Ads

Bubur Bebola Pulut Kuah Santan Manis, Resipi Simple Tapi Sedap

Terasa nak makan manisan tradisional yang sedap dan mengenyangkan? Kalau masih tercari-cari idea nak masak apa untuk keluarga, boleh cuba resipi Bubur Bebola Pulut Kuah Santan ni. Walaupun bahan yang digunakan sangat simple, rasanya memang padu dan cukup memikat selera.

Hidangan ini memang sedap dimakan ketika panas-panas kerana kuah santannya yang lemak manis sangat menyelerakan. Kalau makan sejuk pun tetap best dan nikmat. Sesuai dijadikan pencuci mulut selepas makan atau hidangan minum petang bersama keluarga.

Gabungan bebola pulut yang kenyal bersama kuah santan gula melaka memang cukup sempurna. Memang berbaloi untuk dicuba di rumah.

Resipi Bubur Bebola Pulut Kuah Santan

Bubur Bebola Pulut Kuah Santan Manis, Resipi Simple Tapi Sedap

Bahan Doh

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna pilihan

Bahan Kuah Santan Manis

  • 4 cawan air
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan santan
  • 1 ½ sudu makan tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
  • 2 helai daun pandan

Cara Masak Bubur Bebola Pulut Kuah Santan

  1. Masukkan air, gula melaka dan daun pandan yang telah disimpulkan ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga gula melaka larut sepenuhnya dan kuah menjadi harum.
  3. Masukkan santan bersama sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.
  4. Kacau perlahan dan masak sehingga kuah mendidih menggunakan api sederhana.
  5. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah santan.
  6. Kacau lagi sehingga kuah sedikit pekat dan sebati.
  7. Rasa kuah terlebih dahulu. Jika kurang manis, boleh tambah gula merah atau gula pasir mengikut citarasa masing-masing.
  8. Untuk doh pula, satukan tepung pulut, air dan sedikit garam. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  9. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian jika mahu menggunakan pewarna berbeza.
  10. Bentukkan doh menjadi bebola kecil mengikut saiz yang digemari.
  11. Masukkan bebola pulut ke dalam kuah santan dan masak sehingga doh timbul di permukaan.
  12. Apabila bebola pulut sudah masak, tutup api dan Bubur Bebola Pulut Kuah Santan sedia untuk dinikmati.

Tip Hasilkan Bubur Bebola Pulut Kuah Santan Lebih Sedap

Masa nak uli doh bersama pewarna, jangan letak terlalu banyak pewarna kerana warna akan menjadi lebih terang selepas doh dimasak. Jika sebelum masak warna sudah terlalu terang, hasil selepas masak mungkin nampak terlalu pekat dan kurang menarik.

Ads

Selain itu, pastikan santan sentiasa dikacau perlahan ketika dimasak supaya tidak pecah minyak. Gunakan api sederhana dan elakkan memasak terlalu lama selepas santan mendidih.

Bubur Bebola Pulut Kuah Santan Manis, Resipi Simple Tapi Sedap

Ads

Bubur Bebola Pulut Kuah Santan ini memang sesuai dijadikan pencuci mulut ketika berkumpul bersama keluarga. Tekstur bebola pulut yang kenyal dipadankan dengan kuah santan gula melaka yang lemak manis memang buat ramai suka.

Kalau suka pencuci mulut tradisional yang mudah dibuat dan menggunakan bahan ringkas, resipi ini memang wajib cuba.

Ads

 

Anda mungkin berminat dengan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:    

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat Kek Span Pandan Gebu & Lembut, Resipi Mudah Confirm...

Jom cuba resipi Kek Span Pandan yang lembut, gebu dan mudah dibuat ini. Sesuai untuk minum petang serta hidangan keluarga di rumah.