
Rupanya mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan makanan. Pastinya bebas msg, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Nawal Yasmin Mat Noh ini sebagai panduan.
Pertama kali buat Mushroom Seasoning. Sangat senang rupanya.
Bahan yang guna cuma:
100g Dried Shitake Mushroom
50g Garam
50g Gula

Cara Membuat:
1.Basuh dan keringkan dahulu cendawan. Lap dengan kain atau tisu.
2.Kemudian, bakar cendawan 20min dalam oven/airfryer, suhu 100c. Sejukkan sekejap.
3. Selepas itu, masukkan gula dan garam.

4. Masukkan pula cendawan yang telah dikeringkan tadi.

5. Blend 1 min dengan TM6/ atau blender kering. Terus jadi serbuk halus.

6 Siap! Bolehlah masukkan ke dalam botol atau bekas kedap udara dan boleh tahan selama sebulan.

Boleh terus digunakan.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
- Jika tiada TM6 boleh juga menggunakan blender kering untuk kisar jadikan serbuk halus.
Siap! Selamat Mencuba.
Anda mungkin berminat dengan
RASA: Menarik boleh buat sendiri serbuk perasa cendawan ni di rumah. Memang jimat, boleh dapat banyak hasilnya.
Sumber:Nawal Yasmin Mat Noh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

