Banyak petua yang dikongsikan sebelum ini tentang nak halau serangga di dapur, sekitar ruang masak dan sebagainya. Malah ada sesetengah petua tidak menjadi pun. Kali ini RASA cuba kongsikan petua spray semburan serbaguna bukan hanya pada serangga tetapi kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja di dapur juga.

 

Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi!

Hilangkan bau hanyir

  • Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa

 

Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi! Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi!

IKLAN

Mudah tanggalkan kesan minyak

  • Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.

Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi! Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi!

Masa baking

  • Nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.

Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi!  Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi!

Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak.

  • Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.

Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi! Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi!

IKLAN

Bersihkan pisau, blender & tanggalkan karat pada mata blender.

  • Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan. Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..

 

Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi! Homemade Spray Serbaguna Siap Sukatan Untuk Mudahkan Kerja Di Dapur. Petua Berbaloi!
Buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.

IKLAN

Kalau nak buat dalam kuantiti banyak boleh guna sukatan ni..

  • 1½ cawan cuka
  • 7½ cawan air
  • 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak

Kongsi resipi: Yatie Eimra

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI