DAP_20130901_7_106TO107_14203218_xxl

Dapur hambar dan kelam tanpa sebarang pencahayaan yang tepat pastinya memberi kesukaran untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga. Pencahayaan yang tepat perlu diberikan perhatian serius dalam menyerikan ruang serta memudahkan kerja memasak. Selain itu, pencahayaan sempurna turut dipengaruhi dengan jenis lampu yang cukup terang dan membuatkan dapur anda berada dalam sudut keindahan bagi menyempurnakan lagi keseluruhan kediaman.

Cita rasa yang pelbagai bakal menemukan anda dengan pelbagai koleksi lampu indah yang bakal menceriakan ruang dapur anda. Mungkin ada yang mahu lampu siling dapur untuk menjimatkan ruang atau memilih lampu loket yang mampu menambah sedikit warna dan gaya ke ruang tersebut. Lihat tip yang diberikan agar anda dapat membuat pilihan mencari lampu yang berfungsi dengan baik di kediaman anda.

1.Pemilik perlu mencari lampu yang mudah untuk dibersihkan. Aktiviti memasak dan mencuci pastinya memberi kesukaran pada pemilik. Tahap turun naik haba, bau masakan, bahan-bahan biasa dan bekalan dapur yang lain boleh memberi kesan terhadap prestasi lampu daripada masa ke semasa. Oleh itu, pemilik boleh mencari lampu yang diperbuat daripada kaca atau seramik yang boleh digosok dengan air sabun dan bilas.

2.Beli lampu dapur yang boleh memegang mentol tinggi watt untuk lampu tambahan. Walaupun anda mungkin tidak mahu lampu dapur yang cerah di keseluruhan dapur, anda pastinya ingin memastikan bahawa kawasan singki dan dapur diterangi supaya anda boleh melihat bahan-bahan dan hidangan dengan jelas. Pemilik perlu memastikan bahawa mentol yang dipilih mempunyai cahaya yang terang tanpa memberi tahap kepanasan yang melampau.

3.Pilih lampu dapur yang tahan lama. Jika anda mempunyai keluarga muda, anda mungkin tidak mahu memasang lampu dapur kaca yang dengan mudah boleh dipecahkan di dapur. Pertimbangkan jumlah orang yang akan menggunakan dapur dan aktiviti-aktiviti yang sering dibuat di ruang dapur. Lampu siling dapur boleh menjadi pilihan yang paling tahan lama jika anak-anak anda sering mengejar antara satu sama lain di seluruh bilik.

IKLAN

4.Pemilik boleh mewujudkan kemesraan dan suasana dengan menggabungkan pelbagai lampu yang boleh dikawal secara bebas. Lampu yang pelbagai pasti memberikan pencahayaan di tahap terbaik kesan daripada gabungan yang dibuat. Oleh itu setiap zon di ruang ini pastinya memberikan kesan yang terang dan nyata.

5.Fikir mengenai keselamatan sebelum membuat pilihan membeli lampu yang bersesuaian. Fikirkan mengenai kedudukan tersorok yang terdapat di dapur, bahagian siling serta pencahayaan semula jadi. Namun keperluan pencahayaan semula jadi pada waktu siang pastinya mampu menjimatkan tenaga elektrik sehingga awal petang. Pencahayaan perlu menerangi segenap ruang bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun cahaya perlu tertumpu pada permukaan dan mampu menambah pencahayaan umum kepada kawasan kerja bagi memudahkan penyediaan makanan.

6.Saiz dapur akan membantu menentukan berapa banyak kelengkapan yang diperlukan untuk pencahayaan yang mencukupi. Sebagai contoh, rona putih mencerminkan cahaya, melantun semula ke dalam bilik dan membuat ruang menjadi lebih cerah. Dengan banyak permukaan putih, anda mungkin dapat mengurangkan jumlah watt mentol yang digunakan.

IKLAN
Tip Mencari Lampu Yang Berfungsi Baik Di Dapur
7.Kaunter pulau kebiasaannya menjadi kawasan penting untuk diberikan perhatian di ruang dapur. Oleh itu, pemilihan lampu loket yang digantung pada kadar rendah akan memberikan tumpuan kolam cahaya yang begitu indah. Pemilik juga boleh memilih lampu unik untuk digantung di ruang ini bagi menghasilkan garapan penuh mempesonakan.
Tip Mencari Lampu Yang Berfungsi Baik Di Dapur
8.Pilih lampu yang berkualiti bagi mengelakkan daripada terjadi permasalahan di kemudian hari. Elakkan lampu yang mempunyai bayang-bayang sekali gus menjejaskan keindahan pada ruang dapur. Pemilihan lampu yang lebih fokus pada sesuatu ruang akan menyempurnakan keseluruhan dapur.
Tip Mencari Lampu Yang Berfungsi Baik Di Dapur
Sumber gambar : 123 royalty free
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.

Petua Hilangkan Bau Bawang & Kesan Kunyit Pada Blender.

IKLAN

Rahsia Cili Api & Cili Kisar Tahan Berminggu Dan Makan Tahun…

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI