Bila makan makan murtabak mini comel akan rasa kerangupan dan keenakan inti rempah kari.
MURTABAK MINI
BAHAN-BAHAN INTI:
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
Ads
CARA MEMASAK INTI:
1. Panaskan kuali. Tuangkan sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika suka boleh letakkan serbuk perasa).
5. Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia uuntuk langkah menyediakan murtabak mini.
CARA MENYEDIAKAN MURATABAK MINI:
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
Ads
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah-tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
4. Untuk masak panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka boleh letak minyak banyak tapi bagi yanh yang tidak suka berminyak boleh letak sedikit sahaja. Jadi ikut selera masing-masing.
5. Bakar sehingga masak. Balik-balikan dan bila sudah masak bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap.
INFO: Sedap makan masih ketika panas kerana kulit masih rangup. KREDIT RESIPI & GAMBAR: Roshima Ibrahim Shima
Resipi Burger dan Sos Lada Hitam Prosperity versi Khairul Aming memang padu. Sedap dan saling tak tumpah seakan burger dari restoran makanan segera terkenal. Patutlah ramai yang cuba. Sampaikan ‘sold out’ daging dibuatnya.
Menerusi perkongsian saudari Zurina Zulkefli, beliau berkongsi resipi Sos Lada Hitam Khairul Aming namun dinikmati bersama sosej. Pun sedap! Sesuai bagi anda yang tak makan daging atau susah nak jump patty daging oblong. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMBUAT SOS LADA HITAM @ BLACKPEPPER PROSPERITY BURGER KHAIRUL AMING
BAHAN LAIN:
Sosej ayam – rebus
Roti bun
Bawang holland – potong dadu & rendam air sejuk
CARA MEMASAK:
1.Satukan mentega, bawnag putih, bawang kuning dan cendawan shiitake. Masak kesemuanya sehingga layu kekuningan.
2.Bila masakan dah kekuningan, masukkan sedikit air dan tepung gandum.
3.Masukkan air dan kacau sebati sehingga masakan menjadi likat. Masukkan sedikit kiub pati ayam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati kemudian kisar menjadi sos.
4.Tuang semula sos ke atas kuali dan masak seketika.
5. Masukkan serbuk lada hitam yang ditumbuk kasar.
Bawang goreng memang sedap jika ditabur dalam masakan seperti sup, bubur dan sebagainya. Ia dianggap sebagai penambah rasa dan aroma. Kadangkala bawang goreng yang dibeli di kedai tidak menepati cita rasa kita. Jadi, lebih baik buat sendiri di rumah. Resipi ini dikongsi oleh Mariana Zainal. Bolehlah kita buat sendiri di rumah.
Bawang Goreng Homemade by Mariana Zainal
BAHAN-BAHAN:
10 – 15 biji bawang kecil (bawang bombay)
1 sudu besar tepung beras cap teratai
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Kesabaran yang tinggi
CARA PENYEDIAAN:
Buang kulit bawang. Basuh dan toskan hingga tiada air. Hiris bawang bombay.
Taburkan tepung beras dan garam. Gaul-gaul manja.
Panaskan minyak. Minyak kena banyak ya.
Apabila minyak dah panas, masukkan bawang. Biarkan sekejap. Sesekali kacau guna sudip.
Apabila bawang dan mula berubah warna, perlahankan api dan kacau. Jangan tinggal ya.
Dah mula perang, terus angkat.
Bawang memang nampak belum garing macam basah-basah tetapi apabila dah angkat dan toskan nanti, bawang tu elok garing.
Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan manisan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
500gm tepung gandum
180gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi. 6. Bahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari
50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
250ml air
125ml minyak masak | dipanaskan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250ml minyak masak
180ml air
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
500ml santan
20 tangkai cili kering | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
7 batang serai | dikisar
5cm halia | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
5. PUTU KACANG
BAHAN-BAHAN:
600gm kacang hijau | dibersihkan
400gm gula | dikisar halus
200ml air
CARA MEMASAK:
Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.
6. REMPEYEK KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang dhal | direndam semalaman
250gm tepung beras
500ml santan
1 biji telur
100gm ikan bilis | dikisar
1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
1 sudu makan jintan manis | dikisar
1 sudu makan jintan putih | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
Masukkan kembali acuan ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.
Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...