Sempena Hari Merdeka yang bakal menjelang, Nobu KL buat pertama kalinya telah berkolaborasi bersama restoran tempatan, Gēn Penang dengan memperkenalkan Menu Four-Hands Dinner.
Kolaborasi istimewa selama tiga hari boleh didapati secara eksklusif di Nobu KL bermula 29 Ogos sehingga 31 Ogos 2022.
Sepanjang tiga hari ini, Chef Eksekutif Nobu KL, Chef Philip Leong dan Ketua Chef Gēn Penang, Chef Johnson Wong akan bekerjasama untuk menyediakan lapan hidangan kepada para pelanggan.
Ketua Chef Gēn Penang, Chef Johnson Wong (kiri) & Ketua Chef Nobu KL, Chef Philip Leong (kanan)
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gēn Penang kerana bersetuju untuk bekerjasama dengan kami sempena sambutan Kemerdekaan kali ini yang pastinya menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pelanggan,” ujar Ketua Chef Nobu KL, Chef Philip Leong.
Ketua Chef Gēn Penang, Chef Johnson Wong, turut meluahkan rasa gembira apabila ditawarkan untuk bekerjasama bersama Nobu.
Menu Four-Hands Dinner bermula pada harga RM750++ setiap seorang dan boleh didapati bermula jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam selama tiga hari ini. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh layari Instagram Nobu Kuala Lumpur.
Menu Four-Hands Dinner
1st Course by Nobu KL Salmon Tartar with Caviar
2nd Course by Nobu KL Chef’s Sushi Tasting
3rd Course by Nobu KL x Gēn Penang Mackerel Fish Cake & Broth (Uni Butter, Jalapeño and Tropical Caviar, Tamari Soy)
4th Course by Nobu KL x Gēn Penang Ginger Flower (Ginger Flower Ceviche Sorbet)
IKLAN
5th Course by Nobu KL Black Cod Miso
6th Course by Nobu KL x Gēn Penang Chilean Seabass Aji Amarillo Sauce (Buah Kulim, Jackfruit)
7th Course by Nobu KL x Gēn Penang Aged Duck 2 ways Chill Umami Chawan Mushi Duck Breast with Duck Fat Emulsion and “Duck Shakupan” Orange Miso
8th Course by Nobu KL x Gēn Penang Pre dessert Sudachi (soursop, ambarella) | Sata-andagi (banana, gula apong) | Mochi (jackfruit seed) Dessert by Nobu KL: Natsu no fruits pearls (lychee, guava, mandarin pearl, diced fresh fruits, floral jelly, mango granite, rice soup)
Tahun lalu CNN melalui portalnya telah menyenaraikan 50 makanan paling enak di seluruh dunia versi pilihan pembaca. Dalam banyak-banyak yang ada, tak sangka hidangan Malaysia pun tersenarai juga! Menu yang menjadi pilihan tidak lain dan tidak bukan adalah Penang Assam Laksa! Wahhhh, memang membanggakan.
Di Malaysia terdapat banyak jenis laksa. Selain Penang Asam Laksa, antara lainnya adalah Laksa Johor, Laksa Kelantan, Laksa Sarawak, Laksa Pangkor, Laksa Kedah, Laksa Perlis dan banyak lagi. Semuanya mempunyai rasa serta keenakan yang tersendiri. Ia ibarat hidangan ‘signature’ yang wajib dicuba bila berkunjung ke negeri negeri tersebut. Kalau pergi bercuti tapi tak makanan makanan tempatan ni memang rugi. Semuanya unik dan sedap!
Jom kita lihat apa lagi senarai makanan yang menjadi pilihan ramai ni.
50 MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA VERSI CNN TAHUN 2017
( penerangan mengenai setiap hidangan boleh didapati di SINI. )
Cili Kampung telah menghidangkan masakan asli Melayu sejak 2017. Sebuah perniagaan keluarga yang menggunakan resipi keluarga tradisional turun temurun.
Cili Kampung terkenal dengan hidangan Negeri Sembilan yang lazat di Langkawi kini di Hartamas pula.
Sempena bulan Ramadan, Cili Kampung Hartamas mengadakan bufet hidangan kegemaran anda.Bersedia untuk berbuka puasa di restoran dengan dekorasi yang cantik.
Satu perkara yang anda mesti cuba di sini ialah hidangan klasik Negeri Sembilan mereka yang menjadi kegemaran ramai pengunjung Cili Kampung. Signature Masak Lomak wajib cuba di sini! Alas kelapa kuning dicampur dengan banyak herba dan rempah ratus.
Selain itu, cubalah Daging Masak Kicap mereka yang dimasak dengan banyak rempah dan sos kacang soya serta Daging Masak Minang. Pencinta makanan laut pasti menyukai Tenggiri Sambal Petai dan Sotong Cili Api – kedua-duanya dimasak menggunakan campuran cili dan pes cili buatan sendiri. Hidangan ini pastinya menyelerakan dari segi kepedasan dan rasa
Sudah tentu, bufet Ramadan yang sempurna tidak akan lengkap tanpa beberapa hidangan kegemaran anda. Pergi ke stesen Bakar dan kawasan bufet di luar untuk bahagian makan semuanya menyelerakan. Kambing Golek yang baru dipanggang, Satay Daging/Ayam, Rendang Ayam & Daging dan banyak lagi.
Selain daripada hidangan utama, tidak boleh ketinggalan menikmati pelbagai hidangan pembuka, pencuci mulut yang disediakan mereka. Isi perut anda dengan semua kuih muih kegemaran anda dan ais kacang yang boleh disesuaikan. Terdapat juga pelbagai pilihan minuman boleh isi semula yang boleh anda rasa.
Jom! Masa untuk berbuka puasa di Bufet Ramadan Cili Kampung.Ajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati hidangan bufet Ramadan asli Negeri Sembilan.
Bufet Ramadan di Cili Kampung bermula dari 4 April hingga 2 Mei.Buat tempahan anda sekarang.
Cili Kampung Hartamas
Lokasi: Lot No V-02, Hartamas Walk, Hartamas Shopping Centre, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam ( Rabu) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika.
Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
En-demik = Di dalam – daerah/orang
Kejadian penyakit yang SENTIASA wujud dalam masyarakat atau tempat.
Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes tapi pada kadar yang stabil dan rendah.
Contoh: Denggi
EPIDEMIK
Epi-demik = Di kalangan-daerah/orang
Kejadian penyakit yang naik mendadak melebihi kadar biasa.
Kewujudannya dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu.
Ia juga dikenali sebagai “ Wabak”.
Contoh: Kejadian Polio di Sabah (2019)
PANDEMIK
Pan-demik = semua-daerah/orang
Kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia.
Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar.
Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baharu ( Novel).
Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14-17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia ( Penyakit hawar/Yersinia pestis)
SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA ( setakat 11/3/2020)
20 kes baru menjadikan 149 kes dengan 26 kes sembuh dan discaj.
Dua kes dirawat di ICU tetapi stabil.
Kes ke-78 telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.
Sehingga 11 Mac 2020, 20 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini sedang dikenalpasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih dijalankan sehingga punca jangkitan terjadi dapat dikenalpasti.
Dengan ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes.
Dua (2) kes dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.
KKM MENGGESA AGAR:
1. SEMUA PERHIMPUNAN yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. MENJARAKKAN DIRI (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. TIDAK MELANCONG ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. TIDAK MELAWAT kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Simptom dan Tanda Novel Coronavirus
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Bagaimana coronavirus berjangkit?
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Ujian pengesahan
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Pencegahan dan rawatan
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Rawatan
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.