Buat yang suka membeli belah di IKEA berita baik untuk korang yang kaki shopping khasnya buat mereka yang tinggal di utara tanah air. IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang kini dibuka bagi memenuhi permintaan anda yang meminati hiasan dalaman.
Pada hari pembukaannya 14 Mac, penduduk tempatan berpusu-pusu datang untuk menjadi orang yang terawal datang ke stor ini. Difahamkan mereka sanggup berbaris seawal jam tujuh pagi di hadapan stor biarpun stor mula beroperasi pada jam 10 pagi.
Tawaran eksklusif yang diberikan kepada pengunjung pada hari pertama juga menjadi salah satu daya tarik. Dianggarkan lebih 25,000 pengunjung menyerbu gedung perabot dari Sweden itu selepas ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Penat berlegar di stor pastinya restoran IKEA menjadi tumpuan untuk membasahkan tekak dan menikmati signature dish iaitu bebola daging. Menerusi perkongsian terkini pihak IKEA Batu Kawan, lebih 32,000 bebola daging berjaya dijual pada hari pertama pembukaan cawangan tersebut. Bukan itu sahaja, jualan karipap juga mencecah hingga 23,600 biji pada hari yang sama. Wow ….teruja sungguh dengan pengunjung Utara ni.
Ruang yang luas memberi keselesaan buat pengunjung untuk meneliti 49 ruang pameran yang dilengkapi lebih 8,000 kelengkapan rumah.
Ads
Ads
Ads
Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, A.Pathmalingam berkata, penduduk di negeri ini dan kawasan Utara sudah lama mengidamkan gedung IKEA mereka sendiri dan impian mereka menjadi kenyataan.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan turut dihadiri Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.
Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer.
Bagi memastikan kelancaran pelanggan, IKEA Batu Kawan yang merupakan gedung keempat di negara ini turut dilengkapi 1,955 tempat parkir kenderaan selain kemudahan bas ulang-alik percuma antara Design Village yang disediakan dari pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Buat yang belum mengunjungi stor terbaru ini, boleh rancang perjalanan anda dan rasai pengalaman membeli-belah di sini. Kalau tak membeli pun boleh cuci mata sebagai terapi untuk diri.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bulan Ramadan kembali lagi namun kali ini suasananya agak berbeza dari tahun sebelumnya sejak PKP bermula. Namun begitu biarpun tiada kemeriahan bazar ramadan mahupun bufet ramadan , Berjaya Times Square Hotel mengambil peluang ini dengan menawarkan promosi Sajian Set Kombo Nasi Kandar dan Nasi Briyani Gam Batu Pahat . Kedua-dua promosi berbuka 2020 ini akan bermula dari 24 April 2020 hingga 23 Mei 2020.
Khas untuk para pengunjung dan peminat masakan Melayu, Cheff Yusoff, Eksekutif Chef dari Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam juadah Melayu akan menyediakan sendiri juadah santapan berbuka puasa.
Hidangan Pek Nasi Kandar ini disertakan dengan Ayam Masak Merah, Acar, Air Botol, Kurma dan anda boleh memilih antara kubis goreng dengan udang atau kacang panjang goreng dengan udang kering dan telur. Untuk pilihan kuah pula, anda boleh memilih diantara seleksi Kari Ikan, Masak Kicap, Dalca Sayur atau Sambal Kosong. Untuk hidangan tambahan, seperti Daging Masak Merah, Kambing Masak Ros atau Sambal Sotong boleh didapati pada harga RM7.00nett untuk setiap hidangan.
Untuk juadah Nasi Briyani Gam Batu Pahat yang sememangnya hidangan ikonik di hotel ini, pengunjung boleh memilih sajian dengan ayam atau kambing dan disediakan dengan ramuan khas yang mana ianya pasti menjadi juadah kegemaran pengunjung kami.
Bagi pembelian juadah ini, pengunjung kami boleh mendapatkannya melalui kaedah Pandu Lalu di pintu masuk bersebalah dengan Kawasan air pancut Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Set Nasi Kandar:
RM16.00nett seorang
RM30.00nett untuk 2 orang
RM42.00nett untuk 3 orang
RM65.00nett untuk 5
Harga: RM11.00net setiap set
Air botol percuma akan disediakan bagi setiap pembelian.
Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna mula menyedari satu perkara yang sama — harga makanan naik dengan ketara. Sama ada makan di luar, membeli barangan dapur, atau sekadar menikmati minuman di kafe, kos yang perlu dibayar kini jauh berbeza berbanding beberapa tahun lalu. Persoalannya, kenapa perkara ini berlaku? Adakah sekadar peniaga menaikkan harga, atau sebenarnya ada faktor lebih besar yang ramai tidak sedar?
Hakikatnya, kenaikan harga makanan bukan berpunca daripada satu sebab sahaja. Ia adalah gabungan pelbagai faktor ekonomi, rantaian bekalan, dan perubahan global yang saling berkait.
Antara faktor paling utama ialah kenaikan harga bahan mentah. Bahan asas seperti ayam, telur, sayur-sayuran, dan minyak masak mengalami peningkatan harga disebabkan oleh pelbagai isu, termasuk kos pengeluaran yang semakin tinggi.
Sebagai contoh, harga makanan ternakan seperti jagung dan soya meningkat di peringkat global. Ini memberi kesan langsung kepada kos penternakan ayam dan lembu. Apabila kos penternak meningkat, harga jualan kepada pemborong juga meningkat, dan akhirnya pengguna menjadi pihak yang menanggung kesan tersebut.
Selain itu, faktor cuaca dan perubahan iklim turut memainkan peranan. Banjir, kemarau, dan musim yang tidak menentu boleh menjejaskan hasil pertanian, menyebabkan bekalan berkurang dan harga meningkat.
Ramai tidak menyedari bahawa kos penghantaran juga memberi impak besar apabila harga makanan naik. Harga bahan api yang tidak stabil meningkatkan kos pengangkutan dari ladang ke kilang, dari kilang ke pasar, dan akhirnya ke pengguna.
Dalam sistem rantaian bekalan makanan, setiap peringkat melibatkan kos logistik. Apabila kos ini meningkat, ia akan ditambah ke dalam harga akhir produk. Ini sebabnya walaupun sesuatu bahan masih ada di pasaran, harganya tetap naik.
Malaysia masih bergantung kepada import untuk beberapa jenis makanan dan bahan mentah. Apabila nilai ringgit melemah berbanding mata wang asing seperti dolar Amerika, kos import akan meningkat, sekali gus menyebabkan harga makanan naik.
Sebagai contoh, bahan seperti gandum, keju, dan daging tertentu banyak diimport. Apabila harga import naik, pengilang dan peniaga terpaksa menyesuaikan harga jualan mereka. Ini secara tidak langsung mempengaruhi harga makanan di restoran dan pasar raya.
Bagi peniaga makanan, kenaikan harga bukan sekadar bahan mentah. Mereka juga berdepan dengan peningkatan kos operasi seperti:
Semua faktor ini memberi tekanan kepada peniaga, terutamanya perniagaan kecil. Untuk terus bertahan, mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menaikkan harga atau mengurangkan saiz hidangan.
Perubahan dasar kerajaan juga boleh memberi kesan kepada harga makanan naik. Contohnya, pelaksanaan atau pelarasan cukai seperti SST boleh meningkatkan kos kepada pengeluar dan pembekal.
Walaupun tidak semua makanan dikenakan cukai secara langsung, kesan tidak langsung tetap berlaku melalui rantaian bekalan. Apabila kos operasi meningkat di peringkat pengeluar atau pengedar, ia akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna.
Gaya hidup pengguna juga berubah. Permintaan terhadap makanan premium, makanan import, dan pengalaman makan di luar semakin meningkat. Apabila permintaan tinggi, harga juga cenderung untuk naik, terutama jika bekalan tidak mencukupi.
Selain itu, trend seperti makanan sihat, organik, atau diet khas juga biasanya melibatkan kos yang lebih tinggi. Ini turut menyumbang kepada persepsi bahawa harga makanan naik secara keseluruhan.
Ini persoalan yang sering timbul. Walaupun terdapat kes terpencil, secara umumnya peniaga juga berada dalam situasi yang sama tertekan dengan kenaikan kos.
Ramai peniaga kecil sebenarnya cuba mengekalkan harga selama mungkin, tetapi apabila margin keuntungan semakin mengecil, mereka terpaksa membuat penyesuaian. Dalam banyak kes, kenaikan harga adalah langkah untuk memastikan perniagaan terus bertahan, bukan semata-mata untuk keuntungan lebih.
Walaupun pengguna tidak dapat mengawal faktor global, ada beberapa langkah yang boleh diambil apabila harga makanan naik:
Kesedaran tentang faktor sebenar di sebalik kenaikan harga juga penting supaya pengguna dapat membuat keputusan yang lebih rasional.
Kenaikan harga makanan adalah realiti yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dari kos bahan mentah, logistik, nilai mata wang, hingga polisi dan perubahan gaya hidup. Ia bukan isu yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada tekanan ekonomi yang berlapis.
Memahami situasi ini membantu kita melihat gambaran yang lebih besar. Daripada menyalahkan satu pihak sahaja, lebih baik kita menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan mencari cara terbaik untuk mengurus perbelanjaan harian.
Dalam dunia yang semakin mencabar dari segi kos sara hidup, ilmu dan kesedaran adalah kunci untuk terus bertahan.
Penantian penuh debaran selama tujuh minggu akhirnya sampai ke penghujung. Pada malam ini tuah ternyata milik Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman (Qila), gadis manis yang berasal dari Kelantan dan juga yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM yang telah dinobatkan sebagai juara sulung pencarian Ratu Hijabista.
Manakala naib juara pula telah dimenangi oleh Qistina Sofea Abdul Aziz (Tina) yang juga merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Udang dari UiTM.
Selain gelaran juara dan naib juara, dua gelaran sampingan juga telah diberikan kepada peserta pilihan. Anugerah ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ telah diberikan kepada Nurfiyanti Afrina Roslan(Fiffy Afrina).
‘Ratu Favourite’ pula disandang oleh Shamellya Norazizi (Mellya). Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Naib juara pula membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang. Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala ‘Ratu Favourite’ pula menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.