Pasti ramai yang gemar menikmati hidangan pencuci mulut selepas menikmati hidangan utama. Bahkan, seolah-olah ada yang ‘tidak kena’ jika tidak menjamahnya. Terdapat pelbagai jenis hidangan pencuci mulut sama ada pastri, bubur, kuih muih dan sebagainya. Tepuk dada, tanya selera.
PUDING SANTAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
400ml santan pekat
200ml air
5gm serbuk agar-agar
65gm gula pasir
½ sudu teh garam
Pisang berangan secukupnya |potong dadu kecil
1 helai daun pandan
Air secukupnya
BAHAN AIR SUSU GULA MELAKA:
60gm gula Melaka
120gm susu segar
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Panaskan santan, air, serbuk agar-agar, garam secukup rasa dan daun pandan sehingga mendidih dan sentiasa dikacau agar santan tidak pecah.
Kacau adunan sehingga adunan sedikit likat.
Tuangkan ke dalam acuan yang dikehendaki. Dan taburkan pisang yang telah dipotong dadu.
Biarkan sejuk. Ketepikan.
Untuk menyediakan air susu gula Melaka; Satukan semua bahan iaitu gula Melaka, susu segar dan sedikit garam. Kemudian panaskan dan kacau hingga sebati dan sedikit likat.
Sebelum dihidangkan, tuangkan sedikit air susu gula melaka. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: pisang juga boleh dihancurkan dan dimasukkan ke dalam puding semasa memasak proses memasak.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis pisang dan santan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Rebus
Ads
Anggaran kos: RM10
LEMON CREAM CHEESE BAR
BAHAN-BAHAN:
180gm tepung gandum
70gm gula perang
40gm gula aising
120gm mentega
100gm oat
60gm walnut dibakar dan dihancurkan sedikit
220gm krim keju
1 biji telur
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan parutan kulit lemon
CARA MEMASAK:
Satukan tepung, gula aising dan gula perang. Masukkan juga mentega dan gaul menggunakan jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan oat dan kacang walnut. Dan tekankan adunan ke dasar Loyang bersaiz 10 x 10 yang telah disapu sedikit mentega pada keliling dan dasarnya.
Pukul krim keju bersama telur hingga sebati dan masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon. Gaul hingga sekata. Tuangkan adunan keju tadi ke atas adunan yang ditekan di dalam Loyang tadi. Ratakan dan tabur kacang walnut di atasnya.
Bakar pada suhu 200 ⁰C selama 30 minit hingga perang permukaan atasnya.
Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong kepada kepingan sama besar dan dihidangkan.
Info chef: Taburkan juga oat pada lapisan atas keju untuk rasa dan rupa yang menarik.
Saiz hidangan:3-4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak dan masam bangkitkan selera
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM14
SERAWA LABU
BAHAN-BAHAN:
300gm labu |potong dadu saiz sederhana
40gm gula
50gm gula Melaka
200ml santan pekat
2 helai daun pandan
3 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masak air bersama labu sehingga labu sedikit empuk.
Masukkan gula melaka, gula, garam, daun pandan dan gaul sekata hingga gula larut.
Kecilkan api dan masukkan santan. Kacau supaya santan tidak pecah.
Kacau sehingga labu betul-betul empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Tambahkan biji sagu semasa memasak untuk lebih keenakan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis labu
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Rebus
Anggaran kos: RM9
Ads
BEBOLA KELAPA COKLAT
BAHAN-BAHAN:
50gm kacang walnut |bakar dan dihancur kasar
130gm mentega |cairkan
250gm gula bising
120gm kelapa parut kering
130gm susu pekat
300-400gm Coklat |untuk celup bebola kelapa
Coklat putih secukupnya untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Satukan mentega, kelapa kering, gula aising dan tuangkan susu pekat. Gaul hingga sebati.
Masukkan kacang walnut dan gaul hingga sekata.
Bahagikan kepada beberapa biji bebola dengan berat lebih kurang 13-15 gram setiap satu.
Masukkan beberapa minit ke dalam peti sejuk.
Sementara itu cairkan coklat dengan kaedah ‘double boiler’ ataupun menggunakan microwave.
Keluarkan bebola kelapa dan celupkan ke dalam coklat. Letakkan di atas loyang yang telah disapu sedikit minyak supaya bebola tidak melekat. Ulangi langkah hingga selesai.
Apabila coklat mulai mengeras. Cairkan coklat putih dan picit ke atas bebola.
Biarkan bebola seketika hingga coklat mengeras.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Bebola coklat kelapa sesuai dihidangkan sama ada dalam suhu bilik mahupun dihidangkan secara sejuk. Boleh dibalut dengan kertas pembalut coklat untuk memudahkan penyimpanan.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak kelapa dan manis coklat serasi
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : ‘Double Boiler’
Anggaran kos: RM15
Ads
KEK KEJU PISANG
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang berangan
225gm krim keju
150gm biskut marie |hancurkan
80gm mentega |cairkan
75gm gula aising
100gm yogurt
2 sudu teh esen vanila
2 biji telur
CARA MEMASAK:
Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan hingga sebati dan tekankan pada acuan mufin atau bekas kek berukuran 7 x 7.
Kemudian bakar sekejap dengan suhu 200⁰C selama 5-8 minit. Keluarkan dan letakkan di dalam peti sejuk sementara membuat lapisan kek. Ketepikan.
Pukul krim keju bersama gula aising hingga sebati dan masukkan pisang. Pukul sehingga pisang hancur.
Selepas itu masukkan yogurt bersama esen vanila hingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan kek ke atas lapisan biskut tadi. Dan bakar 30-35 minit dengan suhu 200
Keluarkan dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
Sesuai dihidangkan sejuk.
Info chef: Hidangkan dengan sedikit krim atau ais krim di atas kek.
Saiz hidangan: 3.5 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa lemak keju dan manis pisang
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM15
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Korang suka kacang Dhal, kalau suka ini min nak kongsi dua menu kuih yang diperbuat dari kacang Dhal yang disukai ramai, Vadai memang tak perlulah diperkenalkan kerana sangat ramai yang menyukainya. Sementara Puff Inti Kari Dhal Ayam juga sangat senang disediakan, sesuai ni dijadikan menu minum petang. Korang kena cuba.
PUFF INTI KARI DHAL AYAM BAHAN-BAHAN:
10 keping pastri puff segera
1/2 cawan kacang dhal | rebus dan tos air
200gm isi ayam | dadu kecil
1 biji bawang holand | potong dadu
3 ulas bawang putih | titik
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 biji kuning telur | kacau
Garam gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Keluarkan pastri puff, biarkan pada suhu bilik.
Sementara itu, panaskan minyak, tumis bawang holland hingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan daun kari.
Kacau rata, masukkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Tumis hingga garing, baru masukkan ayam, kacau rata.
Bila ayam kecut masukkan kacang dhal dan kentang yang telah direbus tadi.
Kacau rata atas api sederhana hingga inti kering. Tutup api.
Setelah inti sejuk, letakkan di atas pastri dan lipat bentuk tiga segi.
Kemaskan tepi pastri dengan garpu. Kemudian sapukan dengan kuning telur di atasanya.
Cucuk dengan garpu atas pastri sebelum dibakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180C, atau saiz ketuhar anda.
Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
KUIH VADAI BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
1/2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar | dadu halus
2 biji cili hijau | dadu halu
4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan rempah kari
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
Gaul rata dan sebati,
Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.
LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air (adunan tak cair & tak pekat sangat)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.
3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.
Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, garam halus dan tepung jagung. Ketepikan. 2. Untuk bahan A, kacau-kacau guna whisk atau senduk sampai sebati.
3. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit. Kacau rata. 4. Masukkan minyak masak. Kacau lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau rata.
5. Mix bahan B selama 20 minit dengan hight speed sampai jadi meringue. 6. Ambil 1 senduk meringue tadi masuk dalam adunan dan kaup balik. Buat seterusnya sampai habis. 7. Masukkan adunan dalam cup 3/4 atau hampir penuh. 8. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C selama 5 minit. Masukkan cup dan turunkan suhu 160 atau 170C.
9. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sampai permukaan perang. Boleh juga cucuk lidi untuk periksa sama ada sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih, tanda sudah masak.
1. Mix sampai kembang dan tambah sedikit perahan lemon kalau nak masam sikit. Boleh abaikan kalau tak suka. 2. Masukkan whipping/susu cair bagi filling leleh-leleh sikit. Pilihan tak nak letak pun boleh. 3. Mix sebati. Masukkan dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan cup cake.
BAHAN KRIM KASTARD:
1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar tepung kastad – beli online di sini 4 sudu besar gula 200ml susu segar 1 biji telur (saiz L) 1 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat. Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel, taburkan gula icing dan siap dihidang.
Resipi asal: Azlina Ina Dicuba oleh: Sha Roziah Al Yahya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: