Hotel Crystal Crown PJ memang kaya dengan idea bakeri dan pastrinya. Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi berkongsi resipi pistachio biscotti dan karipap pastri ayam yang sungguh enak.

Biscotti & Pastri Puff Menggoda Selera Dari Chef Mohd Shafeeq
.

Biscotti dibakar dua kali untuk rasa rangup dan ringan berongga. Manakala karipap ayam penuh berperisa dengan kulit pastri puff memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba, boleh dijadikan sajian petang yang menambat selera.

PISTACHIO BISCOTTIBiscotti & Pastri Puff Menggoda Selera Dari Chef Mohd Shafeeq
BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji telur
  • 200gm tepung gandum
  • 140gm gula
  • 3gm tepung penaik
  • 150gm kacang pistachio | panggang

CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit
4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih.
5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis
6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup.
7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan

Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar selama dua kali
Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali
Keistimewaan : Ringan dan rangup
Anggaran kos : RM 20

Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh

IKLAN

CHICKEN CURRY PUFFBiscotti & Pastri Puff Menggoda Selera Dari Chef Mohd Shafeeq
BAHAN-BAHAN :

  • 6 keping puff pastri | siap dijual di pasaraya
  • 1 cawan isi ayam | dibuang tulang
  • 1 biji bawang besar | dicincang
  • 1 biji telur | dipukul
  • 1/4 cawan air | untuk memasak inti
  • 2 sudu besar minyak masak | untuk menumis inti
  • 1 sudu teh garam | atau secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 3 biji telur rebus | dibelah dua.
  • 2 biji kentang

CARA MEMASAK :

Untuk inti :
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan kentang hingga empuk, dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam
4. Tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan
4. Masukkan air, dan tutup semula dan biarkan hingga inti betul-betul masak.
5. Potong telur rebus belah dan ketepikan.

Untuk menyediakan curry puff :
1. Ambil kepingan pastri puff dan potong tiga segi atau bentuk yang dikehendaki.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar inti dan letakkan ditengah,masukkan hirisan telur rebus, ambil lagi sekeping pastri dan tutup di atasnya
3. Tekan keliling pastri, boleh gunakan garfu sampai melekat.
4. Sapukan telur yang dipukul di atasnya, agar ia masak emas keperangan.
5. Bakar di dalam ketuhar, selama 12 minit (atau sampai keperangan) dalam ketuhar bersuhu 160 darjah C.

IKLAN

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Paf dan pastri
Keistimewaan : Inti kari ayam dan telur rebus mengenakkan pastri puff
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Jika anda memilih untuk membuat pastri sendiri, simpan dalam peti sejuk dan buat sehari lebih awal.

RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI
TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor

 

IKLAN

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

Tumis Cornbeef Bertelur Daun Bawang.

ATAU RESIPI INI :

Biskut Sarang Semut Biskut , Hasil Ramuan Tiga Jenis Tepung, Patut Ler Sedap.

JOM TONTON VIDEO INI :

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI