Kalau sebut nasi goreng, pasti terlintas aroma bawang putih goreng, telur dan nasi yang berderai. Tapi bila ditambah elemen masam pedas tomyam, rasa terus naik satu tahap! Nasi Goreng Tomyam bukan sekadar nasi goreng biasa, ia adalah gabungan rasa Thailand yang masam pedas wangi dengan gaya masakan Melayu yang buat orang tak cukup satu pinggan.
Menu ini memang pilihan ramai, terutamanya bila nak makan ringkas tetapi rasa seperti makan di kedai. Walaupun nampak mewah dari segi rasa, resipi ini sebenarnya sangat mudah dibuat di rumah dengan bahan dapur yang biasa.
NASI GORENG TOMYAM
Bahan-Bahan (Untuk 4–5 Orang):
6 cawan nasi putih sejuk (nasi semalam lebih elok)
3 ulas bawang putih – dicincang halus
3 biji telur – dipukul ringan
300gm dada ayam – dipotong kiub kecil
3 batang serai – dihiris nipis
3–5 biji cili api merah – ikut tahap kepedasan
½ biji bawang holland – dihiris
6 helai daun limau purut – dibelah dua
2 genggam sawi – dibasuh dan ditos
½ sudu kecil gula
Serbuk perasa secukupnya
4 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil sos ikan
1 paket pes tomyam
Cara Memasak:
1. Goreng Ayam & Bawang Putih
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng hingga separuh masak serta mula keperangan. Masukkan bawang putih cincang dan tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan Telur
Tuangkan telur dan kacau seperti scramble egg. Telur ini akan menambah tekstur dan menjadikan nasi goreng lebih berasa.
3. Tambah Sayuran & Rempah
Masukkan bawang holland, cili api, serai dan daun limau purut. Gaul hingga bahan menjadi wangi dan cili sedikit layu.
4. Masukkan Nasi & Sawi
Masukkan nasi putih sejuk dan gaul supaya nasi berderai. Masukkan sawi dan kacau rata.
Ads
5. Perasakan
Masukkan gula, serbuk perasa, sos tiram, sos ikan dan pes tomyam. Gaul hingga nasi berubah warna kemerahan dan semua perisa sebati.
6. Siap & Hidang
Hidangkan panas-panas bersama telur mata atau sambal belacan untuk rasa pedas berganda.
Hidangan ini membawa gabungan rasa masam, pedas, manis dan umami dalam satu pinggan. Aroma serai, daun limau purut dan cili api menjadikan setiap suapan benar-benar padu dan berlapis rasa.
Ads
Tomyam terkenal sebagai sup Thailand yang kaya rempah dan perisa. Apabila digabungkan dalam nasi goreng, rasa tersebut kekal tetapi lebih padat dan mengenyangkan.
Petua Supaya Nasi Goreng Lebih Sedap & Berderai
Gunakan nasi sejuk semalam untuk elakkan nasi lembik.
Masukkan serai dan daun limau purut di pertengahan tumisan supaya aroma tidak hilang.
Jika guna pes tomyam banyak, tambah sedikit air untuk bantu perisa meresap.
Sentiasa rasa sebelum tambah garam kerana tomyam sudah masin.
Hidang bersama telur mata atau sambal belacan untuk rasa lebih ‘kick’.
Siapa Patut Cuba Resipi Ini?
Resipi ini sesuai untuk semua, daripada yang baru belajar memasak hinggalah yang sudah biasa di dapur. Tak perlu teknik rumit atau bahan pelik, hasilnya tetap sedap dan memuaskan.
Kesimpulan
Jika anda bosan dengan nasi goreng biasa, inilah masanya mencuba Nasi Goreng Tomyam Ayam yang padu, wangi dan penuh rasa. Sesuai untuk makan malam cepat atau sajian istimewa bila tetamu datang. Ikuti petua yang dikongsi untuk hasil yang lebih mantap!
Ads
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kurang idea dan masa untuk sediakan bekal anak ke sekolah? Usah bimbang kerana anda boleh sajikan menu ringkas tetapi berkhasiat. Nak masak pun senang sangat. Jom lihat selesi menu yang boleh dihasilkan.
1. AYAM GORENG SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAYUR CAMPUR:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK: 1. Untuk ayam goreng, gaulkan ayam dengan semua bahan sos dan serbuk perasa ayam. 2. Kemudian taburkan tepung gandum dan garam secukup rasa. 3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing, angkat dan ketepikan. 4. Seterusnya, panaskan air, setelah mendidih tambahkan serbuk perasa ayam dan sedikit garam jika perlu. 5. Celur semua sayur lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan toskan. 6. Masukkan setelah sejuk masukan sayur dalam bekas bekal bersama ayam goreng dan nasi. 7. Sebagai tambahan boleh masukkan sos pencicah sekali sebelum siap dibawa sebagai bekal oleh anak-anak.
