Apam Kampung Guna 4 Bahan

Apam kampung ini hanya guna 4 bahan je. Tapi gerenti jadi. Bahkan rasanya sedap dan pasti dapat memenuhi cita rasa kita. Tak percaya? Kena cuba sendiri.

Macam-macam apam yang ada sekarang termasuklah yang telah diubahsuai mengikut zaman. Namun, apa yang simple, resipi orang dulu-dulu tetap jadi pujaan. Walau pun pembuatan dan bahannya simple tapi rasanya tetap sedap.

Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Nurliya Liya ini. Cukup mudah.

Apam Kampung Guna 4 Bahan

Bahan-Bahan:

1 cawan gula merah – boleh beli online di sini

2 cawan air

3 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1 peket mauripan – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Apam Kampung Guna 4 Bahan Gerenti Jadi

IKLAN

Masak gula merah dan air. Kemudian biarkan suam. Setelah itum tapis dan masukkan ke dalam tepung. Gaul sebati.

Setelah itu, masukkan mauripan. Gaul smpai licin dan tak bergentel. Boleh guna whisk @ blender. Kemudian perap selama I jam.

Apam Kampung Guna 4 Bahan Gerenti Jadi

Panaskan periuk kukusan. Sapukan loyang dengan minyak. Tuangkan adunan apam tadi ke dalam loyang. Tapi jangan kacau-kacau. Terus kukus selama 1/2 jam. Siap!

IKLAN

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Penyaram Gula Apong, Rasa Lemak Manis Buka Selera

Inti Sedap, Kulit Rangup. Kak Ros Kongsi Resipi Karipap Daging Paling Best

IKLAN

Enaknya Roti Jala Pandan Dan Kuah Durian, Sesuai Buat Minum Petang

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI