Biasa kita sering dihidangkan dengan pulut durian malah rata-rata menyukainya. Tak salah kalau kita tukar selera dengan menikmati pulut nangka yang tidak kurang enaknya. Rasa lemak manis memang buat korang suka , tak percaya boleh cuba nikmatinya sendiri.
NANGKA PULUT LEMAK BERKUAH
Bahan-bahan:
10-12 ulas nangka – buang biji tapi jangan belah habis, belah bahagian atas saja untuk keluarkan biji 2 cawan pulut – rendam & toskan 1 1/4 cawan santan cair 2 helai daun pandan – siat & simpul 1 sudu makan gula 1 sudu teh garam
Ads
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan kecuali nangka di dalam periuk lalu tanak hingga masak. Buang daun pandan. Sejukkan pulut kemudian kepal-kepalkan. 2. Pulut yang dah dikepal sumbat dalam nangka. Jika suka boleh kukus nangka tersebut dalam lima minit. Kalau suka nangka rangup tak perlu kukus.
Bahan-bahan kuah:
2 cawan santan pekat 1 cawan nangka – kisar halus 1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis) 1/2 sudu teh garam halus 2 helai daun pandan – siat & simpul
Cara memasak:
Ads
1. Satukan semua bahan dalam periuk lalu didihkan hingga pekat. Sentiasa kacau kuah masa memasak supaya santan tak pecah. 2. Tuang kuah atas nangka pulut tadi. Enjoy!
Tercari-cari menu yang sesuai untuk disajikan buat keluarga tercinta di hari cuti tahun baru ni? Tentunya Nasi Pilaf Ayam ni antara yang boleh anda cuba. Lihat sahaja rupanya. Nampak sedap kan? Jom cuba!
NASI PILAF AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong 4
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk garam masala
1 sudu makan garam
½ cawan yoghurt asli
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
500gm beras basmathi
1 liter air mendidih
2 biji bawang besar|dihiris
6 ulas bawang putih| dimayang
5 inci halia| dimayang
3 sudu makan minyak sapi
1 tangkai daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama serbuk ketumbar, jintan putih, jintah manis, kunyit, garam masala, garam dan tairu asli selama dua jam.
Cuci beras dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan goreng ayam sehingga permukaannya menjadi garing dan kekuningan.
Keluarkan ayam dan masukkan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia dan tumis sehingga garing.
Masukkan semula ayam dan tuang air dan tudung periuk dan biarkan sehingga ayam masak.
Apabila ayam sudah masak dan air telah kering, masukkan beras dan air mendidih dan masak sehingga air telah kering sebelum api dikecilkan dan periuk ditutup.
Masak di atas api kecil selama 20-30 minit. Tutup api biar selama 10 minit sebelum tudung periuk dibuka.
Idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ni.
POPIA ROTI
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Menu paling mudah disediakan ialah roti. Anak-anak pun suka. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati. Jadi untuk puaskan hati boleh buat menu roti berikut.
Jika peminat korean garlic bread? Jom buat Korean garlic bread versi mudah.Hanya guna roti keping yang ada dekat rumah, tak perlu susah-susah beli roti burger atau uli doh.
2 buku roti
Kulit popia
Tepung gandum + air (untuk dijadikan gam)
BAHAN INTI:
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar/ bawang holland | dipotong dadu – beli online di sini
4 ulas bawang putih | cincang – beli online di sini
Cili padi | hiris halus – beli online di sini
250 gm mix vege
1 tin sos mushroom spaghetti prego
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit tepung jagung – beli online di sini
Panaskan minyak. Minyak tak perlu banyak sebab nanti daging akan mengeluarkan minyak.
2. Masukkan daging. Bila daging hampir masak, masukkan bawang dan cili padi. Masak hingga bawang layu.
Masukkan sos spaghetti, mix vege, gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan masak hingga pekat.
3.Akhir sekali masukkan tepung jagung. Gaul rata.
Roti dipotong dua bahagian. Masukkan inti. Balut dengan kulit popia. Kemaskan balutan.
Kalau nak difrozenkan bolehlah susun dalam bekas. Atau terus digoreng.
Saya nak cepat siap jadi roti tu hanya dipotong dua. Kalau nak cantik, roti potong 4, baru nampak comel.