Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya.
Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi.
Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom kita cuba!
PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu 1 liter air 200gm santan pekat 1 ketul gula Melaka 2 sudu besar gula pasir atau secukupnya 100gm sagu mata ikan 1 helai daun pandan 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk. 2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. 3. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk. 2. Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat. 3. Angkat dan sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Jangan masak labu terlalu lama untuk mengelakkan ia terlebih lembik.
PENGAT KELADI
BAHAN-BAHAN:
300gm keladi 1 liter air 200gm santan pekat 1 ketul gula Melaka 2 sudu makan gula pasir atau secukupnya 100gm sagu mata ikan 1 helai daun pandan ½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Ads
1. Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus keladi bersama daun pandan hingga empuk. 2. Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati. 3. Masak sehingga kuah agak memekat. Angkat dan sedia untuk dihidang.
INFO CHEF: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.
PENGAT NANGKA
BAHAN-BAHAN:
6 ulas nangka yang dihiris 1 liter air 100gm gula pasir atau mengikut selera 200gm santan pekat 100gm sagu mata ikan 1 helai daun pandan ½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak. 2. Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. 3. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Ads
INFO CHEF: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubah suai jumlah gula mengikut citarasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Masakan lemak cili padi memang sinonim dengan Negeri Sembilan. Memang sedap, pedas dan menyelerakan. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Mudah sahaja sebenarnya nak masak masak lemak cili padi ala Negeri Sembilan ni. Simple sangat. Jom kita cuba resipi perkongsian saudari Norlailanazira Mohd Agos ini. Ayuh kita lihat bahan-bahannya.
Sedapnya Agar-AgarKering. Dulu-dulu, bila tiba musim nak raya je, ni lah antara kudapan yang nenek serta mak-mak kita duk buat. Cantik je bila disusun dalam balang kuih. Anda nak belajar buat? Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Auni Azalia ini. Pasti puas hati.
RESIPI AGAR-AGAR KERING TRADISI
BAHAN-BAHAN:
200gm agar-agar tali
1kg gula batu
3kg gula pasir
5 liter air ( sukat dengan botol mineral 1liter )
Pewarna makanan
CARA-CARA: 1. Rendam agar-agar tali sekejap di dalam air supaya lembut. 2. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan agar-agar tali yang sudah dibasuh tadi. 3. Didihkan dan masukkan gula batu dan gula pasir. 4. Masak guna api sederhana hingga agar-agar dan gula larut sepenuhnya. 5. Bahagikan cecair agar-agar kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan pewarna makanan.
6. Tuang ke dalam loyang yang sesuai dan sejukkan hingga beku. 7. Setelah agar-agar beku, potong guna pemotong agar-agar dengan ketebalan sederhana.
Tak sangka isteri kepada pengarah hebat, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar pandai memasak rupanya.Makin banyak resipi yang dikongsi Ira. Video masakannya meraih perhatian warganet susulan sering berkongsi video memasak.Rata-rata netizen memuji suaranya, lembut dan manis apabila didengari.
Baru-baru ini, di laman TikToknya, Ira berkongsikan resepi masakan ‘Baked Potato Beef’
dan pelbagai komen diberikan susulan dia melontarkan voice over yang ‘catchy’ untuk video tersebut.
BAKED POTATO BEEF
Bahan-bahan:
Ubi kentang
Minyak
Lada hitam
Garam
Gula
Rosemary
Thyme
Daging kisar
Bawang Holland
Sos lada hitam
Lada hitam
Mixed herbs
Oregano
Cream Cheese
Shredded cheese
Daun parsley
Cara memasak:
1. Lumur kentang dengan minyak, lada hitam serta garam.
2. Bakar kentang tadi bersama rosemary dan thyme. Bakar pada suhu 300 darjah C.
3. Sementara itu masak inti. Masukkan bawang, daging, sos lada hitam, lada hitam, mixed herbs,oregano,garam dan gula secukupnya.
4. Bila kentang dah siap bakar,keluarkan semua isi kentang dan gaulkan dengan daging yang dimasak tadi.
5. Kemudian masukkan inti ke dalam kentang.
6. Letakkan topping cream cheese, shredded cheese.
7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lebih kurang 5 minit.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...