Dapat menikmati burger yang enak memang puas hati. Tambah pula bila ia dimasak dari air tangan sendiri. Anak-anak pun gerenti suka dengan menu ni. Boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Beli ayam bahagian dada untuk buat burger ni. Memang sedap cicah dengan fries dan masukkan sikit dalam burger.

Buat Burger Enak Guna Dada Ayam Memang Puas hati Makan

Buat Burger Enak Guna Dada Ayam Memang Puas hati Makan

Roti
Bahan-bahan:
500gm tepung roti
70gm gula kastor
1 sudu besar yis kering
1 biji kuning telur
1 sudu teh garam
50gm majerin/butter
10gm pelembut roti
280-300gm air sejuk

Cara membuat:
1.Semua bahan masuk dalam bread maker kecuali garam, masuk selepas 5 minit uli dalam bread maker. Doh burger 75-8-gm, saiz 4 inci.
2.Bakar pada suhu 170 darjah dalam masa 20 minit (bergantung pada oven masing-masing)

Buat Burger Enak Guna Dada Ayam Memang Puas hati Makan

HONEY MUSTARD
Bahan-bahan:
½ cawan mayonis
3 sudu mustard
1 sudu lemon / cuka
¼ sudu black pepper
2 sudu madu
*pukul hingga sebati

IKLAN

Buat Burger Enak Guna Dada Ayam Memang Puas hati Makan

AYAM GORENG
300gm tepung Bestari
3 sudu tepung jagung
3 sudu tepung beras
3 sudu tepung ubi

Cara membuat:
1.Perap ayam dengan telur dan tepung bestari.
2.Perap selama ½ jam atau lebih.
3.Nak goreng baru salut tepung kering.
4.Goreng minyak banyak.
Kredit: Nor Asiah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI