Kunafaatau Kunafeh, sajian pencuci mulut dari negara Arab yang semakin menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Lihatlah berapa ramai yang beratur untuk menikmati manisan ini di kedai viral tu. Tidak diakui, memang sedap ya rasanya. GAbungan pastry dan keju, yang disirami dengan air gula memang membuatkan kita makan dengan rasa yang sangat Bahagia. Terasa nak cuba tapi susah nak jumpa? Jom buat sendiri guna resipi dari saudari Maslena Alwi II ni. Pasti puas hati dengan rasanya.
Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Ads
CARA MEMASAK: 1.Mulakan dengan membuat adunan krim keju. Pukul krim keju, susu, gula dan mentega hingga halus. 2. Masukkan kuning telur dan juga vanilla. Pukul sebentar dan sediakan dohnya. 3. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan juga kunafa dough. Untuk kunafa dough ini sebaiknya guna mentega cair. 4. Taburkan separuh kunafa dough pada loyang kemudian masukkan adunan krim keju yang telah dipukul. 5. Tabur keju cheddar dan keju mozzarella. 6. Kemudian tutup krim keju dengan sisa kunafa dough tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kekuningan.
INFO: 1.Bila adunan masak jangan biar terlalu sejuk diluar. Seeloknya dihidang dan dimakan panas-panas. Teksturnya rangup kerana keju yang ada didalam akan meleleh mencair dalam mulut.
2. Hiasan atas dessert boleh taburkan kacang pistachio atau almond secukupnya seperti dalam gambar hiasan.
Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB
BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
14 helai daun kari
3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
3 sudu makan mentega
4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
400 gm spaghetti
4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 ekor ketam lembut /saiz sederhana
Bahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk paprika
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih
Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.
Cara masak ketam lembut:
Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
Salutkan ketam di dalam campuran tepung
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.
Saiz hidangan : 2 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF: Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.
2. STIR FRIED BEEF
BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta
3 biji bawang kuning (kecil)
60 gm daging cincang
1/4 sudu teh cili padi/dicincang
2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
1 senduk air
2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
1/2 sudu teh lada hitam
3 1/2 makan minyak masak
CARA MEMASAK :
Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.
Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
Masukkan lada hitam dan padamkan api
Hiaskan dengan daun ketumbar
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF: Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN :
4 1/2 sudu makan minyak masak
400 gm spaghetti
2 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan lada benggala cincang
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
4 sudu makan daun ketumbar cincang
12 potongan baji tomato ceri
1/2 kiub stok ayam
Bahan ayam percik :
2 keping peha ayam (chicken chop)
5 biji bawang kuning kecil /dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sm lengkuas/ dikisar
2 sm halia /dikisar
40 ml santan
Garam secukup rasa
1 sudu makan pes cili kering
1 batang serai /dikisar
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Pewarna kuning
CARA MEMASAK :
Cara masak aglio olio pasta :
Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.
Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)
Siap untuk dihidang bersama kuah percik.
Cara masak ayam percik :
Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.
Tumis hingga naik bau
Masukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.
Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarna
Ayam percik sedia dihidang bersama pasta.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta fusion
Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu
INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.
4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL
BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti
220 gm kacang hijau
Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
Daun selasih segar untuk hiasan
2-3 biji buah zaitun
BAHAN PES (PESTO);
1 cawan daun selasih
1/3 daun parsli segar
20 gm keju parmesan (diparut halus)
2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan air panas
CARA MEMASAK :
Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa.
Terima kasih :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL
Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor
Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di facebook oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Boleh sangat kalau nak cuba. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
UDANG KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Udang laut berkulit keras
Garam
Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .
Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.
IKAN JENAHAK KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
1/2 cawan minyak sayuran
1/4 cawan hirisan halia segar
2 biji bawang merah | cincang
1 biji cili merah | hiris
2 sudu makan kicap soya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK: 1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian. 2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan. 3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef:Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Moden Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
2 biji oren | buang kulit dan biji
1 biji lemon | buang kulit dan biji
1 inci halia segar | buang kulit
10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat. 2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.