Kari ayam atau daging stail utara yang mak kita masak memang lain rasanya. Memang cukup pekat, penuh rasa rempah dan sedang elok saja rasanya. Cuma bila kita cuba buat sendiri selalu tak menjadi.
Sebenarnya nak masak kari yang sedap ini ada caranya terutama ketika menumis rempah. Dikongsi oleh Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, panduan ini boleh kita gunakan untuk masak kari agar lebih umphh macam mak-mak kita masak.
Petua masak kari ayam atau daging stail utara yang sedap
Entri ni bukan nak bagi resipi tapi untuk turunkan sikit petua masak kari yang sedap. Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu.
Ads
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri dari Pulau Pinang yang pandai memasak di sebuah gerai makan. Ini tip yang dikongsi oleh mereka;
Kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Nak tumis rempah tak perlu bancuh dengan air. Lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Kemudian perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air.
Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Masa tumis rempah amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Ads
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan ini. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Dim Sum adalah sejenis menu pembuka selera yang sihat dan bervariasi jenis. Masakan popular di kalangan masyarakat Cina ini, kini turut digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia. Kepada pengembar Dim Sam, apa kata korang cuba buat sendiri di rumah dengan berpandukan resipi DIY RASA kongsikan ini.
DIM SUM AYAM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
30gm isi ayam | cincang
30gm isi udang | buah kulit dan celur seketika
10gm cendawan | cincang
5gm kulit wantan secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sos Cili | sebagai pencicah
CARA MEMBUAT:
LANGKAH 1:Campurkan isi ayam, udang dan cendawan yang telah dicincang digaul sebati.Ambil kulit wantan, kemudian masukkan campuran isi ayam, udang dan cendawan.
LANKAH 2: Bentuk kulit wantan seperti cawan di dalan genggaman tangan.Tekan-tekankan isian sambil eratkan genggaman supaya Dim Sum padat.
LANGKAH 3: Kemudian letakkan telur ikan di atas Dim Sum.Inilah hasil Dim Sum yang telah siap.
LANGKAH 4: Masukkan Dim Sum di dalam pengukus.Kukus lebih kurang 6-10 minit. Kemudian buka pengukus dan keluarkan. Dim Sum yang sudah masak dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bengkang Pandan atau mungkin ada juga yang panggil kuih ini Kuih Bakar Pandan. Apa yang penting kuih tradisional ini mudah sahaja membuatnya, bahan boleh sukat dengan cawan dan adun guna blender je. Bakar pun guna ketuhar tak perlulah nak bakar dengan sabut kelapa bagai, macam dulu-dulu. Nak resipinya, ini dikongsikan di bawah. Anda boleh cuba.
BENGKANG PANDAN BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan
1 kotak kecil santan kara
1/2 cawan gula pasir | boleh kurang atau tambah gula ikut selera
2 biji telur saiz A
1 sudu teh garam
1 sudu makan marjerin
Sedikit pewarna hijau
CARA MEMBUAT:
Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender.
Panaskan loyang, kemudian sapukan sedikit marjerin atau minyak.
Tuangkan adaunan dalam loyang.
Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan suhu 180 C selama 45 minit atau hingga masak
Buntu nak masak apa di hari Isnin ni? Aha…Janganlah susah hati. RASA ada banyak resipi yang boleh anda cuba. Hari ni anda boleh cuba buat Daging Bakar Cicah Air Asam & Sup Ayam Kampung. Sedap! Cubalah. Anda pasti suka.
1. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tanpa lemak | bersihkan dan tos
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3 batang serai
Sedikit garam dan gula ( sekadar bagi ada rasa)
BAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa
3cm belacan | bakar
Air suam secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana | potong dadu
15 biji cili padi | dihiris halus
1 biji tomato | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
Sementara itu siapkan air asam.
Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
Seterusnya perasakan dengan gula serta garam jika perlu.
Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
2. SUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500 ayam | potong kecil
1 batang seleri | hiris
1 batang daun bawang | hiris
5 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | titik
1 liter air atau secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan kuah mendidik dan mereneh seketika.
Seterusnya masukkan serai, batang seleri dan lengkapkan rasa dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Biarkan sup mereneh lebih kurang lima minit, kemudian masukkan hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Sedia dihidangkan panas-panas bersama sambal kicap.
INFO CHEF: Boleh tambah aneka sayur-sayuran kegemaran anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!