, tak perlu nyahbeku sepenuhnya. Goreng terus menggunakan api sederhana dan pastikan minyak cukup panas supaya kulit popia tidak menyerap minyak terlalu banyak.

Ads

Popia ini juga sesuai dijadikan hidangan untuk majlis kecil, potluck atau jamuan sekolah. Intinya yang kaya dengan ayam, cendawan dan keju menjadikan ia lebih mengenyangkan berbanding popia biasa. Tidak hairanlah Popia Ayam Cendawan Berkeju menjadi antara resipi popular yang sering dicari oleh mereka yang suka snek bergoreng yang sedap dan cepat disediakan.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Popia Pisang Viral. Elak Cuba Kalau Sedang Diet

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI