
Ikan siakap stim, memang ramai yang suka. Antara hidangan wajib kalau makan di restoran Thai. Sedap betul rasa segar ikan, dengan masam limau dan pedas cili.
Jom kita masa ikan siakap stim menerusi resipi perkongsian daripada Zafirah Zawawi. Mudah dan ringkas sahaja resipinya. Sedap! Semua orang boleh buat.
IKAN SIAKAP STIM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1 kiub pati ayam – Boleh beli online di sini
Sos ikan – Boleh beli online di sini
Halia – Boleh beli online di sini
Bawang putih
Serai
Cili padi merah – Boleh beli online di sini
Cili padi hijau
Asam limau – Boleh beli online di sini
Daun ketumbar
Akar ketumbar
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan siakap. Cuci dengan asam limau atau lemon untuk hilangkan bau hanyir ikan.
Letakkan kiub pati ayam di seluruh ikan dan serai dicelah ikan.
Boleh rebuskan ikan menggunakan kuali sahaja. Letakkan sedikit air paras boleh menenggelamkan ikan.
Letakkan akar daun ketumbar dan sekali dengan daun ketumbar. Rebuskan dalam 10 minit, dan letakkan bahan-bahan yang kita sediakan tadi sehingga masak.
Letakkan sos ikan sebagai perasa. Nak letakkan garam pun boleh.
Akhir sekali, letakkan cili padi sebab takut pedas sangat jika rebus sekali.
Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Zafirah Zawawi
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Daging Masak Lemak Cili Api, Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap
Aiskrim Vanila Coklat, Rasa Premium Tapi Kos Buat Murah Betul!
Cucur Nasi Pedas Comel Bulat-Bulat, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8k9qgt
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ikan Bawal Sos Lada Hitam. Memang Terangkat Rasa Dia!

Buat penggemar Ikan Bawal, selain dibuat sambal dan kari, anda juga boleh cuba masak lada hitam ini. Sos lada hitam yang enak akan memberikan rasa berbeza kepada masakan. Lebih pedas pasti lebih terangkat.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal | bersihkan, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing
- 2 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- 4 biji cili padi | hiris
- 2 biji cili hijau | hiris
- 2 biji bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar |belah dua dan hiris
- 1cm halia | hiris
- 1 cawan air
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Lebihan minyak bekas gorengan ikan tadi, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan cili padi dan cili hijau. Biarkan kuah pekat.
6. Tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan.
Imbau Nostalgia Lama Dengan Menu Masakan Tradisi Sempena Merdeka

Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya. Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah cuba .
DAGING SEMUR ALA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal
12 tangkai cili kering | digunting serong
4 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
5cm halia | dihiris memanjang
50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit
2 sudu makan cuka-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan kicap pekat-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu makan kicap manis-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam dan gula
Air untuk merebus secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH TUMIS:
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
TONTON GERENTI JADI: Resipi Lempeng Bunga Ros
CARA MEMASAK:
- Rebus daging sehingga empuk. Toskan airnya.
- Kemudian goreng daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
- Seterusnya masak bahan tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga wangi.
- Masukkan kicap pekat, kicap manis dan cuka diikuti daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga semua bahan sekata dengan daging.
- Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
- Akhir sekali, masukkan biji ketumbar. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Elakkan menggoreng daging terlalu garing kerana daging akan menjadi liat dan kering.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Sedikit pedas dan berempah
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis
Anggaran harga: RM22.00
GULAI IKAN DAUN GELUGUR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana | dipotong kecil
10 biji cili padi merah | dikisar
10 biji cili padi hijau | dikisar
2cm kunyit | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
8 helai daun asam gelugur
Santan cair secukupnya
250ml pati santan
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Daun asam gelugur dimayang halus dan dicelur di dalam air panas sekatika. Ramas dan buang sedikit airnya. Ketepikan.
2.Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan ikan dan santan cair secukupnya. Masak seketika sehingga ikan kelihatan agak masak.
- Seterusnya masukkan pati santan. Kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
- Setelah kuah kelihatan agak pekat, masukkan hirisan daun asam gelugur.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Daun asam gelugur berfungsi memberikan rasa masam pada hidangan. Jika tiada, gantikan dengan asam keping.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Isi ikan yang lembut serta kuah yang mempunyai harum daun gelugur
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM12.00
PAJERI REBUNG UTARA
BAHAN-BAHAN:
2 batang rebung muda | dipotong kecil dan dikelar sedikit
1 bungkus kecil rempah kari daging
400ml santan pekat
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
3 ulas bawang merah | ditumbuk halus
2cm halia | ditumbuk halus
Sedikit kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan udang kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk diikuti rempah kari, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
- Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan rebung. Masak seketika sehingga rebung kelihatan serasi dengan kuah.
- Masukkan antan, udang kering, kerisik, garam dan gula dengan secukup rasa.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih enak, celur rebung seketika. Toskan air rebusan dan barulah dimasak.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa rebung segar yang manis
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM10.00
UDANG TEMPOYAK KUALA KANGSAR
BAHAN-BAHAN:
1/2kg udang segar bersaiz sederhana
3 ulas bawang putih | dikisar
4 ulas bawang merah | dikisar
10 biji cili padi | dikisar
1cm kunyit hidup | dikisar
5 sudu makan tempoyak
800ml air
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Tambahkan air dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan tempoyak. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan udang, daun kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan sehingga udang masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jumlah tempoyak dan cili padi boleh diubah mengikut cita rasa anda.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Pedas dan enak
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM17.00
KARI UMBUT PISANG DAN TETEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging tetel | dihiris nipis
2 batang umbut pisang lembut | dibersihkan dan dipotong serong
50gm serbuk kari daging
4 sudu makan kerisik
5 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
250ml air
400ml santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaul daging bersama serbuk kari dan kerisik. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
- Masukkan sedikit air dan daging. Masak sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan daging empuk.
- Tambahkan umbut pisang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Setelah umbut kelihatan lembut, angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Penggunaan daging tetel yang berurat dan sedikit berlemak memberikan rasa yang lebih enak.
Saiz hidangan: 7 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kombinasi daging dan umbut yang mempunyai rasa tersendiri
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM25.00
KUIH BARONGKO
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang raja atau nipah ranum | dikupas dan dibuang bahagian hitam di tengahnya
2 biji telur | dipukul sedikit
150ml santan
50gm gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan | dipotong sepanjang 10cm
Daun pisang dan lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daun pisang dilayur sedikit dan digunting anggaran 30x15cm.
- Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan gula pasir, telur, garam, esen vanila dan juga santan. Kacau hingga sebati.
- Ambil daun pisang dan letakkan daun pandan. Sudukan adunan pisang tadi dengan secukupnya. Bungkus dan sematkan dengan lidi dengan kemas. Ulang langkah sehingga adunan habis.
- Kukus kuih barongko selama 30 mint atau sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Kuih ini juga boleh di kukus dalam loyang.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kuih yang lemak dan tidak terlalu manis
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Kukus
Anggaran harga: RM8.00
BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
200gm gula merah
16 sudu makan gula
750ml santan
100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
- Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
- Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
- Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
- Enak dinikmati panas.
Info chef: Pastikan ubi kayu diparut dengan halus bagi mendapatkan tekstur kuih yang cantik.
Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Lemak, manis dan lembut
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Kukus
Anggaran harga: RM12.00
KERJASAMA: PUAN SHARIFAH MARIAM BINTI SYED SHAFIE DARI DUNGUN, TERENGGANU.
Cara Mudah Potong Seekor Ayam Segar Kepada Bahagian-Bahagian Kecil
Ikan Celup Tepung, Resipi Gerenti Rangup Dan Cantik Kerak Tepungnya

Aneka hidupan laut yang digoreng celup tepung antara yang menjadi tarikan utama kepada pengunjung terutamanya di pantai Timur. Ikan, sotong dan udang sering dijadikan menu utama goreng celup tepung yang sedap dinikmati bersama sos coleknya.
Rasanya yang sedap dengan isi ikan, udang dan sotong yang segar, salutan tepungnya yang rangup membuatkannya lebih enak. Untuk menghasilkannya sendiri juga tidaklah sesukar mana, asalkan betul penggunaan bahannya dan mengikuti tips untuk menjadikan salutan tepung lebih rangup. Ikuti perkongsian resipi daripada Real Mistik Rohana Najwa ini. Cantik kerak tepungnya.
BAHAN-BAHAN:
1 paket tepung beras (cap gajah 3 ekor) – Boleh beli online di sini
2 biji telur ayam
3 sudu KFC serbuk kunyit – Boleh beli online di sini
3 sudu besar air kapur (air kapur sahaja, bukan isi kapur) – Boleh beli online di sini
Garam secukup rasa
Air ais – anggaran tepung tidak cair dan tidak pekat
CARA MEMASAK:
Satukan tepung beras, serbuk kunyit, dan garam.
Masukkan air ais mengikut kepekatan yang sesuai. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Masukkan telur dan air kapur. Gaulkan sebati.
Celupkan ikan hingga semua bahagian tersalut rata.
Gorengkan ikan dalam minyak yang banyak dengan api sederhana kuat.
Gunakan air ais, tepung akan lebih rangup. Tapi, jika nak gunakan air biasa pun boleh juga.
Pastikan minyak betul-betul panas, baru tepung akan jadi berkerak cantik.
Guna telur itik pun boleh, lagi cantik serdak-serdaknya.
Selain hidupan laut, salutan tepung ini juga boleh digunakan untuk menggoreng keropok, ubi, pisang, sukun, cempedak dan seangkatan dengannya. Selamat mencuba.
Kredit: Real Mistik Rohana Najwa
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Singgang Ikan Pantai Timur Terlajak Sedap, Letak Bahan Rahsia Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official