Sejarah tercipta apabila buku Coffee Mate – Sempurnakan Kopiku, karya Chef Selebriti Suwarsi M. Arukin dan pakar kopi Faizal Azzuri Shukri dirasmikan di Albatross Coffee, Putrajaya.
Majlis ringkas yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani, Pengerusi Universiti Kuala Lumpur meriah dengan kehadiran tetamu jemputan. Dalam ucapan beliau, diharap agar buku ini menjadi pencetus kepada anak-anak muda untuk mengembangkan sayap perniagaan, khususnya berasaskan kopi.
Buku Coffee Mate yang ditulis oleh dua orang penulis berbeza bidang ini boleh ditafsirkan sebagai buku yang lain daripada buku-buku resipi di pasaran. Buku ini mengandungi pelbagai resipi makanan dan minuman daripada bahan utamanya ialah kopi.
Ads
Antara resipi menarik ialah nasi lemak kopi, kepak ayam sos kopi, daging panggang salutan kopi, teknik seduhan kopi pelbagai metodologi dan banyak lagi yang pastinya membangkitkan selera. Lebih menariknya, pembaca disajikan dengan cerpen, kisah hidup dua insan penggemar kopi dalam situasi yang berbeza dan info berkaitan kopi untuk dikongsikan bersama. Malah, pembaca akan dibawa untuk mengetahui mesin atau peralatan penyediaan kopi dan bagaimana terhasilnya kopi yang dibancuh oleh seorang barista. Inilah kelainan yang ditonjolkan oleh Suwarsi M.Arukin dan Faizal Azzuri Shukri.
Sesuai dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, buku ini boleh dijadikan rujukan dalam penyediaan juadah berbuka puasa dan sajian enak pada Hari Raya Adilfitri nanti.
Ads
Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan busking daripada kumpulan Mellocinta dan demo teknik pour over V60 yang menggunakan biji kopi daripada Acheh Gayo ditaja oleh Aksara Gayo. Teknik seduhan ini dilakukan oleh Saudara Abdul Razak.
Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang menyaksikan pelantikan EML sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Melayu.
Nu Ideaktiv yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Syamil Fahim Mohamed Fahim, manakala EML diwakili Pengarah Urusannya, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir.
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan
Menurut Syamil Fahim, kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi.
“Agensi media ini berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana, banyak kerjasama yang telah dijalinkan dengan jenama terkenal dalam perniagaan PKS.
“Melihat kepakaran EML dalam segmen industri pengiklanan dan pengetahuan mereka terhadap strategi pemasaran PKS, ini satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv berkolaborasi untuk menguasai segmen pengiklanan media PKS,” katanya.
Antara kerjasama awal adalah penerbitan rancangan televisyen, perjalanan keibubapaan pengasas syarikat produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd, Eriyca Baiduri Abd Rashid menerusi PA&MA: Diari Madammu.
Selain itu, rancangan Impinan Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi Ella Furniture yang mana kedua-duanya bakal bersiaran di Astro awal tahun hadapan.
Sementara itu, Pengarah Urusan EML, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir berkata, pihaknya akan merlihat kelebihan dan cabaran yang ada untuk bantu melonjakkan jenama dan pasaran PKS.
“NU Ideaktiv mempunyai idea yang hebat, tetapi dari segi PKS pula, mereka memerlukan pendekatan atau pengiklanan dengan cara yang berbeza kerana perniagaan dalam dunia maya ketika ini sangat kompetitif,” tambahnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menerusi laman Instagram TasteAtlas, hidangan popular di Malaysia itu telah dinobatkan sebagai roti terbaik mengalahkan sajian-sajian lain yang popular di serata negara. Sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan Roti Canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Mengikut carta yang dikongsikan juga, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan Roti Naan, tetapi juga Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
Malah tahun lalu, Roti Canai juga dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. Wow… Tak sangka kan? Satu dunia mengiktirap sajian kegemaran ramai ini. Memang patut kita banggakan!
Jom cuba buat Roti Canai sendiri bersama kuahnya sekali.
Festival Budaya Malaysia (FBM) 2025 yang berlangsungselama lima hari di Taman TasikTitiwangsa, Kuala Lumpur telahmelabuhkantirainyadenganpenuhgemilang. Antara acara yang paling mencuritumpuansepanjang festival berlangsungadalah RASA Layan Curry Fiesta anjuranMajalah RASA, Nu IdeaktivSdnBhddengankerjasamaJabatanWarisan Negara dan Kenduri Kari Malaysia 68 dibawakankhas oleh TUMIX®.
Kenduri Kari Malaysia 68 adalah acara yang menjadisimbolikkepadasambutan 68 tahunkemerdekaan negara. Mengangkattemakendurikariterbaik dan rare in town, acara inimenampilkan 12 jenissajiankariikonikdariseluruh Malaysia yang dimasak oleh chef-chef hebatdari Royale Chulan Hotels and Resorts, Shah Alam Convention Centre (SACC), Tamu Hotel & Suites dan Zai Sri Gemilang Catering.
Royale Chulan Hotels & Resorts menampilkantigasajianistimewamenggunakan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan TUMIX® Perencah Pati Ikan Bilis, iaitu Kari DagingUmbut Pisang (Royale Chulan Kuala Lumpur), Kari DagingTanpaSantan (Royale Chulan Damansara) sertaGulai Pisang Muda & Ikan MasinTumisDarat (Royale Chulan Seremban).
Shah Alam Convention Centre (SACC) pula menghidangkan Kari Pisang Muda (kariwarisan), Mee Kari Nyonya dan Kuih Cara Berlauk Kari Daging.
Zai Sri Gemilang Catering menyajikanpilihan Kari Kepala Ikan (kariwarisan), Kari ParpuDagingTetelsertaAyam Goreng Berempah.
ManakalaTamu Hotel & Suites Kuala Lumpur membawakelainandenganmenyajikan Kari AyamKapitan (kariwarisan), Kari TujuhLautan (signature dish Tamu) dan Dalca Kari Sayur.
Antara yang mencuriperhatianialahhidangan Kari DagingUmbut Pisang, yang telahdigazetkansebagai Kari WarisanKebangsaan dan dimasaksecara live oleh Chef Hasmadydari Royale Chulan Kuala Lumpur menggunakan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
Sepanjang acara berlangsung, sebanyak 2,400 pekkaripelbagai rasa diagihkansecarapercumakepada para pengunjung. Dari awalpagilagikhemahagihankarinidiserbupengunjung yang terujauntukmenikmatijuadahkariwarisan negara.
Pada sebelahpetang, khemahKenduri Kari Malaysia 68 turutmenerimakunjunganistimewadaripada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia, YB Dato Sri Tiong King Sing. Kehadiranbeliaudiiringi oleh Encik LokmanAffandy, TimbalanKetuaPegawaiEksekutif Nu Ideaktiv, Cik Ng Yee Boon, KetuaBahagianPemasaran AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD serta Dr. EyoLeng Yan, PengarahBahagianWarisanTidakKetara, JabatanWarisan Negara.
Kunjunganinimerupakansatupenghormatanbesar buat pihakpenganjur. Lebihistimewa, majlis turutmenyaksikan YB Menteri turunpadangmengacau dan menyendukkaridariperiukuntukdiagihkansendirikepada para pengunjungdimanaiasebagaisimboliksemangatkebersamaan yang menjaditunjangutama acara ini.
Selainkemeriahan di Kenduri Kari Malaysia 68, para pengunjungturutberpeluangmenikmatipelbagaiaktivitimenarik di booth AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD sepanjang festival berlangsung. Antaranyaialah food sampling yang menawarkansajian-sajianenak yang dimasakpanasseperti Kari AyamTanpaSantan yang dimasakmenggunakan TUMIX®, Nasi Goreng Kampung dan Sup Tomyam yang dimasakmenggunakanperencahdari SERI-AJI®.
Selainitu, terdapat juga kemudahanstesen air percuma yang menyediakan Limeade menyegarkan buat semuapengunjung. Limeade inidibancuhmenggunakan “AJINOMOTO” Lime Seasoning Powder, iaituprodukterbarudari AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD.
Malahada juga jualanistimewa MERDEKA BUNDLE SET yang didatangkanbersamahadiaheksklusif Merdeka Plate yang diberikansecarapercuma.
Secarakeseluruhan, Festival Budaya Malaysia 2025 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghimpunkan 93 aktivitiseni, budaya dan warisanberjayamenarikkehadiranseramai 309,646 pengunjungsekaligusmembuktikansokonganpadumasyarakatterhadapusahapemeliharaanbudaya negara.
Festival ini juga mencatattigarekod Malaysia Book of Records dan penyertaanantarabangsa yang membanggakandenganpenglibatan negara-negara ASEAN sertaJepun, Korea, Afghanistan, Somalia, Sri Lanka dan India dalampelbagai acara bertarafantarabangsa. Dari sudutekonomi, lebih 299 peniagatempatanmendapatpeluangmenjanapendapatandengannilaiperbelanjaanpengunjungdianggarkanmencecah RM23 jutasepanjang festival.
RASA Layan Curry Fiesta bersamaKenduri Kari Malaysia 68 jelasmenjadiantara acara kemuncak festival kali ini. Kerjasama eratantaraMajalah RASA, NU Ideaktiv, JabatanWarisan Negara dan TUMIX®telahmembawakanpengalamankulinari yang bukansahajamengenyangkan, malahmembangkitkan rasa banggaterhadapwarisangastronomi negara.
Terimakasihkepada TUMIX® kerana menjadipenaja dan menjayakan acara ini. Semogakerjasamainiakanberterusan pada tahun-tahunmendatang, demi meraikan dan mengangkatmartabatmasakanwarisan Malaysia keperingkatlebihtinggi.
Takberkesempatannakberkunjungke booth Kenduri Kari Malaysia 68 dan rasa keenakankari yang chef masak? Takmengapa. Masak je sendirigunaresipi di bawahni. Selamatmencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!