Musim durian datang lagi! Tak lengkap rasanya kalau tak buat sesuatu yang special dengan raja buah ni. Nah, kami kongsikan resipi No Bake Durian Cheesecake yang bukan saja mudah tapi juga tak perlukan oven langsung. Rasa lemak manis durian dengan keju yang memang padu! Sesuai sangat untuk dessert musim panas atau hidangan istimewa untuk tetamu.
NO BAKE DURIAN CHEESECAKE
Bahan-bahan:
75g Anchor Mentega Unsalted
140gm biskut
500gm Cream Cheese
1 cawan / 260gm isi durian | durian kahwin
¾ cawan / 150gm gula kastor
2 sudu besar susu pekat
150ml Anchor Whipping Cream
Cara Memasak:
Mula-mula asingkan biji dan isi. Kalau boleh jangan guna tangan untuk elak kek cepat basi.
Kisar halus biskut dan cairkan mentega. Kemudian, masukkan mentega yang telah dicairkan ke dalam biskut. Gaul rata.
Sapukan mentega pada acuan dan lapik menggunakan kertas baking.
Tuang masuk adunan biskut dan ratakan. Boleh tekan menggunakan sudu. Sejukkan di dalam peti sejuk sementara kita buat adunan durian cheese cake.
Masukkan cream cheese, isi durian, gula kastor dan susu pekat ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
Di dalam mangkuk, masukkan whipping cream dan pukul hingga kental. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang tadi dan ratakan permukaan kek.
Tutup dengan plastik wrap dan simpan dalam chiller semalaman.
Boleh potong kek keesokan harinya.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sangat mudah, tak perlu mixer, tak perlu oven. Cukup lemak dan tak manis sangat rasanya. Siapa2 yg ada masih ada stok kurma bulan puasa aritu punya boleh la cuba buat resipi ni. Boleh jadi salah 1 menu raya pulak. Resipi asal saya google je. Tapi saya olah dan buat ikut cara saya. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya!
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Ayak bahan ** dan ketepikan.
2. Panaskan gula putih, gula perang dan air sehingga gula cair dan keperangan. Masukkan seketul butter dan garam. Kacau hingga semua cair sepenuhnya kemudian masukkan kurma. Kacau sebati. Biarkan didih seketika (hingga naik bau karamel),kemudian tutup api.
3. Sementara itu, bolehlah panaskan pengukus.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan gula tadi (masih panas suam) sedikit demi sedikit sambil kaup balik.
5. Dalam bekas lain, pukul telur dan masukkan esen vanila. Tuang kedalam adunan tadi. Kaup balik lagi sehingga semua sebati. Jgn putar atau pukul dgn kuat. Cukup sekadar adunan sebati.
6. Tuang dalam loyang/bekas acuan yg dah digris dengan butter.
7. Pastikan air pengukus dah mendidih, barulah masuk dlm pengukus. Kukus selama sejam (api besar) atau hingga masak. Jgn kerap buka penutup kukus utk elak air jatuh atas kek. Buka selepas 1 jam. Kek pun akan naik elok dan cukup masak.
Lotus Biscoff Cheesecake ni antara resipi yang viral semasa musim PKP ni. Menurut perkongsian dari saudari Anissa Mardhiah, resipi ni sangat mudah disediakan tetapi rasanya amat sedap. Wow..menarik kan? Jom cuba. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai sangat ni dijadikan sajian istimewa untuk keluarga.
1. Untuk menyediakan lapisan asas (base), hancurkan biskut Lotus Biscoff hingga separa halus. Caranya ialah dengan masukkan biskut ke dalam plastik dan ketuk guna lesung batu hingga hancur. 2. Masukkan biskut ke dalam mangkuk dan ketepikan. 3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan biskut hancur tadi. Gaul rata. 4. Masukkan biskut yang dicampur mentega tadi ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapik dengan parchment paper. Tekan dan padatkan. 5. Simpan dalam peti sejuk dan buat pula filling krim keju.
Untuk membuat Filling Krim Keju: 1. Pukul krim keju menggunakan pengadun hingga kembang. 2. Masukkan esen vanilla, gula ising dan biscoff spread. Adun lagi hingga sebati. Ketepikan. 3. Dalam mangkuk berasingan, pukul whipping cream hingga kembang. ( whipping cream kena sejuk kalau tidak ia tidak akan kembang). 4. Satukan krim keju dan whipping cream. Kaup balikkan guna spatula perlahan-lahan hingga sebati. 5. Bila sudah sebati, tuang ke dalam loyang berisi bahan base yang telah disejukan tadi. Ratakan. 6. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum mebuat topping.
Untuk membuat Topping: 1. Selepas krim keju disejukkan selama 3-4 jam, cairkan Lotus Biscoff Spread menggunakan api kecil hingga cair. Kemudian sejukkan sedikit. 2. Tuang Biscoff Spread cair tadi ke atas krim keju hingga rata. 3. Masukkan semua kek keju di dalam peti sejuk selama 1-2 jam. 4. Bila kek keju sudah pejal sepenuhnya, tabur biskut yang dihancurkan mengikut kreativiti masing-masing. 5. Sedia untuk dinikmati.
Anda tengah nak cari ketuhar, pengadun dan pelbagai barangan kelengkapan rumah tapi tak jumpa yang berkenan? RASA kongsikan seleksi barangan yang boleh anda miliki dengan HARGA MAMPU MILIK. Sangat berbaloi.
Tidak semesti nak makan biskut coklat kena tunggu hari raya. Bila dah suka bila-bila masa boleh membuatnya. Kalau dengan biskut coklat ni, sebalang boleh hadap. Tambah pula kalau ada campuran badam, oat, kismis dan sebagainya.Biskut coklat sering jadi tarikan terutama kanak-kanak kerana rasanya yang tidak menjemukan. Jadi kalau kalau buat sebalang memanglah tidak mencukupi. Berikut beberapa resipi biskut berasaskan coklat yang boleh dicuba.
Double Choc Chip Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
125g mentega, suhu bilik
1 cawan gula halus
1 biji telur, dikacau sedikit
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar serbuk koko
½ cawan cip coklat
1/3 cawan badam, dihiris
Cara- cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula selama 2 hingga 3 minit sehingga kembang. Tambah telur dan gaul.
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik dan serbuk koko. Gaulkan bersama adunan.
4. Masukkan cip coklat dan badam kemudian gaul menggunakan spatula.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar selama 15 sehingga 20 minit. Biarkan sejuk di atas dulang kemudian pindahkan di atas rak penyejuk.
Brownie Cookies
Bilangan biskut: 48 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 ½ cawan tepung gandum
¾ cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula perang
150g mentega, suhu bilik
150g coklat gelap, dipotong kecil
3 biji telur, dikacau sedikit
1 cawan cip coklat gelap
1/3 cawan kacang walnut
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Ayak tepung dan serbuk koko di dalam mangkuk besar dan masukkan gula. Kemudian, buatkan lobang di tengah.
3. Cairkan mentega dan coklat menggunakan teknik ‘double boil’.
4. Masukkan campuran mentega dan coklat di dalam mangkuk adunan bersama telur. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan cip coklat dan kacang walnut. Gaulkan adunan.
6. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar yang dialas kertas parchmen. Ratakan adunan setebal 1cm dan bakar selama 15 sehingga 20minit.
7. Biarkan adunan sejuk sebentar dan potong memanjang. Pindahkan ke rak pemyejuk
8. Simpan dalam bekas kedap udara.
Crispy Chocolate Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan-bahan:
2 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 cawan mentega, suhu bilik
1 ¼ cawan gula halus
¼ cawan gula perang
1 ½ sudu kecil ekstrak vanilla
1 telur
2 cawan cip coklat
Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan ekstrak vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung, soda bikarbonat dan garam.
5. Masukkan cip coklat ke dalam adunan dan kacau menggunakan spatula. Sudukan adunan di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchmen.
6. Leperkan biskut menggunakan gelas. Sekiranya biskut lekat di gelas, basahkan sedikit tapak gelas.
7. Bakar adunan selama 9 hingga 11 minit sehingga keperangan.
8. Sejukkan biskut di rak penyejuk.
Oats Cranberry Chocolate Chip
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 ½ cawan oat segera
½ cawan tepung gandum
½ cawan kranberi
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil garam
6 sudu besar mentega, suhu bilik
½ cawan gula perang
¼ cawan gula halus
1 biji telur, gred A
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1/3 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Campurkan oat, tepung, kranberi, soda bikarbonat dan garam di dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan vanilla.
4. Masukkan tepung dan gaul menggunakan spatula. Tambah cip coklat dan gaul.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang di alas kertas parchmen. Bakar selama 8 hingga 10 minit.
Peanut Butter Oats Chocolate Chip Cookies
Bilangan biskut: 60 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1/3 cawan gula halus
1/3 cawan gula perang
115g mentega
1 biji telur, gred A
½ cawan mentega kacang
2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ sudu kecil garam
250g oat masak
1 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160C.
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul.
3. Masukkan mentega kacang, ekstrak vanilla, soda bikarbonat dan garam.
4. Masukkan oat dan cip colat. Gaul menggunakan spatula.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Jarakkan 3cm antara adunan. Bakar selama 10 hingga 15 minit.
Brown Butter Chocolate Chip Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
1 cawan mentega
1 ½ cawan gula perang
1 biji telur, gred A
1 telur kuning, gred A
1 sudu kecil ekstrak vanilla
2 ¼ tepung serbaguna
1 sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil garam
1 cawan cip coklat
Cara – cara:
1. Cairkn mentega dalam suhu sederhana sehingga berwarna keperangan. Kacau selalu.
2. Masukkan gula ke dalam mentega cair tadi. Biarkan sejuk sehingga boleh disentuh dengan jari.
3. Masukkan telur, telur kuning dan ekstrak vanilla. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan cip coklat dan gaul.
5. Tutup dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
7. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan biarkan sebentar.
8. Sudukan adunan di atas dulang pembakar yang dilapik kertas parchmen. Jarakkan 2inci antara adunan.
9. Bakar selama 6 hingga 11 minit, sehingga keperangan. Biarkan sejuk selama 5 minit, kemudian pindahkan ke rak penyejuk.
Chocolate Peanut Butter Cookies
Bilangan biskut: 50 biji
Masa penyediaan: 1jam 20 minit
Jenis hidangan: pencuci mulut
Bahan – bahan:
Lapisan Mentega kacang
1 ½ sudu besar mentega, suhu bilik
125g mentega kacang, suhu bilik
¾ cawan gula aising
Biskut Coklat
½ cawan mentega, suhu bilik
½ cawan gula perang
¼ cawan gula halus
1 sudu kecil ekstrak vanilla
1 biji telur, gred A
1 ¼ cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
½ sudu kecil soda bikarbonat
2/3 cawan coklat gelap, dihiris
Cara – cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Pukul mentega, mentega kacang dan gula aising sehingga kembang.
3. Pindahkan campuran mentega kacang tadi di atas pinggan kecil dan leperkan secara rata menggunakan tangan. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
4. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan vanilla ekstrak dan telur. Pukul selama seminit.
5. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat. Masukkan ke dalam adunan mentega dan gula tadi. Gaul sehingga sebati.
6. Tambahkan ketulan coklat ke dalam adunan dan gaul.
7. Keluarkan campuran mentega kacang dari peti sejuk dan potong adunan tersebut berbentuk 1cm empat segi sama.
8. Sudukan adunan biskut tadi dan campurkan 2 atau 3 ketulan campuran mentega kacang. Bulatkan adunan tersebut dan letak di atas dulang yg dilapik kertas parchmen. Ulang sehingga habis adunan.
9. Bakar selama 12 minit.
Resipi : Nur Jannatun Naim, Nur Kauthar, Nur Raudhah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!