Anda penggemar tempe tapi jemu dengan tempe goreng atau sambal? Usah risau sebab banyak lagi menu yang boleh anda pelbagaikan dengan makanan kaya dengan protein Ini. Berikut Rasa kongsikan lima menu tempe sedap dan ringkas yang gerenti bukan anda sahaja suka tetapi anak-anak juga. Tak percaya anda kena cuba ye…
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bawang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat panis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih
Ads
TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1paket tempe | hiris
200gm udang | buang kulit
1 biji bawang besar| hiris
2 ulas bawang putih | titik
10 biji cili padi | hiris
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak , goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe.
Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas.
TEMPE GORENG DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong dadu
1 keping tauhu | potong dadu
2 pokok daun bawang | potong 3cm
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | titik
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kacau seketika dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Sedia dihidangkan.
TEMPE TENDER BERSAMA SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | potong memanjang
1 biji telur
1 cawan nestum | hancurkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
Secubit garam
BAHAN SOS KICAP:
2 sudu makan kicap pekat manis
6 ulas cili padi
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur.
Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus.
Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nak cari menu yang mengenyangkan dan mudah siap waktu sarapan, cubalah kacang pool yang sangat popular di Johor. Bahan asasnya kacang, terutamanya kacang parang dan 'baked beans'.
Ada juga resepi menggunakan lebih dari sejenis kacang, dimasukkan juga kacang panggang dan kacang merah, memang lagi ‘terangkat’lah rasanya. Memang betul-betul berkhasiat .Kacang pool pada asalnya adalah hidangan timur tengah yang dikenali sebagai foul medammas.
Beza kacang pool dan foul medammas ialah ia menggunakan daging cincang,..ummph bertambah sedaplah jawabnya. Sedap dicicah dengan roti bakar ni.
KACANG POOL
BAHAN -BAHAN :
1/2 tin kacang parang (saiz 425 gm)
1/2 tin kacang panggang @baked beans (saiz 425 gm)
400 gm daging kisar
1 tin kecil tomato puri
3 ulas bawang putih |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
Satu biji telur | digoreng
3 sudu minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa
Hiasan:
1 biji cili hijau – hiris
1 biji bawang merah – potong kecil
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2.Masukkan daging cincang, masak hingga kekuningan
3.Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
4.Selepas itu, masukkan kacang parang dan kacang panggang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika mahu.
5.Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
6.Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
7.Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
8.Boleh dinikmati bersama roti putih.
Kalau berkunjung ke Johor terutamanya Johor Bahru jangan lupa menikmati sajiannya. Kalau min suka singgah di Restoran Kacang Pool Haji, di Larkin, JB kerana kacang poolnya memang padulah rasanya
Siapa di sini yang suka sambal ikan bilis rangup seperti yang orang jual di kedai? Min memang peminat setia sambal ikan bilis. Jadi bila dah jumpa resipi mudah untuk membuatnya, memang seronok.
Masak banyak boleh simpan buat stok. Nak makan pun senang, ambil terus.
Terima kasih buat Hasniza Hassan yang sudi berkongsi resipi istimewa ini. Jom kita buat.
1.Campurkan kesemua tiga jenis tepung dan gaul sebati.
2. Gaul ikan bilis dengan tepung tadi. Ketepikan.
3. Kemudian, masukkan bawang. Gaulkan rata. 4. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng dahulu bawang secara berasingan. Goreng hingga garing. Jangan terlebih nanti hangit dan pahit. Angkat dan toskan.
5. Goreng pula ikan bilis hingga garing. Dah garing angkat dan toskan.
6. Basuh bersih cili kering. Kemudian, goreng sekejap saja. Jangan lama sebab cili kering mudah hangus.
7. Kemudian kisar kering cili kering.
8. Dalam kuali dengan sedikit minyak, tumis cili kering dan masukkan garam, gula serta asam keping. Sentiasa kacau ya. Lebihkan gula kalau cili kering pedas.
9. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
10. Bila dah sebati bolehlah dihidang. Buat banyak, boleh masukkan dalam botol, simpan buat stok.
Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lebih lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada perisa buah , pandan, jagung, coklat, mocha apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus.