INFO CHEF: Anda boleh perap ayam sebelah malam, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk, ia menjimatkan masa.
2. BEBOLA NASI & AYAM TARIYAKI
BAHAN BEBOLA NASI:
BAHAN AYAM TARIYAKI:
BAHAN TAMBAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan bebola nasi, sosej dan semua bahan hirisan. 2. Perasakan dengan minyak bijan. 3. Gaul rata dan kepalkan seperti bebola (lebih kurang sebesar bola pingpong). Ketepikan. 4. Seterusnya sediakan ayam Teriyaki, Gaulkan ayam kicap cair dan halia, Perap sekejap. 5. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan. 6. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis. 7. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. 8. Setelah wangi masukkan sos cili, serbuk cili, cuka, gula perang dan sedikit air. 9. Biarkan sos mereneh atas api sederhana lebih kurang dua minit. 10. Masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan minyak bijan dan sedikit garam. 11. Setelah siap bolehlah sediakan bekal. 12. Masukkan nasi, ayam, sedikit salad dan jagung jika suka.
INFO CHEF: Bebola nasi boleh sediakan awal, kemudian warap kemas dan simpan dalam peti sejuk. Bila bangun pagi anda hanya perlu kukus seketika. Ayam juga boleh perap malam.
3. TORTILLA GULUNG BERTELUR & BEBOLA DAGING LADA HITAM
BAHAN TORTILA GULUNG:
BEBOLA DAGING LADA HITAM:
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan tortilla gulung, panaskan kuali non-stick. 2. Panaskan tortilla seketika dan ketepikan. 3. Menggunakan kuali yang sama, pecahkan telur di dalamnya. 4. Kacau dan jadikan telur hancur. Angkata dan masukkan dalam mangkuk. 5. Campurkan mayones bersama serbuk lada hitam dan sedikit garam. 6. Gaul rata dan ketepikan. 7. Untuk menyediakan bebola daging. Panaskan mentega dalam kuali, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan. 8. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih dan merah hingga wangi, kemudian masukkan semua bahan sos dan air. 9. Kacau rata hingga kuah pekat, perasa dengan sedikit garam. 10. Akhir sekali, masukkan bebola daging dan serbuk lada hitam. 11. Gaul rata kemudian tutup api. 12. Susun tortilla gulung dalam bekas bekal diikuti dengan bebola daging serta bahan sampingan seperti jagung rebus, salad dan tomato. 13. Siap untuk bekal.
INFO CHEF: Anda boleh tukar inti telur dengan tuna mayones jika suka.
4. NASI GORENG TELUR & SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, dalam kuali, pecahkan telur di dalamnya, kemudian kacau hingga menjadi hancur. 2. Masukkan nasi, sos tiram, kacau rata. 3. Tambahkan di dalamnya jagung dan tomato, gaul lagi. 4. Perasakan dengan garam secukupnya. 5. Setelah masak, tutup api dan masukkan nasi dalam bekas bekal. 6. Kemudian masukkan salad, sosej dan tuangkan sedikit sos di dalam sosej. 7. Tambah dengan buang anggur dan buah ceri. 8. Bekal siap.
INFO CHEF: Anda boleh juga hidangkan nasi goreng ini dengan nugget atau filet ikan.
5. MAKARONI BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. 2. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna. 3. Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili, 4. Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Tutup api. 7. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. 8. Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil. 9. Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano. 10. Bakar lebih kurang 15 minit. 11. Setelah siap, hidangkan bersama Epal, salad dan tomato ceri. 12. Bekal siap.
INFO CHEF: Jika ada makaroni lebih untuk makan malam, jangan buang kerana anda boleh gunakannya untuk sediakan menu ini. Ia tidak membazir.
