Cerita Fad Bocey, dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan, tapi bila balik rumah, masakan ibunya juga yang dicari. Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling sedap.
Satu-satunya masakan ibu yang tidak pernah Fad Bocey jemu mahupun muak adalah Gulai Lemak Cili Padi Ibunya. Kini selepas berkahwin, isterinya juga pandai masak Gulai Lemak Cili Padi selepas berguru dengan ibu mentua. Selain Gulai Lemak Cili Padi, Fad juga suka Bihun Goreng yang dimasak oleh ibunya.
“Saya tak tau apa yang mak masuk dalam masakannya. Tapi apa je yang dimasaknya semua sedap dan saya tak pernah tolak. selain gulai lemak bihun goreng mak, takda pun mewah lauk pauk tapi sedapnya memang takda tandingannya, ” cerita Fad.
Selain lauk pauk, kuih muih juga antara menu wajib ada bagi Fad bila berbuka, adalah Kuih Cara, Karipap, Bingka Ubi, Apam Susu dan Murtabak.
Ads
“Saya sangat terharu dan seronok bila diundang oleh Chef Wan untuk bersamanya dalam program Rasa Nostalgia Ramadan. Bukan senang tau dapat masak satu dapur dengan chef popular ni. Saya seronok, sambil tolong menyebuk dapat juga tengok Chef Wan masak dan berbuka dengan air tangannya yang memang sungguh sedap, “ ujar Fad.
Anda yang ingin mencuba menu disediakan oleh Chef Wan dan dibantu oleh Fad Bocey dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, berikut disediakan resipinya
GULAI LEMAK KETAM ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg ketam | dibersihkan
½ biji nanas | hiris
500ml santan pekat
200ml air
1/2 kecil parutan nanas
3 helai daun limau purut
1 genggan daun Basil Thai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula Melaka
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
2batang serai
3cm kunyit hidup
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
10 biji lada hitam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan parutan nanas, kacau rata dan masukkan santan pekat. Kacau seketika.
Setelah mendidih masukkan sedikit air untuk kuah.
Seterusnya masukkan daun selasih, daun limau purut, garam, gula Melaka dan perahan jus limau nipis.
Akhir sekali masukkan ketam, nanas dan sos ikan biarkan mereneh 5-6 minit. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KUIH CARA GULA
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan santan
200ml santan
2 biji telur |kacau
3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya | untuk inti
2 sudu makan marjerin | cairkan
2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, air pandan, santan, secubit garam dan marjerin yang telah dicairkan tadi.
Kacau sebati hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair, kemudian tapiskan.
Panaskan acuan kuih cara dengan api kecil terlbih dahulu.
Tuangkan adunan kuih cara dalam acuan hingga 1/2 acuan. Bakar dalam ketuhar 5-6 minit.
Keluarkan acuan dan letakkan gula di atas kuih cara, kemudian tutup atas kuih dengan adunan kuih cara hingga penuh.
Bakar semula dengan masa yang sama hingga habis adunan, Keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru; Rasa Nostalgia Ramadan yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan pada setiap episod sepanjang 22 episod bersiaran.
Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Pernah dengar Kuih Sopang dan Kuih Cememek, Dulu kuih ini (Kuih Sopang popular di Negeri Sembilan dan Kuih Cememek di Perak) antara kuih wajib buat di bulan puasa atau bila ada majlis keraian. Sesuai dengan peredaran masa kuih ini semakin dilupakan. Sedangkan ia sangat sedap dan mudah membuatnya. Apa waktu cuti dan anda ada lebih masa ini, bolehlah cuba resipi warisan kita.
KUIH SOPANG BAHAN-BAHAN: 2 cawang tepung pulut 1 cawan santan cair Secubit garam BAHAN INTI: 1 cawan kelapa parut | putih sahaja 1/2 gula Melaka | parut 2 sudu makan gula pasair 1 helai daun pandan Secubit garam Sedikit air Bahan Santan: 1 cawan santan pekat Secubit garam.
CARA MEMASAK:
Sediakan inti terlebih dahulu. Campurkan gula Melaka dan gula putih dalam periuk.
Tambahkan air dan daun pandan, renehkan hingga menjadi likat.
Masukkan kelapa parut, gaul rata hingga sebati, kemudian taburkan sedikit tepung gandum, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
Seterusnya sediakan pula doh pulut. Campurkan pulut dengan garam galus, gaul rata
Tambahkan santan cair sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
Leperkan dan isi tengahnya dengan inti, kemudian lipat doh menjadi seperti bentuk karipap kecil.
Susun dalam dulang beralas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Lakukan hingga habis adunan.
Seterusnya sediakan kuah santan, campurkan santan pekat dengan sedikit garam, kemudian tuangkan santan di dalamnya, tetapi pastikan ia tidak meliputi doh pulut.
Kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak. Tutup api.
Kuih Sopang sedia dihidangkan.
KUIH CEMEMEK BAHAN-BAHAN: 2 cawang tepung pulut 2 cawan santan pekat Gula perang/melaka secukupnya Garam Daun pisang CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut, garam gaul rata.
Tambahkan sedikit air, uli hingga menjadi doh lembut yang boleh dibentuk.
Bentuk doh menjadi bulat seperti guli, leperkan dan tekan ditengahnya.
Sediakan pinggan, lapikkan dengan pisang yang telah disapu minyak masak. Susun doh yang siap di atasnya.
Atur jarang-jarang kerana ia akan mengembang bila dikukus.
Letakkan gula perang atau gula melaka di lubang tengah tepung.
Tuang santan pekat yang dibancuh dengan sedikit garam dan tepung di sekeliling adunan tetapi pastikan tidak melebihi paras adunan.
Kukus dalam pengukus yang telah siap dipanaskan lebih kurang 10-15 minit atau hingga masak.
Cheesy wedges sememangnya menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi jika dibanjiri cheese, memang menjilat jari. Sebenarnya anda boleh sahaja buat sendiri cheesy wedges di rumah. Tak perlu lagi beli di kedai. Hanya ikut resipi ini, pasti menjadi.
RESIPI CHEESY POTATO WEDGES
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo ubi kentang cuci bersih
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan breadcrumb
1 sudu teh serbuk kari
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong baju ubi kentang dan gaul bersama garam dan kukus lebih kurang 10 minit.
2. Toskan ubi kentang dan gaul bersama tepung gandum, tepung jagung, breadcrumb dan serbuk kari.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
4. Angkat dan tuangkan cheezy sos.
RESIPI SOS CHEEZY WEDGES
BAHAN-BAHAN:
1 gelas susu full cream @ susu cair
1/2 ketul keju cheddar (beqa)
2 sudu butter
1 sudu teh serbuk cili
1 ketul kiub ayam
2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air)
1 gelas air
Sedikit pewarna kuning @ oren
Sedikit gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Cairkan butter. Kemudian masukkan kiub ayam, serbuk cili dan air.
2. Kacau sebati hingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna (sentiasa kacau supaya tak berketul)
3. Masak hingga keju cair dan sedikit pekat.
4. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh masukkan dalam peti ais.
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
Jom cuba masak Lemang Goreng. Pulut biasanya dijadikan pulut kuning ataupun dimakan bersama aneka kuah manis. Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh sajikan Lemang Goreng Celup Telur atau juga dipanggil Pulut Kukus Goreng buat ahli keluarga. Sedap! Boleh cuba resipi perkongsian saudari NorShawatie Mohamed ni. Pasti anak-anakpun suka.