Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah. Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau! Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi. Aroma dia pergh lg sedap dr bawang yg br nak tumis atau bawang goreng kt kedai tu tau..

Cara dia mudah je, boleh tahan 3 bulan sekali buat..

Bahan-bahan:

  • Bawang putih ikut nak banyak mana…
  • Skrg bawang putih mahal ..kalu buat mcm ni boleh jimat
  • Minyak masak atau olive oil ya, sukatan dia bagi tenggelam bawang tu shj.

Penuh Khasiat! Minyak Bawang Putih Boleh Jadikan Masakan Sedap Melampau!

  • Kupas bawang putih pastu basuh cuci2 tau

Penuh Khasiat! Minyak Bawang Putih Boleh Jadikan Masakan Sedap Melampau!

IKLAN
  • Mayang halus2

Penuh Khasiat! Minyak Bawang Putih Boleh Jadikan Masakan Sedap Melampau!

  • Masukan minyak dengan api yg paling perlahan…
    Pastu masuk la bawang putih

Penuh Khasiat! Minyak Bawang Putih Boleh Jadikan Masakan Sedap Melampau!

IKLAN
  • Dah nk kuning tu haa sila la angkat letak dlm bekas ok…kalu biar dlm tu hangussss nanti!

 

Penuh Khasiat! Minyak Bawang Putih Boleh Jadikan Masakan Sedap Melampau!

IKLAN

Khasiat bawang putih

  • Bawang putih membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok kerana ia akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah.
  • Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti Selenium yang membantu mengurangkan radikal bebas di dalam darah yang akan membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.
  • Bawang putih mengandungi Allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob dan berfungsi untuk mengatasi masalah jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
  • Bawang putih mempunyai bahan anti inflammatory (anti keradangan) yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan keradangan pada artritis sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
  • Bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap masalah tiroid kerana bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi.
  • Bawang putih membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan kerana ia akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut.
  • Pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system) kerana aktiviti sel darah putih akan meningkat untuk melawan jangkitan dan tumor.
  • Bawang putih dapat membantu menurunkan kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Hebat kan bawang putih ni? Tapi awas, pengambilan bawang putih yang banyak boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak.

Kongsi Resipi: Cik Mil Neena & Mingguan Wanita

Lagi resipi untuk memudahkan kerja-kerja memasak yang berbaloi untuk di cuba!

6 Resipi Pes Ni Pastinya Akan Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Anda. Berbaloi Cuba!