Ikuti ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi,penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resipi kek kukusnya.
1. KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA
Bahan-bahan :
Bahan A :
4 biji kuning telur
2 biji putih telur
100 gm gula kastor
½ sudu kecil garam
Bahan B :
125 gm tepung gandum | diayak
25 gm tepung jagung | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
25 ml susu segar
25ml perahan air daun pandan
Bahan D :
35 ml minyak jagung/masak
Bahan untuk topping :
400gm whipping cream/fresh cream
20 gm gula aising
10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandan
Sedikit gula Melaka | telah dicairkan.
CARA MEMASAK :
Kek :
Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
Pukul Bahan A hingga kembang
Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.
Buat topping :
Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas.
Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang bulat 15 sm @ 6 inci
Waktu memasak: 15- 20 minit
Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka
INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.
2. KEK KUKUS MARBLE ZEBRA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
8 biji kuning telur
2 biji putih telur
115 gm gula kastor
½ sudu makan ovalet
Bahan B:
130 gm tepung gandum }diayak sekali dengan serbuk penaik
½ sudu teh serbuk penaik
100gm minyak jagung/masak
25 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coklat emulco
½ sudu teh kopi emulco
CARA MEMASAK :
Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
Pukul Bahan A hingga kembang
Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati
Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco.
Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang.
Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak.
Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan : Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar.
INFO CHEF : Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.
Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega.
Pukul Bahan A hingga kembang
Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping.
Topping :
Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental.
Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas.
Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 20-25 minit
Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil.
INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.
4. KEK KUKUS BUAH
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
310 gm gula kastor
60 gm air panas
250 gm mentega
500 gm buah-buahan campur
1 sudu teh krim tartar
2 sudu teh baking soda
Bahan B:
350 gm tepung gandum | diayak
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh oren emulco
CARA MEMASAK :
Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata.
Masukkan mentega dan gaul rata.
Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan.
Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata.
Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan.
Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata.
Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam.
Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm
Waktu memasak: 4 jam
Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan.
INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.
5. BROWNIES KUKUS KEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
115 gm putih telur
110 gm gula kastor
1 sudu teh ovalet
Bahan B :
80gm tepung gandum | diayak
20gm serbuk koko | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
70 ml minyak jagung/masak
½ sudu teh esen vanilla
4 keping keju cheddar
50 gm cip coklat
Sedikit parutan keju | untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
Pukul bahan A hingga kembang
Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati
Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar.
INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari kukusan supaya brownies tidak basah.
6. KEK KUKUS LAPIS MOCHA MOSCOVIC
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
8 biji telur
200 gm gula kastor
1 sudu makan ovalet
Bahan B :
200 gm tepung gandum | diayak
40 gm susu tepung | diayak
½ sudu teh serbuk penaik | diayak
Bahan C :
200 gm mentega
2 ½ sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil pes mocha
200 gm buah-buahan campur (dipotong kecil-kecil)
Serbuk koko untuk di tabur
CARA MEMASAK :
Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersaiz 18 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
Pukul Bahan A hingga kembang
Masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati. Ketepikan
Pukul bahan C hingga putih dan ketepikan.Masukkan pes mocha.
Campurkan semua bahan semua bahan, gaul rata.
Panaskan periuk kukus, ambil satu cawan adunan dan ratakan di dalam loyang. Ayakkan sedikit serbuk koko dan kukus selama 5 minit.
Keluarkan loyang dan tuang 1 cawan adunan, ratakan di dalam loyang, ayak sedikit serbuk koko serta taburkan buah-buahan campur. Kukus lagi selama 5 minit.
Ulang sehingga abis adunan. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit.
Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan : Kek kukus lapis Mocha ini lebih basah, lembut unik rasanya
INFO CHEF :Buah-buahan campur hendaklah dipotong nipis agar rasa buah sekata di dalam kek dan senang di potong.
