
Ketika menyediakan pai ini, doh dibahagian atas perlu dilubangkan sedikit bagi memastikan pai masak dengan sempurna.
BAHAN-BAHAN:
- 100gm cendawan butang perang | dihiris
- 100gm cendawan Portobello | dihiris
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 100ml krim masakan
- 1 kiub ayam
- 2 sudu makan tepung gandum
- Sedikit minyak untuk menumis
Kulit Pai:
- 150gm tepung gandum
- 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
- 125ml air sejuk
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau lalu masukkan cendawan yang sudah dihiris. Tumis sehingga sedikit layu.
- Masukkan kiub ayam dan kacau seketika lalu masukkan krim dan tepung gandum. Kacau sehingga pekat dan tutup api. Ketepikan seketika.
- Seterusnya, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal.
- Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sedikit dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Kepalkan doh dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan pai. Isikan dengan inti pai yang telah disejukkan tadi dan tutup permukaan pai dengan lebihan doh yang telah dilubangkan sedikit.
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 180C sehingga masak keemasan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Jenis Roti Lembut, Segar & Unik. Boleh Cuba Buat Sendiri!

Pasti ramai dalam kalangan anda yang gemar makan roti. Jadi, jika ada peluang pasti anda ingin mencuba membuatnya sendiri. Maklumlah, roti yang dibakar segar pasti lebih sedap dinikmati. Selain itu, kini anda boleh membuat pelbagai jenis roti yang unik yang mungkin tidak pernah anda bayangkan dapat membuatnya sendiri. Yang lebih penting, roti itu lebih menyihatkan. Cuba ya!
HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 20gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 120gm Serat gandum kasar
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
- Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
- Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
- Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 50gm Serat Gandum kasar
- 150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
- Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
- Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
- Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 250gm Air sejuk
- 30gm serbuk teh hijau
- 50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
- Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
- Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
- Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Setelah itu, kelim doh dengan cermat.
- Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
- 150gm Oat
- 100gm Madu
- Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
- Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 30gm Black Charcoal Powder
- 20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
- Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
- Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
- Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
- Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
- Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
- Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
- Keluarkan doh yang sudah kembang.
- Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Kredit resipi: Terima kasih Chef Sharizat, Golden Republic
Cara Mudah Buat Roti Nan Homemade Gebu Ala Kedai Mamak

Sedapnya Roti Nan ni. Selama ni ingatkan susah nak buat Roti Nan sedap macam dekat kedai tu. Rupanya mudah je. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian saudari Wanda Jasmi. Dijamin enak, mudah dibuat dan boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI NAN HOMEMADE SEDAP & MUDAH

BAHAN A:
1 cawan air suam
1 paket yis – beli online disini
3 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
2 sudu makan gula
BAHAN B:
3 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu makan marjerin (dicairkan) – beli online disini
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Rendam bahan A hingga kembang. Susu pekat manis tidak letak pun tak apa, boleh ganti dengan gandakan gula sahaja.
2. Bila sudah kembang, campurkan bersama bahan B.
3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
4. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga kembang 2 kali ganda.

5. Bila doh sudah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Uli selama 5 minit.
6. Bulatkan mengikut saiz roti yang kita nak dan biarkan mengembang seketika. Lepas tu canaikan.


7. Bakar roti tanpa minyak atas dapur. Siap dihidang bersama kuah kari.



Kredit resipi & foto: Wanda Jasmi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih. Sedap & Rangup Berlemak
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Jejari Rangup Parmesan, Sedap Makan Panas-Panas

Tak perlu ke kedai bakeri dah kerana anda boleh buat sendiri Jejari Rangup Parmesan ini di rumah. Memang puas hati bila makan tu kerana cukup segala rasa. Lebih-lebih lagi apabila ditambah keju dan dimakan panas-panas. Satu memang tak cukup! Sangat lembut, gebu dan enak.
Tentunya penggunaan Keju Perfect Italiano Parmesan membantu menaikkan rasa hidangan ini. Ia merupakan keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Keju yang wajib ada dalam peti sejuk rumah anda. Wajib cuba dan gerenti menjadi.
JEJARI RANGUP PARMESAN

BAHAN-BAHAN:
- 250gram tepung gandum
- 150ml air suam
- 200gram Keju Perfect Italiano Parmesan Grated
- 7gram yis kering
- ½ sudu makan minyak zaitun
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Tuang yis kering dan gula ke dalam 50ml air suam dan biarkan kembang (berbuih) selama 3-5 minit.
- Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk pengadun. Tuang minyak zaitun dan campuran yis tadi lalu uli perlahan. Perlahan-lahan tuang lebihan air suam tadi lalu teruskan menguli untuk beberapa minit.
- Masukkan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke dalam mangkuk pengadun lalu uli lagi hingga jadi doh yang tak melekat di mesin pengadun.
- Keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama 10 minit atau hingga agak kembang.
- Keluarkan doh lalu canaikan di atas papan pencanai yang telah ditabur tepung. Canai dengan ketebalan yang diingini lalu potong memanjang seperti jejari.
- Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah diletakkan parchment paper lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 8-10 minit atau hingga keperang-perangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan tabur lebihan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke atas jejari rangup tadi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

