Selain nasi ayam, nasi daging juga adalah salah satu hidangan yang sedap dan mampu membangkitkan selera. Baunya sahaja sudah menusuk rongga hidung dan membuatkan terliur untuk menikmatinya. Nasi daging adalah antara kegemaran ramai disebabkan rasanya yang sedap dan aromanya yang sungguh menepati cita rasa. Walaupun nak memasaknya agak banyak menggunakan bahan sebagai ramuan, namun ianya berbaloi sebab rasanya yang sedap.
NASI DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN
• 1 kilo daging batang pinang dipotong kecil
• 1 kilo beras basmathi dibersih dan toskan
• 1/2 cawan susu cair
• 1/2 cawan minyak masak
• 3 sudu besar marjerin
• 1 tin tomato sup
• 3 sudu besar rempah nasi daging
• 1 sudu kecil rempah sajira
• sedikit gula batu
• garam secukup rasa
• sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
BAHAN TUMIS
• 4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga.
• sedikit daun ketumbar
• 3 helai daun pandan
• 1 batang serai diketuk
• 1 labu bawang besar dikisar
• 3 ulas bawang putih dikisar
• 1 inci halia dikisar
• 3 cawan air
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan planta.
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia.
3. Masukkan bahan yang dikisar.
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air, kacau biar wangi.
5. Masukkan daging, tomato sup dan air yang telah disukat dengan sukatan beras.
6. Setelah air mendidih, masukkan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair.
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dengan rice cooker untuk nasi masak sekata.
8. Gemburkan nasi. Boleh ambil daging yang tertanam dalam nasi untuk dicecah bersama air asam.
AIR ASAM (kisar semua bahan)
• 4 biji cili
• 1 biji lada merah besar
• 1 ulas bawang putih
• 1 inci belacan yg dibakar
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos ikan
• 60 ml air asam jawa
• 1 sudu kecil gula
• secubit garam
BAHAN HIRIS
• Sedikit hirisan bawang merah
• Sedikit tomato (hiris dadu)
• Daun ketumbar (hiris halus)
• 1 biji cili (hiris bulat)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Semua bahan di atas dikisar sehingga hancur atau separuh hancur terpulang nak macam mana. Kalau nak cair sedikit, tambahkan air kemudian perasakan kembali.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan siap untuk dihidang bersama nasi daging.
Bunga kantan adalah antara herba Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Mana tidaknya, bahan ini memang pelbagai guna. Ia merupakan bahan penting dalam penghasilan kuah laksa, nasi kerabu, asam pedas, air asam dan banyak lagi. Malah letak dalam nasi goreng pun sedap. Berikut adalah dua resipi yang menggunakan bunga kantan yang anda boleh cuba. Happy cooking!
1. ASAM REBUS IKAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
3 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
2 hirisan lengkuas | titik
3 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
5 tangkai daun kesum
4 biji kacang bendi
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Asam Rebus ini sangat sesuai untuk anda yang berdiet kerana tidak menggunakan minyak langsung.
2. AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Enak, pedas dan kaya dengan aroma bunga kantan. Selain ayam, anda boleh juga menggunakan daging.
Masak asam ikan senangin ini cukup simple. Tapi jangan pandang sebelah mata ye. Rasa masam, masin dan pedas dan seimbang boleh membuk selera.
Untuk sahur pun sesuai. Makan panas-panas dengan nasi putih. Memang ngam. Lagi pula. Hidangan ini hidangan sihat kerana tak menggunakan minyak. Rebus-rebus je siap.
Ini resipinya ye.
Masak Asam Ikan Senangin
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan senangin (bersihkan)
3 biji bawang merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
1 inci lengkuas (hiris)
Sedikit kunyit hidup (hiris)
1-2 keping asam gelugur
Sedikit mushroom seasoning
1 batang serai (ketuk)
Air
1 biji tomato (potong enam)
Kacang Bendi
½ sudu makan pes asam jawa
Garam
Bahan Kisar:
2 tangkai cili besar merah
6 biji cili padi
Cara Memasak:
Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan bahan hiris.
Kemudian masukkan pula serai yang diketuk dan bahan kisar. Gaul sekata.
Tambah sedikit asam jawa. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan pula ikan yang telah dibersihkan.
Masukkan pula tomato hiris dan kacang bendi.
Tambah mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Biar mereneh.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...