7. KEK KUKUS GULUNG TIRAMISU
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
6 biji kuning telur
3 biji putih telur
75 gm gula kastor
1 sudu teh ovalete
Bahan B :
60 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh coffee emulco
Bahan D :
30 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan‘topping’:
200gm whipping cream/fresh cream
20gm gula aising
30gm Nutella
Bahan untuk lapisan:
9 keping keju cheddar
CARA MEMASAK :
Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang pembakar empat segi 25 sm x 25 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
Pukul bahan A hingga kembang
Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di campurkan dengan Bahan C kacau rata.
Satu lagi bahagian di campurkan dengan Bahan D kacau rata.
Panaskan periuk kukusn, tuang satu bahagian yang di campur dengan Bahan C di atas loyang dan kukuskan kek selama 10 minit.
Setelah masak keluarkan loyang susun cheddar cheese di atas permukaan lapisan kek. Tuang adunan yang di campur dengan Bahan D di atas adunan kek. Kukus kan selama 15 minit.
Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
Siap untuk di hiding.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa kek kopi dan koko yang enak
INFO CHEF : Pastikan kek sejuk sebelum di gulung untuk mengelakkan ia pecah ketika menggulung.
8. KEK KUKUS GULUNG OPERA
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
200 gm putih telur
80 gm gula kastor
1 sudu teh ovalet
Bahan B
65 gm tepung gandum | diayak
50 gm serbuk badam
¼ sudu kecil baking powder | diayak
Bahan C :
25 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan topping/sapuan:
200 gm whipping cream/fresh cream
20gm gula aising
40gm nutella
CARA MEMASAK :
Kek :
Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar segi empat 25sm x 25 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
Pukul bahan Ahingga kembang
Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati
Panaskan periuk kukus, tuang dan kukuskan kek selama 15 minit.
Setelah masak sejukkan kek.
Topping :
Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental, masukkan Nutella gaul rata.
Sapukan krim di atas permukaan lapisan dan gulungkan kek.
Siap untuk di hidang.
Saiz hidangan: 1tin empat segi 25 sm x 25 sm
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan : Lebih rasa koko dan coklat nutella
INFO CHEF : Jangan kukus terlebih masa kerana ia akan menjadi terlalu padat.
9. KEK KUKUS KEJU COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
3 biji telur
260 gm gula kastor
½ sudu teh ovalet
Bahan B:
180 gm tepung gandum | diayak
50 gm serbuk koko | diayak
1 sudu teh baking soda
Bahan C :
1 cawan susu segar
125 ml minyak jagung/masak
1 sudu teh esen Vanila
Bahan lapisan krim keju :
250 gm krim keju
20 gm gula aising
1 biji telur
CARA MEMASAK :
Sediakan periuk kukus. Sediakan tin pembakar bersaiz 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega.
Pukul bahan A hingga kembang
Masukkan bahan B dan di selang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati
Kemudian masukkan minyak jagung ,akhir sekali masukkan esen vanilla dan kacau hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Panaskan periuk kukusan dan kukuskan 1 bahagian kek selama 15 minit.
Setelah masak keluarkan kek dan tuang adunan keju dan kukus lagi selamat 10
Selepas 10 minit keluarkan loyang dan tuang baki sebahagian adunan. Kukuskan lagi selama 15 minit.
Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di hiding.
Krim keju keju :
Pukul krim keju dan gula aising hingga lembut.
Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap.
Sapukan di antara lapisan kek
Saiz hidangan: 1tin pembakar empat segi 18 sm x 18 sm
Waktu memasak: 20 minit
Keistimewaan : Kek coklat yang dilapiskan keju memang hebat rasanya
INFO CHEF : Pada pembuatan kek kukus, penggunaan ovalete seringkali diguna sebagai penstabil supaya kek kukus yang menggunakan teknik lapisan akan stabil bila dibiarkan lama di luar.
TERIMA KASIH : NORBAINI CAKES & GIFTS, 141, JALAN IKAN JELAWAT 11,KAMPUNG AMPANG CAMPURAN, AMPANG. FB : norbaini cakes
Ayam masak kicap memang lauk tak pernah gagal pikat selera — tapi bila ditambah madu, rasanya terus naik satu level!Gabungan manis, pedas dan berempah...