Pisang Goreng Salut Gula adalah sajian tradisi yang diwarisi dari orang-orang lama. Menu mereka kebanyakannya sangat ringkas sahaja namun sangat enak dan membuka selera. Saudari Cahaya Ayneeada kongsikan resipi Pisang Goreng yang diwarisi dari ibunya. Mudah sahaja cara membuatnya. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dinikmati pada bila-bila masa.
CARA MASAK PISANG GORENG SALUT GULA RESIPI IBUNDA
BAHAN-BAHAN: Pisang – empunya resipi guna pisang kelat Air garam Minyak untuk menggoreng Gula
Ads
CARA MEMASAK:
1.Pisang dibelah dua. Rendamkan seketika dalam air garam. Tujuannya adalah untuk menambahkan rasa lemak pada pisang goreng. Rendam sekejap sahaja anggaran 3-5 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan hirisan pisang tadi.
3. Masak dan biarkan hingga pisang menjadi garing.
4. Apabila pisang sudah bertukar warna, angkat, toskan minyaknya dan bolehlah dihidangkan di dalam pinggan.
5. Taburkan gula dengan secukupnya.
6. Pisang Goreng sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas-panas.
Waktu masih lagi PKPB ni, elok juga kita rajin-rajinkan diri buat bekal makanan ke pejabat. Tak perlulah kita kerap keluar membeli makanan untuk dimakan pada waktu rehat.
RASA berikan dua idea untuk dimasak sebagai hidangan makan tengah hari di pejabat. Resipi ini ringkas je. Bukannya kita nak makan beria-ia makan lunch di pejabat kan?
BEBOLA MI
BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1 biji telur ayam
1/2 cawan isi ayam (rebus dan carik-carik)
1/2 cawan hirisan daun bayam
Sedikit hirisan cili benggala
Sedikit potongan dadu lobak merah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1/2 cawan serbuk roti
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Masukkan mi yang telah dicelur tadi dalam pengisar bersama telur. Kisar hingga sebati.
2. Keluarkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk adunan. Kemudian campurkan dengan daun bayam, cili benggala dan lobak merah.
3. Seterusnya masukkan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam. Gaul rata.
4. Campurkan serbuk roti sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
5. Bulat-bulatkan doh hingga habis.
6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola hingga kuning keemasan.
7. Bebola mi sedia dihidangkan dengan sos cili atau mayones.
SOSEJ MI GULUNG
BAHAN-BAHAN
2 keping mi kering (celur dan tos)
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk perasa ayam
1 sudu makan tepung ubi
5-6 biji sosej ayam (potong dua)
Lidi sate secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1. Masukkan mi dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan garam, lada sulah dan serbuk perasa ayam. Gaul rata.
2. Taburkan tepung ubi atas campuran mi dan gaul rata.
3. Lilitkan mi pada koktel yang telah dicucuk pada lidi sate. Lakukannya hingga habis.
4. Panaskan minyak. Goreng koktel yang telah bersalut mi sehingga garing.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Setelah siap hidangkan bersama sos kegemaran anda.
Bila menikmati makanan laut, pasti makanan bercengkerang seperti kerang dan lala menjadi pilihan. Masakan yang disukai sama ada dibakar atau direbus. Kedua-duanya enak tambah pula makan di tepian pantai. Berselera sungguh makan dengan menu enak sebegini. RASA kongsi resipi makanan bercengkerang untuk anda cuba nanti.
SAMBAL KERANG TUMIS CEKUR
BAHAN-BAHAN:
400gm isi kerang
1cm daun cekur
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1cm halia
5 tangkai cili kering
100ml air asam jawa
1 sudu teh gula perang
4 sudu teh minyak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili kering bersama air asam jawa.
Tumis bahan tadi dalam minyak yang panas sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan daun cekur ke dalam masakan tadi.
Biarkan selama 9-12 minit. Selepas itu, masukkan isi kerang dan kacau seketika. Jangan terlalu lama.
Biarkan ia masak dan hidangkan bersama nasi panas.
KERANG AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1kg kerang
5 ulas bawang putih
6-7 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 1/2 keping kecil gula kabung / gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa adabi | dibancuh dengan 2 sudu besar air panas (boleh tambah jika suka masam)
1. Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
3. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Angkat dan hidangkan.
KERANG GORENG KUNYIT SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | bersih dan tos
1biji bawang besar | hiris
2 batang serai | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 tangkai cili padi merah | kisar
2sm halia | kisar
1 helai daun kunyit
1 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
½ cawan susu cair
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan hiris hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan kerang, asam keping, daun limau purut dan kunyit.
3. Kemudian masukkan susu cair diikuti garam, gula dan perasa secukupnya.
4. Siap dihidangkan.
LALA GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
50ml air
1 batang bunga kantan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
3. Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi.
4. Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
5. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
6. Sedia untuk dihidangkan.