6. MINI PAU INTI DAGING
BAHAN DOH PAU:
UNTUK INTI:
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan doh. Bancuh serbuk yis dengan air susu, kacau rata dan biarkan ia kembang lebih kurang 10 minit 2. Sementara itu, gaulkan tepung bersama garam halus dan minyak dalam mangkuk adunan. 3. Tuangkan bancuhan yis dalam mangkuk adunan, gaul rata. 4. Tambahkan air sedikit demi sedikit, sambil adun hingga kelembutan doh yang anda inginkan. 5. Bulat-bulatkan doh kemudian susun dalam dulang dan rehatkan seketika. 6. Sambil menunggu doh kembang, sediakan inti. 7. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. 8. Masukkan sos cili, kacau rata hingga pecah minyak. 9. Kemudian masukkan daging kisar, kacau rata dan tambahkan air asam Jawa. 10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 11. Kecilkan api, terus kacau hingga kering dan pecah minyak. 12. Tutup api dan tapis minyak tumisan daging kisar. 13. Setelah sejuk, leperkan doh kemudian masukkan inti dan bulatkan semula.Lakukan hingga selesai. 14. Panaskan pengukus, kukus pau lebih kurang 15 minit. 15. Pau boleh dipadankan dengan buah pisang, anggur dan tomato ceri sebagai bekal.
INFO CHEF: Pau boleh dibuat awal, misalnya sebelah malam atau hujung minggu. Kemudian frozenkan, kukus semula bila perlu dibawa sebagai bekal.
7. CUCUR NASI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan. 2. Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya. 3. Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai. 4. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. 5. Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.
INFO CHEF: Anda boleh gunakan lebihan nasi untuk sediaka cucur dan boleh dibancuh awal, kemudian masuk dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk. Goreng keesokan hari.
8. MUFFIN PASTA TELUR
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. 2. Tambahkan susu cair, garam, serbuk perasa ayam dan lada sulah, terus kacau lagi. 3. Kemudian masukkan pula hirisan cili Benggala dan daun bawang. Kacau seketika dan ketepikan. 4. Oleskan mangkuk aluminium foil dengan sedikit minyak, kemudian masukkan pasta di dalamnya (isi separuh sahaja). 5. Kemudian tuangkan bancuhan telur di dalam sehingga meliputi pasta. 6. Panaskan pengukus, kukus mufin lebih kurang 15-20 minit. 7. Setelah siap boleh dimasukkan dalam bekas bekal bersama kentang goreng dan buah Epal sebagai bekal ke sekolah.
INFO CHEF: Mufin ini boleh disediakan sebelah malam, pagi, anda hanya perlu goreng kentang sahaja.
9. ROTI PRATA & AYAM TANDURI SOS PUDINA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS PUDINA:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan rempah ratus di dalam mangkuk. 2.Kemudian perahkan jus lemon di dalamnya, diikuti dengan yogurt, sos tiram, garam dan pewarna merah. Kacau rata. 3.Gaulkam bahan perapan ini pada paha ayam, perapkan 15 minit. 4.Sediakan pemanggang, panggang ayam hingga masak. 5.Setelah masak bolehlah potong kecil untuk dimasukkan dalam bekas bekal. 6.Seterusnya panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak dan panaskan roti prata. Angkat dan ketepikan. 7.Kemudian sediakan pula sos campurkan semua bahan dalam pengisar, kemudian kisar. 8.Akhir sekali, masukkan roti prata dalam bekas bekal bersama Ayam Tanduri dan sos pudina. Boleh juga tambah buah pisang dan anggur. 9.Bekas siap untuk di bawa ke sekolah.
INFO CHEF: Sebenarnya Ayam Tandori perlu diperap sekurang-kurangnya lima jam sebelum dibakar. Oleh itu anda disarankan perap ayam sebelah malam, kemudian simpan dalam peti sejuk, bangun pagi terus bakar.
10. KOKTEL SOSEJ LADA HITAM & TELUR HANCUR
BAHAN KOKTEL LADA HITAM:
BAHAN TELUR HANCUR:
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng sosej seketik, angkat dan toskan minyak. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, tumiskan bawang putih hingga kekuningan. 3. Masukkan sos tiram dan sos lada hitam, kacau rata. 4. Tambahkan sedikit air, kacau dan masukkan koktel. 5. Perasakan dengan sedikit garam dan taburkan serbuk lada hitam. 6. Gaul rata, tutup api. 7. Untuk menyediakan telur hancur, pecahkan telur dalam mangkuk. 8. Tambahkan susu, tomato, garam dan lada sulah. Kacau sebati. 9. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, kemudian tuang bancuhan telur. 10. Kacau rata hingga telur berketul-ketul. 11. Masukkan dalam bekal bersama koktel sosej. 12. Kalau ada boleh tambahkan jagung rebus, nasi goreng dan buah. 13. Bekal siap.
INFO CHEF: Koktail sosej lada hitam boleh juga dipadankan dengan lain seperti roti bakar ataupun bihun goreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Terasa nak cuba masak Nasi BriyaniUdang di hari cuti ni? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap. Jom cuba!
RESIPI NASI BRIYANI UDANG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.
Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia, terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.