Ada orang suka  masak udang dengan kulit, tak kurang juga suka udang yang dikopek atau dibuang kkulit siap-siap. Tapi pernah tak terfikir mana satu  lebih baik masak udang dengan kulit atau tidak. Namun hakikatnya masak udang dengan dua cara ini akan memberikan rasa yang berbeza.

 Perbezaan Masak Udang Dengan Kulit Atau Tanpa Kulit, Ini Jawapannya.

Masak Udang Dengan Kulit

Masak udang dengan kulitnya sekali ada beberapa kelebihan, salah satunya untuk mengekalkan rasa manis dan berjus isi udang, terutama jika dibakar atau digoreng. Selain itu, kulit udang memberikan aroma dan rasa pada masakan walaupun dimasak tanpa bahan perapan. Di dalam masakan berkuah, kulit udang berfungsi sebagai stok semulajadi seafood yang sedap.

 Perbezaan Masak Udang Dengan Kulit Atau Tanpa Kulit, Ini Jawapannya.

IKLAN

Masak Udang Tanpa Kulit

Masak udang tanpa kulit tidak salah, ia bergantung pada rasa dan hasil masakan. Jika suka rasa kenyal yang kaya dengan bahan perencahnya, adalah lebih baik menggunakan udang tanpa kulit. Kerana kulit boleh menghalang bahan perapan atau tumisan dari menyerap ke dalam isi udang. Mana kala udang yang  dibakar dengan arang, aroma smokey akan menjadikan rasa isi udang lebih sedap tanpa kulit.

Perbezaan Masak Udang Dengan Kulit Atau Tanpa Kulit, Ini Jawapannya.

IKLAN

Bahagian Yang Dibuang, Tapi Ada Manfaatnya

Biasanya jika tidak mahu kulit, bahagian kepala dan ekor udang turut dibuang, sedangkan bahagian ini masih boleh dimanfaatkan. Contoh kepala udang boleh digoreng dengan tepung, kemudian tumis bersama sayur, aroma udang yang kuat akan menjadi penambah perasa pada udang. Sementara ekor dan kulit udang boleh dibersih dan direbus untuk dijadikan stok.

Perbezaan Masak Udang Dengan Kulit Atau Tanpa Kulit, Ini Jawapannya.

IKLAN

Cara Betul Masak Udang

Penting sekali, jangan memanggang atau membakar udang terlalu lama, ia menyebabkan isi udang kering dan liat. Cukup sekadar isi  berubah  warna menjadi putih tapi masih pink di tengahnya. Kedua, udang menyerap perencah dengan cepat, jadi tidak perlu diperap lama, jika lama aroma udang berkurangan. Oleh itu jangan perap lebih dari 30 minit. Ketiga, semasa memasak jika perencah perapan mengandungi perahan jus lemon, limau nipis atau cuka. Secara tidak langsung rasa masam akan menjadikan udang masak secara semulajadi semasa proses perapan. Oleh itu masa memanggang menjadi lebih pendek supaya tidak overcooked.

Macam mana suka masak udang dengan kulit atau tak?

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI